Thursday, October 16, 2014

RG2014... Sistem Sekolah Idaman Saya - Pembangkang & Kerajaan Tolong Baca.

 

Aku suka tengok cerita luar negara. Drama ataupun filem. Dokumentari pun ada. Program pendidikan pun ada. US. UK. Japan. Korea. Selalunya la kan. 

Ada di antara cerita2 tersebut mereka mengambil lokasi pengambaraan di kawasan sekolah. Mak ai. Bapak gila canggih sekolah dia kau. Sekolah dia bertutup. Dalam satu bangunan yang lebih secure. Memang kalau ko ada kenalan cikgu dorang akan selalu bagitau kau yang budak2 sekolah kita suka main tepi tembok. Bergayut. Baru2 neh ada satu kes budak terjatuh kan. Nak salahkan budak tue? Aku rasa tengok design sekolah kita dan bandingkan dengan design sekolah dorang, tak la aku nak salahkan budak tue. Aku salahkan orang yang design sekolah kita lagi ada.
Dah berapa tahun. Design pun tak reti2 nak ubah. Boleh la bagi alasan kalau bangunan tue bangunan yang dah lama wujud. Ini bangunan sekolah yang baru dibina pun old fashion. Tak ikut perkembangan sesama sungguh. Old fashion. Kuno. Takde citarasa. Baru2 neh aku ada layan cerita korea tajuk Shut Up Family. Mak datok. Sekolah dorang. Lantai pun lagi lawa dari lantai rumah aku.
Canggih. Fasiliti makin ke depan.
Baru2 la budak2 neh ada semangat nak p sekolah.
Tengok contoh ;
Bangunan bertutup.



Tengok meja belajar dorang ;










Gambar ketiga situasi classroom kat UK.

- Ada nampak pintu kopak?

- Tengok lantai dorang.

- Tak rasa malu ke negara kafir dok pentingkan hak asasi manusia jauh mengatasi negara Islam la sangat di Malaysia?

Bila aku tengok gambar2 sekolah dorang aku terus maki BN & PR.

BN kerajaan yang teruk.
PR pembangkang yang teruk.

Apa yang ahli2 politik buat kat negara kita selama neh. Hidup besarkan nafsu aje sampai hak2 rakyat tak terjaga langsung.

Oke berbalik kepada persekolahan. Kat UK ko tengok sekolah dorang besar2 sebab dorang campakkan semua sekali kat situ tanpa kira kaum dan agama. Tak macam di Malaysia. Yang melayu nak sekolah agama. Yang cina nak sekolah cina. Yang india nak sekolah india. Yang kristian nak sekolah kristian. Yang neh menyebabkan kerugian ruang akibat di satu kawasan kita terpaksa bina pelbagai aliran sekolah sebab masyarakat kita fikir kita semua tak boleh duduk geng dalam satu sekolah.

Kenapa bukan bina satu sekolah yang besar dan luas dan menempatkan murid2 dalam satu sekolah yang memberikan kepelbagaian aliran dan memenuhi permintaan2 bagi subjek2 tertentu supaya sistem pendidikan kita lebih tersusun?

Maksudnya macam universiti la. Ada kepelbagaian fakulti. Dan di sekolah ada kepelbagaian aliran. Tapi di satu sekolah yang sama supaya pergaulan antara pelbagai lapisan masyarakat itu berlaku bagi membentuk komunikasi dan persefahaman antara kaum. Kita akan nampak macam Malaysia kalau kita ada sekolah Malaysia. Kita sekarang hanya Malaysia pada nama tapi bukan pada tindakan kerana masing2 bersikap racist tanpa kira kaum dan agama dan ini sesungguhnya ******.

Ahli politik membantu kepada keadaan yang ****** tadinya tue.

Dan mereka akan terus menyumbang kepada keadaan itu jika masing2 enggan bertindak dan melakukan perubahan.

Itu tak tengok lagi sekolah kat pendalaman Sabah dan Sarawak. Rasa macam nak menangis. Dan bila bandingkan ia dengan sekolah kat kawasan bandar rasa macam bersyukur. Sekurang2nya kita cuma ada meja terkopak, kerusi yang tah tahun bila, pintu nazak atau tingkap adik-beradik hilang, tapi mereka, bumbung pun belum tentu ada.
Huduh sangat rupa sekolah kita. Huduh juga sesetengah peraturan di sekolah kita. Contohnya peraturan rambut bagi lelaki. Rambut ialah rambut. Rambut tidak menentukan kau pandai atau bodoh. Tapi di Malaysia rambut budak2 laki panjang sikit kena tegur. Dalam setahun berapa kali budak2 laki nak kena potong rambut? Menyusahkan.
Peraturan bodoh macam neh kalau aku jadi Muhyiddin Yassin dah lama aku ssstttt.. cantas. Takde faedah untuk bersikap jumud.
Termasukla uniform sekolah. Antara uniform terburuk di dunia. Kalau sebegini buruk uniform kita baik la budak2 neh pakai baju bebas (yang sopan) je kat sekolah. 
Bercakap bab RMT. Aku semalam ada la diskas diskus bab makanan percuma di sekolah. 



Which is makanan percuma lagi berzat. Macam di UK dan USA. Dorang memang ada peruntukkan makanan bernustrisi untuk pelajar2 yang memerlukan dan mostly pelajar2 di sekolah awam memang apply for the scheme. Macam subsidi. Tapi pemahaman orang2 US lebih cerdik dari orang2 kita. The subsidi tue dorang akan mention duit pembayar cukai. Bukan duit kerajaan. Dan skim makanan percuma mereka bukan macam RMT di sekolah rendah. Makanan dorang ialah makanan. Di sekolah kat Malaysia, makanan ialah RMT. Dan RMT tue kalau ko tengok ia memang macam RMT. Bukan macam makanan. Ia RMT.

Apa itu RMT?

Pada nama memang cantik. Rancangan Makanan Tambahan. Kalau kau buka website dia merapu2 dia cerita. Dari segi ayat memang kemas. Tapi itu semua sembang deras je. Di ulangi. Sembang deras jek.

RMT bukan makanan. Ia adalah sejenis sesuatu yang kau boleh makan dan mungkin kau akan kenyang sekejap. Itu ialah RMT.

Ada RMT yang bagi kau mee kosong. Nasi goreng yang agak keras. Ataupun mihun yang dicelup kaler warna kuning tanpa aksesosi seperti sayuran dan daging2. Ada RMT yang bagi kau air kosong yang pelbagai warna. Itu adalah RMT. Di Malaysia. Aku tak pasti jika ia meliputi semua jenis sekolah tapi budak2 yang ada pengalaman ber-RMT hanya mampu beri respon seperti gambar di bawah ;




Maksudnya teruk gila ah dia punya kualiti dan sistem pelaksanaan. Mungkin tak meliputi semua jenis kantin tapi setakat neh aku tak rasa penambahbaikan ada berlaku di situ. Kalau ko rajin tengok drama atau filem luar negara yang merakamkan babak di sekolah kau akan nampak budak2 makan guna ;





Atau ;




Dan mungkin begini ;




Di barat kaedah pengiklanan sampai masuk ke peringkat pendidikan ;



Iklan target rangkaian pemasaran yang lebih luas. Sekolah pun dapat dana. Tapi kalau la aku, aku buat risalah info. Didik budak2 membaca disebabkan budaya membaca di kalangan masyarakat kita masih di tahap yang rendah. Sambil dorang makan, dorang baca.

Tapi point utama yang kalau ko nampak dorang punya kantin, dorang punya pemakanan, dorang punya sistem beribu2 kali lebih bagus dari kita. Macam mana si Muhyiddin Yassin boleh bajet sistem pendidikan kita lebih baik dari USA dan UK sedangkan bab makanan pun kita kalah? Syok sendiri betul la dorang neh.

Sepatutnya kelemahan2 ini la yang diperdebatkan oleh ahli2 politik kita. Diperjuangkan oleh pembangkang. Jika kita cari satu persatu kelemahan dalam bidang persekolahan banyak yang kita boleh temui. Tapi ahli2 pembangkang kita pun lembik gila bila babitkan kepentingan rakyat. Kalau benda merepek2 dorang laju. Contoh kes perbicaraan DSAI. Siap nak himpun bagai. Apa kaitan perkara itu dengan rakyat? 

- Korang berhimpun pun tak boleh selesaikan masalah.

- DSAI kena lalui protokol perbicaraan.

- Samada masih kekal bersalah atau bebas, akhirnya kena guna cara undang2 juga untuk betulkan keadaan.

Ini je kaedah yang ada. So jangan la buat kerja2 bangang. Baik focus untuk reform sistem pendidikan kita lagi bagus.

Sambung balik bab makan tadi. Sebenarnya kita boleh buat. Kalau nak diikutkan subsidi untuk minyak lebih baik batal jika boleh bantu budak2 neh dapat makanan berzat di sekolah.

Betul?

Berzat, bersistematik dan percuma. Percuma dalam erti kata lain kita bayar cukai dan kita dapatkan sistem makanan percuma sebagai return dari kerajaan. Itu point aku.

Kalau nak tahu, belanja budak2 sekarang rm3-4 bagi murid sekolah rendah. Itu murid sekolah rendah. Kalau menengah? Mahal. Dan makanan di kantin pun mahal harganya. Kantin mensasarkan keuntungan. Mereka berniaga kot. Dan makanan2 di kantin pula kadang2 tah hapa2 dari segi kualiti.

Dan yang jadi pemerhati macam biasa, orang2 sekolah atau geng2 pendidikan.

Benda macam neh salah. Sebab keputusan akan jadi bias. Takan nak komplen kalau lue dah kena 'beli'. Yang patut jadi pemerhati ialah ibu bapa. Budak2 sekolah. Borang untuk 'kajian kepuasan pelanggan' perlu diedarkan tiap2 akhir tahun bagi menilai prestasi2 mereka yang diberikan tender kantin. Ini baru la betul.

Dan borang itu hanya boleh dibuka dan dinilai dihadapan semua ibu bapa supaya tak berlaku penyeleweng seperti menyorokkan aduan.

Bila dah terjadi macam neh kau rasa pihak kantin akan cincai2 ke buat kerja?
Dorang pun cuak. 
Sebab tue aku berharap ada mana2 ahli politik boleh pickup isu neh. Jadi kempen modal politik korang pun takde masalah. Janji kebaikan tue dapat pada rakyat.
KEYWORD.
- Bangunan sekolah kasi modified biar selaras dengan perkembangan semasa. Besar. Luas. Segala kemudahan untuk belajar dilengkapkan. Termasuk loker. Satukan sekolah rendah + menengah pun apa salahnya. Macam di sesetengah sekolah kat USA.
- Satukan sekolah pelbagaikan aliran untuk jimat ruang.
-  Peraturan lapuk kasi ubah. 

- Uniform tolong tukar.

- Makanan berzat + percuma dengan sistem penyediaan makanan yang lebih bersistematik.

- Aku rasa kalau kena tambah sedikit yuran untuk cover makanan pun mak bapak oke. Daripada kena keluar rm3 paling kurang setiap hari untuk belanja makan anak. Untuk anak2 miskin sepatutnya zakat memainkan peranan mengcover kos makanan mereka.
Tapi agak2 kau ada ke wakil rakyat nak peduli? Aku rasa aku kena jadi wakil rakyat la untuk bahas perkara neh. Ada ke yang nak undi aku neh?
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment