Wednesday, February 23, 2011

RG09... Rahsia Memukau Pelanggan (Bahagian 2)

Rahsia Memukau Pelanggan (Bahagian 2)
Posted on Wednesday, February 23 @ 13:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh: shahabudeenjalil

"Bahagian pertama dari artikel ini mendapat sambutan yang sangat mengalakan. Ada yang memuji, ada juga yang mengutuk. Yang mengutuk, kebanyakkan fokus kepada perkataan memukau tanpa membaca artikel tersebut.

Pada kali ini, saya ingin membincangkan satu lagi aspek dalam memahami pelanggan kita.MATA.

Mata adalah kurnian Tuhan yang sangat penting dari saat dilahirkan hingga akhir hayat.

Melalui arah pandangan mata, kita boleh meneka seseorang itu deria utamanya adalah visual, auditori atau kinesthetik.

Lihat rajah dibawah, rajah ini adalah betul bagi kebanyakkan orang yang menggunakan tangan kanan atau orang yang bukan kidal. Jika kidal, anda perlu sonsangkan rajah dibawah.



Biasanya mata kita akan bergerak ke arah-arah tertentu untuk mengambil semula maklumat yang tersimpan disitu. Maklumat ini mungkin tersimpan sebagai visual, audio atau kinesthetik.

Dalam masa yang sama, kita juga boleh menggerakkan mata ke arah yang sesuai untuk mengingati sesuatu.

Namun, pergerakan mata ini perlu dilakukan dengan tenang. Jika anda gugup atau kelam kabut, pergerakan mata ini akan menjadi huru-hara.

Sila rujuk contoh di bawah. (Minit ke 1:40)



Mamat ini banyak mengambil maklumat dari sumber visualization dari memori yang lepas. Namun apabila pergerakan mata yang tidak tenang seperti ini akan membuatkan pelanggan anda tidak yakin dengan apa yang anda tuturkan. he he he.

Moral of the story : Kalau nak buat yang terbaik pastikan anda buat dengan persediaan awal yang kemas dan rapi. Jangan fikir nak buat terbaik secara last minute.

Berbalik kepada kaedah memukau pelanggan kita. Apabila bertemu pelanggan, banyakkan bertanya perihal pelanggan tersebut.

Tanya pelanggan tentang latar belakang dan mengenai kareer atau perniagaan. Semua orang suka menjawab sesuatu yang dia pakar atau tahu. Respon dengan baik. Biasanya dengan pujian yang ringan. Namun ingat, jangan bertanya soalan yang terlalu personal sehingga membuatkan pelanggan anda tidak selesa.

Semua orang suka dipuji. Walaupun dia tahu seseorang itu sengaja memuji atau sengaja membodek. (Kerana inilah ramai ahli politik dikelilingi oleh pembodek-pembodek, malah mereka ini dibayar untuk membodek)

Dengan bertanya soalan-soalan ini, anda sudah boleh perhatikan ayat-ayat yang keluar dari mulut pelanggan anda dan anda juga dapat mengetahui pergerakan mata pelanggan anda.

Dengan ini anda sudah semakin pasti bahasa apa yang mereka sedang bercakap.

Apa perlu kita lakukan sekarang ??? Tiru bahasa pelanggan kita untuk sampaikan mesej tentang produk anda.

Jika anda ingin menjual kepada mamat tadi, anda perlu gunakan bahasa visualization.. jika anda gunakan selain dari itu, anda mungkin tidak dapat menjual dengan baik kepadanya.

Setiap manusia suka kepada manusia yang serupa atau bersetuju dengannya. Cuba bayangkan 2 orang yang sering membangkang, tidak mungkin mereka boleh jadi kawan baik. Dan cuba bayangkan 2 orang yang sering bersetuju, tidak mungkin mereka menjadi musuh.

Bersambung....

Shahabudeen Jalil"

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




No comments:

Post a Comment