Sunday, October 12, 2014

RG2014... Fwd: Sajian Hari Ini

 



Sajian Hari Ini



Resepi Ayam Goreng Berlada

Posted: 12 Oct 2014 02:39 AM PDT

 
Bahan-bahan
Ayam Goreng Berlada:
  • Kepak ayam - dibersihkan, dicuci dan ditoskan.
Bahan Kisar Halus :
  • 15 tangkai lada kering
  •  halia hiris
  • 1 batang serai
  • serbuk kunyit
  • Minyak utk menumis.
  • Garam secukup rasa.

Cara menyediakan
Ayam Goreng Berlada:
  1. kelar kepak ayam supaya perencahnya dapat diserap. Lipatkan bahagian hujung kepak ayam ke bawah, sperti bentuk tiga segi (supaya kepak ayam tidak mengembang keluar semasa digoreng).
  2. Lumurkan kepak ayam dengan bahan kisar, dan perap selama 15-20minit.
  3. Panaskan minyak. Gunakan api sederhana. Goreng kepak ayam hingga garing. Angkat dan toskan diatas kertas dapur.
  4. Satu cara lain ialah sapukan sedikit minyak pada kepak ayam, kemudian panggang kepak ayam dalam ketuhar hingga garing.

Resepi Kuah Sate Samuri

Posted: 11 Oct 2014 08:46 PM PDT


Untuk Kuah Sate Samuri:

  • ½ kilo kacang mentah - digoreng dan tumbuk kasar
  • 2 ketul gula melaka
  • Air asam jawa - 2 sudu asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan dihiris kemudian dikisar:
  •  5 tangkai cili kering - dikisar saja
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1  inci halia

Cara menyediakan kuah Sate Samuri:
  1. Hiris semua bahan dihiris, kemudian goreng dan kisar halus. Cili kering xperlu digoreng, terus kisar saje.
  2. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah. Kacau rata di dalam periuk.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kepekatan boleh diubah ikut citarasa. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
  6. Kuah kacang biasanya sedikit manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan sate ayam.
  7. Apabila mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik minyak sambil dikacau sekali sekala

Resepi Kuih Gulung@Lempeng Gulung

Posted: 11 Oct 2014 08:16 PM PDT

http://resipimasakankini.blogspot.com/2014/10/resepi-kuih-gulunglempeng-gulung.html 
 
Bahan-bahan ( 3-5 orang ):
Bahan kulit

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau
Bahan Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan
Cara menyediakan:
  1. Untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. 
  3. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati .
  4.  Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  5. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.


__._,_.___

Posted by: ezza <ezza_shafie@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (16)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment