Sunday, October 19, 2014

RG2014... Fw: JPJ Buat Operasi Khas 1 November

 



 
JPJ Buat Operasi Khas 1 November

Dilulus untuk paparan oleh memo

tranungkite.net

 

Untuk makluman orang ramai, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi khas terhadap kesalahan yang berkaitan nombor pendaftaran, penggunaan Strobe Light dan Lampu HID terhadap pengguna kenderaan di seluruh negara bermula 1 November 2014.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, operasi itu akan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengesan pengguna yang melanggar kesalahan terbabit.

Bagi mereka yang didapati melakukan kesalahan berkenaan, pneggunakan akan diberikan saman dan notis larangan serta merta. Saman dan notis larangan dikenakan di bawah Kaedah 94 Kaedah Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 di mana kompaun bermula dari RM70 sehingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua minggu.

Jika tidak dibayar dalam tempoh berikut, kompaun akan meningkat antara maksimum RM200 sehingga RM250 selepas 30 hari tidak dibayar.

Pihak JPJ menetapkan tempoh sehingga 1 Mei tahun depan bagi mematuhi peraturan cermin gelap menerusi Kadar Ketelusan Cahaya yang telah ditetapkan.-My Media Hub

 
 
 
 
3,500 kenderaan dibenarkan guna cermin gelap

Dilulus untuk paparan oleh memo

tranungkite.net

 Pengecualian terhadap peraturan itu masih diberikan kepada individu dengan jawatan tertentu serta kenderaan agensi penguatkuasaan atas faktor keselamatan.

PUTRAJAYA:
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sebanyak 3,500 pemilik kenderaan dikecualikan daripada peraturan penggunaan cermin gelap di atas faktor keselamatan terutamanya terhadap kenderaan individu dengan jawatan tertentu serta kenderaan agensi penguatkuasaan.

Katanya, penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei tahun hadapan.

"Peraturan baharu itu sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 November ini dan tarikh itu diubah bagi memberi masa kepada pemilik kenderaan, khususnya kenderaan import.

"Selepas mengambil kira masalah yang dihadapi pemilik kenderaan, maka wajar satu tempoh masa yang munasabah diberikan kepada orang ramai bagi mengambil tindakan pembetulan, khususnya bagi pemilik-pemilik kenderaan import mendapatkan gantian cermin mengikut kadar baharu VLT (ketelusan cahaya)," katanya menerusi laporan Bernama.

Ismail berkata pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikenakan kompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka akan didenda sehingga RM1,000 atau dipenjarakan dua minggu.

Pihak JPJ juga akan menjalankan Operasi Khas terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan lampu 'strobe', lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon dan saiz nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi juga akan dilaksanakan tahun hadapan.-
fmt

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment