Thursday, March 10, 2011

Re: RG09... Koyok Foot Detox - Sah Sah Penipu...

 


adakah penghantar email ini pernah pakai foot detox tu sendiri dan mengalaminya atau dia hanya sesuka hati forward email ni yg entah dari mana?????
tlg siasat dulu..

sy sendiri menggunakan foot detox ni..sepanjang menggunakannya takada effect yg burok pun..kaki sy yg lenguh2 dah x lagi rasa lenguh...badan rasa lebih fresh bila bgn tidur..
kawan2 sy pun kata foot detox ni memang OK...

sy sendiri menjadi pengedar dan setakat ni xde lagi org komplen kata benda ni x elok...

nasihat saya anda p cuba pakai dulu sebelum memberikan ulasan...




--- On Wed, 3/9/11, reza samad <rezamuar@yahoo.com.sg> wrote:

From: reza samad <rezamuar@yahoo.com.sg>
Subject: RG09... Koyok Foot Detox - Sah Sah Penipu
To: respeks_group@yahoogroups.com, pakbelang@yahoogroups.com, MALAYSIA_TIMUR@yahoogroups.co.uk
Date: Wednesday, March 9, 2011, 10:13 PM

 



Selamat sejahtera pembaca .

Anda pernah dengar tak pasal Koyok Foot Detox ? . Koyok yang kononnya boleh membuang toksin dalam badan apabila dilekatkan pada tapak kaki setelah dibiarkan semalaman selama sekurang-kurangnya 6 jam .

Koyok seperti ini ada perbagai nama dan jenama di pasaran dan dijual dengan harga serendah 50 sen sehinggalah setinggi- tingginya mencecah puluhan ringgit. Pengguna dikehendaki melekatkan koyok ini pada bahagian tertentu seperti tapak kaki sebelum masuk tidur dan dibiarkan selama 6 jam. 

Pada pagi esoknya apabila koyok itu ditanggalkan didapati ia penuh dengan bahan lembab berwarna kehitaman yang kononnya ialah toksin yang berjaya dikeluarkan.Lebih menarik apabila pesakit kencing manis juga dikatakan mampu mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah koyok mereka juga dihurung semut kerana kononnya koyok pesakit kencing manis ni manis juga seperti gula.

pengguna berpuas hati melihat "toksin" kehitaman yang berjaya melekat pada koyok foot detox.Mereka bertambah yakin untuk terus mencubanya dan membuat pembelian baru untuk kegunaan keluarga, kawan kawan , malah berasa teruja untuk menjadi ejen pengedar.  

Semua ini karut. Janganlah mudah percaya dengan sesuatu yang tak diketahui hujung pangkalnya. Ini pendapat saya mengapa :


  • Badan manusia berupaya membuang toksin secara semula jadi melalui sistem perkumuhan badan seperti peluh, pernafasan, najis dan sebagainya melalui fungsi oragan- oragan penting seperti hati.Melekatkan koyok pada tapak kaki yang kononnya mampu menarik toksin kerana banyak salur darah disitu adalah mustahil.Ia masih belum dapat dibuktikan kesahihannya.  

  • Bahan hitam yang terhasil pada koyok itu belum tentu adalah toksin. Mana kita tahu semua toksin itu warnanya hitam?. Satu satu cara untuk menentukan sama ada benar toksin telah melekat pada koyok itu ialah dengan mengujinya secara klinikal.Perlu diketahui bahawa sehingga kini masih belum ada sebarang ujian klinikal yang sahih yang boleh membuktikan seperti apa yang di 'claim' oleh pembuat koyok kaki. Jika ada pun hanyalah sekadar testimonial pengguna yang belum tentu sahih. kalau ia pun benar bahan hitam itu ialah toksin maka adakah ia datang dari toksin yang sama seperti yang dihasilkan oleh badan?.

  • Koyok yang putih bersih sebelum digunakan ini boleh juga menjadi hitam pekat apabila dilembabkan atau sekurang-kurangnya dititiskan dengan air .Warnanya juga sama dengan "toksin" yang dikeluarkan daripada kaki. Maka adakah air yang dititiskan tadi itu juga bertoksin?.

  • Jadi bagaimana koyok menjadi hitam pekat apabila dibiarkan semalaman pada tapak kaki?. Apabila ditanggalkan pada subuh esoknya didapati koyok itu lembab dan tapak kaki pula basah. Jadi dari mana datangnya air ini kalau bukan toksin?. SALAH!. Perlu diketahui bahawa tapak kaki juga boleh berpeluh. Peluh yang terhasil pada tapak kaki akan diserap oleh permukaan koyok lalu menghasilkan tindak balas kimia yang merubah warna dan fizikal bahan di dalam koyok tadi menjadi hitam.Sama juga halnya jika sekiranya koyok dititiskan malah direndam dalam air pasti ia akan berubah warna menjadi kehitaman.

  • Warna koyok juga boleh berubah jika ia dilekatkan pada mana - mana bahagian badan. Tidak semestinya hanya tapak kaki. Asalkan bahagian itu boleh berpeluh. Contohnya lekatkan pada pergelangan tangan, hasilnya tetap sama. Maka adakah pergelangan tangan yang uratnya tak sebanyak tapak kaki itu juga boleh terkumpul semua jenis toksin?

  • Pengguna kali pertama "First Time User" mesti menggunakan koyok selama 30 hari berturut-turut. Kemudian selang seminggu sekali sebagai "maintenance" . Jika anda berbuat demikian hasilnya tetap juga sama. Hasil pada koyok itu tetap juga seperti kali pertama anda menggunakannya pada 30 hari sebelumnya. Nah! sekarang anda dah membuang duit dan masa pada sesuatu yang sungguh tak berfaedah, tak berhasil malah anda mungkin telah meracuni sistem badan anda sendiri dengan bahan yang terserap dari koyok berkenaan. Fikirkan bagaimana pula halnya jika yang mengguna itu perempuan hamil?

  • Surf saja pada internet tentang koyok sebegini maka anda akan disajikan dengan pelbagai ulasan tentang betapa penipunya benda ini. Lebih menarik apabila ada pengguna dari Amerika yang berhabis beratus dollar yang kemudiannya baru sedar yang dia ditipu hidup-hidup. 

  • Ada juga testimonial pengguna yang menyatakan bahawa selepas menggunakannya kaki terasa panas, sedap, senang bangun tidur dan sebagainya. Tapi ada juga yang menyatakan kaki terasa kebas dan senggal selama berhari-hari, yang sakit gigi terasa makin berdenyut-denyut,kulit merengsa dan bermacam lagi. Pada pendapat saya badan pengguna mungkin telah bertindak  balas dengan bahan dalam koyok ini dan berkemungkinan juga mereka sedang menyerap bahan yang tidak diketahui ini melalui permukaan tapak kaki  yang basah kerana berpeluh. Ini pastinya cukup merbahaya . Selagi tiada bukti klinikal yang boleh digunapakai, tindakan sedemikian boleh merbahayakan nyawa.

  • Jadi hentikanlah penggunaan koyok kaki nyahtoksin yang berjenis-jenis dan bermacam nama ini. Sesiapa yang dah beli jangan gunakan lagi. Yang jadi tukang jual dan tukang edar berhentilah. Carilah kerja lain daripada terus menipu orang sama ada anda telah sedar atau tidak. 







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment