Friday, March 25, 2011

Re: RG09... Nazri mahu MIC serah semua enam kerusi di Perak ........

 

Persoalannya, apakah Nazri Aziz, Menteri Pembodek  Negara 1Malaysia ini berani mempertahankan kenyataannya dengan mendesak Presiden UMNO/BN yang juga PM 1Malaysia agar MIC dinafikan haknya mengekalkan kerusi DUN dan Parlimen dalam Negeri Perak ini setelah mantan Presiden MIC, Samy Vellu tidak lagi berkuasa.

Sebagaimana yang diketahui, Nazri Aziz ini hanya akan berkokok melawan ketuanya setelah ketuanya itu tidak lagi berkuasa iaitu setelah melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO/BN dan PM. Contohnya, setelah Tun Mahathir melepaskan jawatan PM Malaysia dan Presiden UMNO/BN, barulah Nazri Aziz mengkrritik hebat akan mantan ketuanya dengan menyatakan beliau akan menjadi Panglima Perang di Barisan Hadapan dalam menentang Tun Mahathir yang mengkritik penggantinya, Tun Pak Lah. Tetapai semasa Tun Mahathir masih memegang jawatan PM dan Presiden UMNO/BN, Nazri Aziz lah menteri yang sering kali membodek dan mengampu beliau sehingga tidak merasa ragu-ragu untuk mencium tangan Tun Mahathir setiap kali Tun Mahathir berlepas ke luar negara atau sekembalinya beeliau dari luar negara. Itu diperakui sendiri oleh Tun Mahathir. Tetapi setelah Tun Mahathir tidak lagi memegang jawatan tertinggi itu, Nazri Aziz bukan main lantang lagi menentang Tun Mahathir.

Kemudian, Nazri Aziz mengampu Tun Pak Lah pula setelah tun Pak Lah menjawat jawatan Presiden UMNO/BN dan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi rekod mencatatkan bahawa Nazri Aziz adalah salah seorang penentang kepada Tun Pak lah semasa Tun Pak Lah bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO yang bergabung dalam Team B bersama-sama Tenglu Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam. Nazri Aziz juga menjadi pengampu tersohor kepada DSAI apabila DSAI bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Setelah DSAI dipecat dari UMNO, Nazri Aziz juga lantang menentang DSAI kerana DSAI telah kehilangan kuasa. Tidak dinafikan juga majoriti ahli UMNO yang menentang dan membenci DSAI, tetapi penentangan Nazri Aziz terhadap DSAI lebih menyerlah.

Setelah Tun Pak Lah berada dimercu kedudukan dengan  menjawat PM dan Presiden UMNO/BN, Nazri Aziz beralih arah mengampu dan membodek Tun Pak Lah pula. Kini, Nazri Aziz mengalihkan pengampuan dan bodekannya kepada DS Najib pula setelah DS Najib menjadi PM 1 Malaysia Presiden UMNO/Bn pula.

Kini Samy Vellu telah kehilangan kuasa setelah melepaskan jawatannya sebagai Presiden MIC dan beliau juga tewas dalam PRU ke-12 tahun 2008 dengan cara yang amat memalukan. Maka Nazri Aziz mula berkokok dan mendesak agar semua kerusi DUN dan Parlimen yang dipeeruntukan kepada MIC diserahkan kepada UMNO dengan memberikan alasan dan sebab yang dinyatakan. Tetapi adakah Nazri Aziz.benar-benar memiliki keberanian (have the guts) untuk membuat desakan sedemikian kepada DS Najib, Presiden UMNO/BN dan PM 1Malaysia. Adakah kenyataan sedemikian sekadar retorik atau gimik politik beliau sahaja. atau ianya sekadar untuk "test power" kepada Presiden MIC, G. Palanivel dan dalam masa yang sama mengharapkan sokongan dan respon dari pimpinan UMNO Negeri Perak terutama dari MB dan Pengerusi Perhubungan UMNO/BN, Dr Zambry Mugabe.

Bagaimana jika Perdana Menteri 1Malaysia dan Presiden UMNO/BN menyanggah akan desakan Nazri Aziz itu. Adakah beliau akan mempertahankan desakannya dan sanggup meletakan jawatan jika desakannya tidak diendahkan oleh DS Najib, pencipta 1Malaysia. Kita bakal menyaksikan sepanjang mana kote Nazri Aziz terkeluar atau termasuk ke dalam kelak akibat dari desakan dan kenyataan beliau itu.

Dalam masa yang sama, adakah Presiden MIC yang baru, G. Palanivel akan berdiam diri dengan kenyataan dan desakan Nazri Aziz itu. Sekiranya desakan Nazri Aziz itu tidak dilayan, adakah beliau akan memberikan ultimatum pula kepada Presiden UMNO/BN dan PM 1Malaysia dengan meltakkan syarat, jika calon-calon MIC tewas dalam PRU kelak, maka tiada seorang pun dari kalangan pimpinan MIC akan dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Ultimatum sedemikian lebih pragmatik bagi menentukan MIC berkerja keras memastikan kemenangan calon-calonnya dan Nazri Aziz jangan bermimpi di kaki pelangi akan tuntutanya dipenuhi oleh pucuk pimpinan UMNO/BN dan PM 1Malaysia.  Beliau perlu bersyukur dan berterima kasih jika nama beliau masih dikekalkan sebagai calon dalam PRU ke-13 bagi mempertahankan kedudukannya sementelah beliau telah menjadi Ahli Parlimen selama lebih dari empat penggal. Lebih baik beliau meneruskan pengampuan dn pembodekannya bagi mengekalkan jawatan menteri yang disandangnya hingga kini.


Sekian



para_jump101


--- On Thu, 3/24/11, Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com> wrote:

From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
Subject: RG09... Nazri mahu MIC serah semua enam kerusi di Perak ........
To:
Date: Thursday, March 24, 2011, 6:46 PM




 

Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing


Nazri mahu MIC serah semua enam kerusi di Perak
Mar 24, 11 3:54pm
http://www.malaysiakini.com/news/159565


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mahu MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di Perak yang gagal dimenangi parti itu dalam pilihan raya umum lalu, kerana BN boleh kalah jika MIC terus bertanding di situ.

Dalam bahagian kedua temubualnya dengan akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang disiarkan hari ini, Nazri berpandangan jika
calon untuk pilihan raya umum akan datang dipilih berdasarkan 'peluang menang' seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka MIC tidak harus bertanding di semua kerusi berkenaan.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Nazri (kanan) berkata, kekalahan BN di Perak adalah disebabkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meletak terlalu ramai orang luar bertanding di Perak.

Sambil menegaskan langkah meletakkan calon 'payung terjun' yang tidak pernah berkhidmatan di kawasan berkenaan sebagai satu kesilapan, Nazri menegaskan bahawa ia merupakan alasan yang sama yang ditegaskan oleh Najib dalam memilih calon yang berpeluang untuk menang.

Sementara itu, Nazri yang lantang bersuara itu menegaskan bahawa pemimpin yang memegang jawatan dalam parti tidak dijamin menjadi calon dalam pilihan raya umum.

Mengambil presiden MCA, Datuk Seri, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kiri, berbaju putih) sebagai contoh, Nazri berkata, walaupun mendapat sokongan ahli untuk menang jawatan presiden parti, tetapi tidak semestinya Chua akan disokong oleh pengundi wanita disebabkan skandal DVD seksnya.

"Jangan ingat, menang pemilihan parti akan menjamin kemenangan anda dalam pilihan raya umum."





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment