Thursday, November 20, 2014

RG2014... Keluarkan pendatang haram dari Pahang, titah Sultan Ahmad Shah

 

Keluarkan pendatang haram dari Pahang, titah Sultan Ahmad Shah

Published: 21 November 2014

Sultan AHmad Shah mahu semua pendatang haram dikeluarkan dari Pahang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014.Sultan AHmad Shah mahu semua pendatang haram dikeluarkan dari Pahang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014.Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu semua pendatang haram dikeluarkan dari negerinya segera, lapor The Star hari ini.

Kenyataan ini dibuat sehari selepas baginda menyelar pihak yang menggunakan nama istana baginda untuk melakukan kerja pemusnahan hutan secara haram di Cameron Highlands sehingga menyebabkan banjir besar baru-baru ini.

Sultan Pahang berkata pihak berkuasa tidak hanya perlu mengambil tindakan serius terhadap pekerja ladang haram, tetapi juga kepada semua pekerja asing tanpa izin di negeri itu.

Baginda bertidah, jika ia tidak dilakukan, tidak akan ada pengakhiran kepada kehadiran pekerja asing tanpa izin di negeri itu.

"Kita tidak boleh membenarkan mereka untuk menjajah, bukan saja di Cameron Highlands, (tetapi) juga di daerah lain di Pahang juga.

"Anda lebih baik memberitahu pekerja yang tidak diingini ini, kita bersungguh dalam hal ini. Mereka tidak lagi boleh mencerobohi Pahang tanpa kebenaran,"katanya kepada pemberita di Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands selepas menghadiri mesyuarat tertutup dengan pegawai kerajaan semalam sebagaimana dipetik The Star.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemimpin negeri yang lain.

Baginda bagaimanapun, enggan mengulas mengenai majikan Malaysia yang mungkin melindungi pekerja asing tanpa izin, berkata tidak mempunyai bukti penglibatan mereka.

Sultan Pahang turut menafikan laporan media yang mendakwa terdapat sehingga 30,000 pekerja Bangladesh di Cameron Highlands.

Kelmarin ketika melawat kesan banjir di Cameron Highland, Sultan Ahmad Shah marah dengan pihak yang menggunakan nama baginda.

Bernama melaporkan Sultan Ahmad Shah menegaskan baginda tidak tahu menahu mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di Cameron Highlands.

Ditanya mengenai perkara itu baginda bertitah: "Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya."

"Semak dulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda.

Terdahulu baginda melawat kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur dan tanah runtuh di Lembah Bertam.

Baginda turut kesal dengan tindakan peneroka haram yang mengupah samseng bagi memastikan kerja penerokaan mereka tidak diganggu sesiapa hingga menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan. – 21 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarkan-pendatang-haram-dari-pahang-titah-sultan-ahmad-shah#sthash.HBCQJLo5.dpuf

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment