Thursday, October 9, 2014

RG2014... Penjenayah Letupan Bom, Akan Dibawa Ke Muka Pengadilan [6 Attachments]

 

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom tangan di Bukit Jalan Bintang, Kuala Lumpur pagi ini yang mengorbankan satu nyawa dan mencederakan 13 orang.

Perdana menteri (gambar) berkata, polis akan menyiasat perkara ini dan pelakunya akan dibawa ke muka pengadilan.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku di Bukit Bintang pagi ini. Tindakan membelakangkan undang-undang ini tidak boleh dikompromi," kata Najib dalam satu kenyataan media petang ini.

Awal pagi ini seorang terbunuh dan 13 orang cedera apabila sebutir bom tangan meletup di hadapan sebuah pub di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurut sumber polis, joki kereta Tiong Kwang Yie, cedera parah dan mati ketika menerima rawatan di hospital.

"Polis menerima aduan pada jam 4.25 pagi dan menghantar wakil ke kelab malam Cherry Blossom bagi menyemak kerosakan.

"Laporan awal menunjukkan dua butir bom tangan dicampak dari tingkat dua bangunan."

Mangsa lain yang cedera berumur antara 20 dan 42. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tung Shin.

"Mereka yang cedera termasuk warga dari Thailand (1), China (2) dan Singapura (2). Sebahagian daripada mereka adalah penaung kelab," kata satu sumber.

Mangsa dikenalpasti sebagai Lim Soon Hock, 51; Teoh Meng Keow, 40; Yaw Lee Hock, 41; C Revindran, 49; dan Tiong Kwang Yie.

Warga asing adalah Jasu (Thailand), Wong Kim Teng (Singapura), Ma Yunfeng dan Yong Jiaqin (kedua-duanya dari China).

"Siasatan awal mendedahkan dua butir bom tangan dilemparkan tetapi hanya satu meletup.

"Serpihan daripada bom tangan itu menyebabkan kecederaan kepada pejalan kaki," tambah sumber itu.

Empat kenderaan turut rosak dalam letupan itu – Toyota Vellfire (WVL 168), Toyota Camry (WTT 8999), Mazda 2 (WXJ 3333) dan BMW (WTV 36).

Polis menemui bom tangan kedua yang gagal untuk meletup, di bawah Toyota Camry.

"Kami percaya ini ada kaitan dengan dunia jenayah."

Satu pasukan forensik polis adalah di tempat kejadian, menyekat kawasan itu bagi mencari petunjuk dan menemuramah saksi.

Menurut polis, pemeriksaan mendedahkan bom tangan digunakan dikeluarkan pada bulan Mac 1983.

Menurut pihak HKL, daripada 13 mangsa letupan bom di Bukit Bintang, tujuh adalah rakyat tempatan, empat warganegara China, seorang warganegara Singapura, seorang rakyat Thailand.

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 6 photo(s) from this topic.
kl_bomb_squad2_0910.jpg fffb5f7f7c32c95ac908753c1ed74edf07f0a604.jpg BOMB_Blast_Bukit_Bintang_091014_TMIAFIF_005.jpg BOMB_Blast_Bukit_Bintang3_091014_TMIAFIF_006.jpg BOMB_Blast_Bukit_Bintang2_091014_TMIAFIF_003.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment