Thursday, October 16, 2014

RG2014... Minyak RON95 Lebih Murah Tanpa Subsidi

 

Minyak RON95 Lebih Murah Tanpa Subsidi
Posted on Friday, October 17 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Artikel Berdasarkan penanda aras harga minyak Brent, minyak RON95 kini berharga US$83 setong pada hari ini dan di Malaysia sepatutnya dijual pada harga dibawah RM2.30 per liter.

Kesimpulan yang mengejutkan ini dibuat berdasarkan kepada laporan terbaru oleh AmResearch Sdn Bhd yang dikeluarkan hari ini, yang mengatakan: "Kami menganggarkan bahawa pulang modal dari harga minyak mentah dunia berada pada purata AS$ 84,80 setong sekiranya harga RON95  kekal pada RM2.30 seliter tanpa subsidi kerajaan."

Jika harga minyak Brent terus menurun, sebagaimana yang diramal oleh penganalisis global, rakyat Malaysia sebenarnya membayar cukai ke atas harga petrol RON95 jika harganya kekal pada RM2.30 per liter.

Beberapa tahun sebelum ini, keadaan yang sama seperti ini juga pernah berlaku iaitu apabila harga minyak global menjunam dari paras tertinggi US$140 setong kepada lebih kurang US$30 setong - tetapi harga minyak tempatan masih lagi sama.

Menurut penganalisis, lebih elok kepada rakyat Malaysia sekiranya harga RON95 dibiarkan mengikut harga pasaran daripada menjadi harga kawalan.

Penganalisis ketika dihubungi berkata penurunan harga RON95 dalam masa terdekat ketika harga minyak sedang menjunam ini agak mustahil kerana ini adalah peluang kepada kerajaan untuk menampung kembali lebih kurang RM50 billion yang dibelanjakan sebagai subsidi minyak lebih dari dua tahun lalu.

Sebarang perubahan - mungkin peralihan daripada harga subsidi kepada harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel- boleh berlaku hanya apabila mekanisme harga bahan api yang baru diumumkan, kemungkinan pada bulan Januari.

Menurut AmResearch, kerajaan berhasrat untuk mengapungkan harga minyak RON95 kepada harga pasaran sambil mensasarkan subsidi petrol kepada golongan berpendapatan rendah.-therakyatpost

SiakapKeli.com
 

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment