Friday, March 25, 2011

Re: RG09... Apa Khabar Zulkifli Nordin?

 

Salam,

Walau apapun Zulkifli ni kena tanggung hasil kerja
mulut beliau yang terlalu lancang membuat hukuman,
kesian juga pada beliau kerana diperalat untuk berhujah
dan sama nasibnya dengan Ezam (hilang mertabat diri
dan harga diri ). Mereka menjadi anak-anak suruhan
walaupun tahu akibatnya, tapi kerana mahu menelan
harta duniawi terpaksa meludah akhirat.

p/s semuga mereka akan kembali ke pangkal jalan.





2011/3/25 para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com>
 


Kita juga yakin 110% MP Kulim-Bandar Baru, Zulkifly Nordin ini tidak akan jadi calon lagi dalam PRU ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ini kerana Zulkifly Nordin telah dipecat dari PKR. Mustahil beliau akan dicalonkan oleh UMNO. Dalam PRU ke-12 tahun 2008 yang lalu, beliau bertanding atas tiket PKR menentang calon UMNO. Beliau menang kerana Jawatankuasa Bahagian UMNO dan majoriti ahli-ahli UMNO mensabotaj calon UMNO sendiri. Ini dilakukan kerana Ketua Bahagian UMNO Kulim-Bandar Baharu yang diketuai oleh Dato' Kadir Sheikh Fadzir yang tidak bersetuju dengan keputusan mantan Presiden UMNO dan PM Islam Hadhari, Tun Pak Lah yang tidak mencalonkan dirinya semula dalam PRU tersebut. Maka ramailah pengundi-pengundi di kawasan itu telah disogokkan dengan wang bernilai RM 50/-  setiap seorang agar tidak mengundi calon UMNO dan meminta pengundi-pengundi memberikan undi mereka kepada calon PKR, Zulkifly Nordin. Inilah protes yang dilakukan oleh UMNO Bahagian yang menyebabkan calon UMNO tewas, bukan hanya bergantung kepada kekuatan jentera piliahnraya Barisan Alternatif. Zulkifly Nordin sewajarnya berterima kasih kepada UMNO Bahagian teerutama kepada Ketuanya, Dato' Kadir Sheikh Fadzir yang mengambil pendirian " If that's not mine, then let's all of us not having it"

Dengan bantuan ahli-ahli PAS dalam semangat Tahluf Sisasi sebagai Barisan Alternatif , maka Zulkifly Nordin menang dan ditabalkan sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan kemenangan yang selesa menewaskan calon UMNO/BN.

Sebelum Zulkifly Nordin menyertai PKR, beliau adalah bekas Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak. Tetapi beliau telah dipecat dari PAS kerana bertanding sebagai calon pada PRU tahun 1990 tanpa mendapat restu dari pucuk pimpinan PAS di kawasan Sabak Bernam (kurang pasti di kawasan yang sebenarnya beliau bertanding pada tahun itu).

Berdasarkan sejarah beliau itu, kita boleh mengandaikan jenis apa sikap dan pendirian Zulkifly Nordin ini. Beliau leebih mementingkan diri sendiri daripada taat kepada pemimpin dan tidak setia kepada jamaah. Entah mengapa PKR mengambilnya menjadi ahli dan meletakkan beliau sebagai calon dalam PRU yang lepas. PKR sewajarnya tidak terlalu tamak untuk mendapat agihan kerusi yang ditandingi. Calon-calon perlu disaring dengan lebih teliti dan bukan ambil semborono sahaja memilih calon-calon dalam pilihanraya.


Pastinya UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu akan mencalonkan Zulkifly Nordin jika pun beliau berhasrat untuk menyertai UMNO pula. UMNO Bahagian itu tentunya akan mencalonkan salah seorang dari Jawatankuasa Bahagian tersebut.


Walaupun beliau mungkin akan bertanding atas tiket calon Bebas, beliau tidak mungkin akan menang, jauh BBQ dari api. Pengundi-pengundi yang dulunya menyokong dan mengundi beliau dalam PRU ke-12 tahun 2008 yang lalu, khabarnya telah benci dengan tindak tanduk beliau setelah keluar dari PKR. Tambahan pula, beliau tidak pernah turun padang melawat kawasannya bertanyakan masalah yang dhiadapi penduduk semenjak bliau dipecat dari PKR.

Maka selepas PRU ke-13 akan datang, beliau diramalkan akan bergiat semula dengan aktiviti lamanya iaitu mengadakan ceramah di surau-surau dengan tajuk yang sama itu mengenai jumlah dan masalah murtad dikalangan Muda Belia Melayu/Islam. Tidak pasti pula, samada ada atau tidak surau-surau atau masjid yang masih tidak jemu-jemu lagi akan mengundang beliau mengadakan ceramah. Itu sahajalah modal dan pengetahuan yang ada padanya mengenai Islam. Sesekali mungkin beliau mendapat pelanggan yang memerlukan khidmatnya sebagai peguam.

Nampak gaya 110% jugalah karier politik Zulkifly Nordin ini bakal berakhir menjelang PRU ke-13 ini kelak.

 
Sekian.


para_jump101


 

--- On Thu, 3/24/11, Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com> wrote:

From: Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com>

Subject: Re: RG09... Apa Khabar Zulkifli Nordin?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, March 24, 2011, 6:56 PM


 

110% tu dapat Dato' lak yek...sbb 110% dia dapat Dato'....kwangkwang..


From: Hasno bin Hashim Hashim <hasno.hashim@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, March 24, 2011 23:30:39
Subject: Re: RG09... Apa Khabar Zulkifli Nordin?

 

Seratus percent cintakuuuuuu .... eh eh eh

--- On Thu, 3/24/11, Wan Fadzly Muhammad <wfadzly@ymail.com> wrote:

From: Wan Fadzly Muhammad <wfadzly@ymail.com>
Subject: Re: RG09... Apa Khabar Zulkifli Nordin?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, March 24, 2011, 1:47 AM

 
confirm 110% dia akan keluarkan statmen lain plak... apa pulak conclusion dia....
kita tunggu dan lihat, dan percayalah 110% apa yang akan keluar dari mulut busuk dia...


From: abi umar <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com; Islamic-ebook@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com
Sent: Thu, 24 March, 2011 7:45:38
Subject: RG09... Apa Khabar Zulkifli Nordin?

 
Apa Khabar Zulkifli Nordin?.. yang percaya 110% tu..
Posted on Wednesday, March 23 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Artikel Oleh: AnakSgDerhaka

"Sekarang.. Apa Khabar Zulkifli Nordin YB Kulim yang dipecat dari PKR yang mengatakan beliau yakin 110% bahawa lelaki dalam video lucah yang dipertontonkan kepada wartawan itu adalah Anwar?
Korang baca petikan berita dari Lidah Rasmi UMNO dibawah ni.


Yakin aksi pemimpin pembangkang

KUALA LUMPUR 21 Mac – Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan 'Datuk T' sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.


"Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia. Sepenuhnya sila baca di SINI

Itulah kenyataan seorang lawyer yang pernah menjadi peguam untuk mempertahankan Anwar yang amat yakin bahawa kelibat lelaki didalam Video lucah itu adalah Anwar tanpa melihat video itu..

Tidakkah ianya kini telah menjadi satu fitnah wahai Zulkifli Nordin?? Fitnah dari seorang lawyer yang kelihatan warak dengan kopiah yang tak lekang di kepala..

Tidakkah itu juga menunjukan lawyer yang dipecat dari PKR ini masih menyimpan dendam terhadap Anwar dan Wan Azizah?? Adakah ugama Islam menggalakkan kita berdendam? Tidakkah junjungan besar kita Rasulullah S.A.W mengajar kita supaya memaafkan?

Apa Khabar Zulkifli Nordin yang menganggap pemimpin Pakatan Rakyat sebagai anjing dengan menulis didalam facebooknya "Pelik ek.. belum pun tgk videoklip tutp Anwar dah nak melenting x tentu pasal. Siap fitnah orang lagi! Yang Wan Azizah pun apa hal nak melenting, Elok Wan Azizah tgk je dulu video tu. Hanya dia je boleh cam "sudu" dlm videoklip tu ;) pmimpin pmbkg lain? Tak payah tgklah.. kang tak pase ada yg gigit video tu nanti.. worf..worf..;))"


Apa Khabar Zulkifli Nordin... yang menganggap Video lucah itu adalah kerja Anwar sendiri bagi mengalihkan isu katanya " Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan hari ini.

Hari ini terbukti kepada kita semua bahawa manusia yang bernama Zulkifi Nordin ini adalah seorang pembawa fitnah yang berselindung disebalik watak seorang lelaki warak dengan memakai kopiah..

Terbukti kerana fitnahnya mengatakah bahawa Video itu adalah kerja Anwar sendiri bagi mengalih isu DNA dengan mengakunya Bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dikaitkan dengan jenayah rogol kanak-kanak dalam satu sidang media, bahawa beliau adalah salah seorang dari tiga orang Datuk yang menjadi dalang bagi tayangan perdana video lucah di hotel Carcosa Seri Negara. – sepenuhnya di SINI

Terbukti juga bahawa keyakinan 110% Zulkifli Nordin bahawa lelaki didalam video itu adalah Anwar itu berasaskan naluri benci dan dendamnya yang masih tidak padam terhadap pasangan Anwar dan Wan Azizah dengan mengakunya seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dengan berkata "Saya dalam video itu". – sepenuhnya di SINI

Rasanya ayat Zulkifli Nordin yang ditujukan kepada Anwar ini.. "Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang 'kuat agama' terpedaya," sesuai untuk dirinya sendiri..

Ayat ini khusus buat Zul Nordin dan juga semua amnya

Firman Allah dalam Surah An Nur : 15
"Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar."
 


--

Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.







--


Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, 
Everyone was clapping for me!"
Now thats a Positive Attitude.

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment