Thursday, October 16, 2014

RG2014... Istila Jihad Seks Dipopularkan USA-'Tiada wanita M'sia terlibat jihad seksual'

 

'Tiada wanita M'sia terlibat jihad seksual'

 38  0  0
Buat masa ini tiada wanita Malaysia yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) Iraq dan Syria, terlibat dalam aktiviti Jihad Al-Nikah - yang dilapor merujuk sebagai jihad seksual.

Kepastian itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Dewan Rakyat semalam dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Lim ingin mengetahui bilangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam gerakan IS mengikut pecahan jantina.

"Berhubung persoalan tentang penglibatan kumpulan ini dengan aktiviti Jihad Al-Nikah, setakat ini masih belum terkesan penglibatan mereka dalam aktiviti sedemikian.

"Bahkan salah seorang wanita di dalam kumpulan terbabit merupakan isteri kepada salah seorang ahli gerakan kumpulan militan berkenaan.

"Ini adalah lebih kepada khabar angin sahaja," jawapan bertulis Zahid dipetik.

Beliau berkata setakat ini polis berjaya mengenal pasti 39 orang warga Malaysia dengan seorang daripadanya isteri salah seorang ahli gerakan kumpulan militan itu.

MP Bagan Datoh itu juga polis tidak memuktamadkan bentuk tindakan yang akan dikenakan ke atas 39 orang itu jika mereka kembali ke negara.

Namun, jika bukti mencukupi untuk mensabitkan mereka dengan gerakan militan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Di antaranya adalah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1996. 

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment