Thursday, March 10, 2011

Re: Re: RG09... Koyok Foot Detox - Sah Sah Penipu

 

Salam,
 
sy pernah menggunakan detox pad..ms tu sy lepas bersalin..kaki selalu sejuk je..
even pkai stoking pun mcm x cukup pnas,,
so..sy try gune detox pad ni mlm,,siang nye ok je,,kurg sejuk..
kaki pon leh pijak lantai..seblum ni rase ngilu..berhelai2 guna stoking..
ikut pengalaman sy,,alhamdulilah xde yg negative..
 
wassalam..

 
nellZ

 



From: reza samad <rezamuar@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 10 March 2011 23:22:12
Subject: Fw: Re: RG09... Koyok Foot Detox - Sah Sah Penipu

 


Hai Saudara Junairi marah nampak. Siap tulis Pakai font caps lock .



cuba awak bayangkan. Setiap kali guna koyok tu hasilnya asyik hitam saja. Agaknya badan manusia ni asyik buat toksin sahaja sebanyak-banyaknya setiap hari. Toksin sebanyak itu kalau dah ada dalam badan manusia maka orang itu bukanlah lagi manusia.



Kalau berubah sikit pun tak banyak. Itupun mungkin kerana tampalan yang tak rata dengan tapak kaki.Atau mungkin tapak kaki tak sempat berpeluh. Ialah koyok itu kan bertindakbalas dengan air.



memanglah benda dalam koyok tu campuran herba (kononnya) . Mungkin ia juga baik untuk kesihatan atau mungkin juga ia sekadar memberi "feel" yang koyok ini bagus. 



cuba awak tampal kat tengkuk awak. Besok bangun confirm hitam legam . Sama macam awak tampal kat tapak kaki. Jadi kiranya kat tengkuk awak tu banyak toksin la yer?. 



Tampal aje la koyok ni kat mana - mana pun. Sama jer. Cuma tak try kat binatang jer lagi. 




--- On Thu, 10/3/11, Farid <d4rkn3555@yahoo.com> wrote:

From: Farid <d4rkn3555@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Koyok Foot Detox - Sah Sah Penipu
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, 10 March, 2011, 8:02 PM

 

Salam

Foot detox campuran herba2 dari China. Saya dah guna 4 bulan, kaki lenguh sebab slalu sangkut traffic jem.Maklum le, guna gear manual. Masa nak tido, tampal kat tumit.kaki rasa ringan je.kalau semingu x guna,mmg byk le hitam berair sket kat detox pad tu.klu guna setiap hari,hitam juga tapi kering sket.bgn tido,buka pad dan lap dgn tisu.klu x lap,berminyak plak lantai.memang ok je produk ni. Klu rasa xde effect,xyah le guna.

Sent from my iPhone

On Mar 10, 2011, at 7:15 PM, Ridzwan <cloniesma@yahoo.com> wrote:

 

Salam,
 
Saya pengguna foot detox jugak.
Kaki sengal2 lepas main futsal, then pkai lebeh kurang 3 jam (tidur) terus ringan kaki n tak sakit lagi
Wife sakit tengkok - tampal kat leher n hilang sakit..
Saya sakit pinggang - tampal kat belakang n lega..
Member2 pun siap mintak tolong oder xtra.
 
Wasalam


From: Junairi Huri <junairihuri@yahoo.com>
To: pakbelang@yahoogroups.com; kerul detox <krool88@yahoo.com>; respeks_group@yahoogroups.com; along leno <pandangsini@yahoo.com>
Sent: Thursday, 10 March 2011 17:02:49
Subject: RG09... Koyok Foot Detox - Sah Sah Penipu

 

SALAM ,SAYA NAK KONGSI SEDIKIT SEBANYAK,SETAHU SAYA FOOT DETOX NI BERFUNGSI MENGELUARKAN PELUH TOKSIN, U BAYANGKAN START NAK TIDO U TAMPAL DI KAKI N  THAN TIDO...SO MCM NE KAKI KITER YG X TERKENA IAR LANGSUNG BOLEH MENJADIKAN FOOT DETOX INI HITAM, I AKUI MEMANG KLU DI LENCUN KE DALAM AIR MEMANG LA HITAM SAYANG OIIIIII,DAH BASAH MEMANGLA HERBA TU MENJADI HITAM,TP CUBA LAK KITER NI KAJI DULU MENGAPA ORG JEPUN MENCIPTA FOOT DETOX NI??

PERTAMA SEKALI TOKSIN DALAM BADAN KITA BUKAN SENANG NAK KELUAR ,ADA MCM2 CARA NAK KUARKAN TOKSIN NI,ADA YG MAKAN TEA DETOX ,ADA YG BERSENAM,ADA YG MAKAN BUAH2HAN...SEMUA TU UNTUK BUANG TOKSIN...TETAPI ORG JEPUN MENCIPTA FOOT DETOX PATCH NI SEBAGAI ALTERNATIF KLU KITER X NAK BUAT PERKARA YG SAYA SEBUT TADI...

SAYA TERGELAK JUGAK BILA ADA ORG MENGATAKAN BILA DIE CELUP FOOT DETOX DALAM AIR ,JADI HITAM HEHEHE ,MEMANG LA,,DARI AWAL2 DAH DI BERITAHU YG FOOT DETOX NI KANDUNGAN DALMNYA ADALAH SERBUK YG MENGANDUNGI HERBA YG BOLEH MENYEDUT PELUH TOKSIN DARI TAPAK KAI,TAHUKAH ANDA BANYAK MANE TOKSIN PDA TAPAK KAKI HEHE FIKIR2LA SENDIRI..SAYA NI ADA TESTIMONI RAMAI PENGUNA TENGTANG DETOK PATCH NI,RATA2 KEBANYAKAN BERPUAS HATI,SESIAPA YG RASA SAKIT PADA MULANYA,SAYA KAJI KENAPE JADI MCM TU,RUPENYE IANYA TINDAK BLS APABILA TOKSIN YG BERTAHUN2 TAK KELUAR NAK KELUAR MEMANGLAA SAKIT ( ITU YG SAYA RESEARH KAT TENET LAA) ,DAN TINDAK BALS SETIAP INDIVIDU X SAMA............


PERNAH JUGA SAYA LETAKKAN KERTAS SERAP DI TAPAK KAKI KETIKA TIDUR,TIADA PUN PELUH YG KELUAR,TAPI APBILA PAKAI FOOT DETOX MEMANG TERNYATA PELUH TOKSIN KELUAR DENGAN BANTUAN HERBA NI...

N LAGI SATU PERNAH TAK TGK MESIN PENYEDUT TOKSIN TU KAT SPA2 ,XKAN AIR YG BERWARNA JENIS TIBA2 MENJADI HITAM,YG HITAM TU LAA TOKSIN.......

PADA PENDAPAT SAYA TIDAK BOLEH JUGA KITA CEPAT MENGATAKAN FOOT DETOX ITU TIPU .........

BERIKUT TESTIMONI :

NEW TESTIMONI JUNGONG DETOX FOOT PATCH 

sy brkenan sgt la..pelekat tk tanggal dn mesti mnum air byk2..bru smlm try pakai..wahHH...kaki ringan je..berminyak dn basah...kena pakai berterusan kalo nk buang toksin ;-),lagipun byk kelebihan dia juga...jadi...kena lah cuba...belum cuba belum tahu.. ;-)~ CREDIT TO SYUHADA


Alhamdulillah....jika beli detox original memang pelekat berkualiti dan tidak mudah tanggal.....terima kasih yea kongsi pengalaman di sini.....:-)~ Aziebeautyline

TESTIMONI DETOX FOOT PATCH... 
Originally Posted by fara_shu 
ku nak bagi testi ccpp yang saya dah cuba selama seminggu..hari kedua, pakai cam nampak perbezaan kat breast..huhuhu,,sewonok je..minum pagi terasa kenyang je n segar...yang best rasanya sedap.. yang lain2 tu lum nampak ketara lagi.. pakai detok foot patch plak so far ok..ari2 banyak je toksin..alahai badanku banyak toksin..ketara masa farah gi jogging..huhuhu..tak rasa penat naik bukit joggng relax je lari..best2!

Originally Posted by fara_shu 

tak sabar tunggu stok detox foot patch..n bsy tuk my mum..
Salam junn....alhamdulillah, fara dah dapat positif feedback dr foot patch........memang ringan rasa badan bila pakai foot patch waktu malam....bangun pagi rasa segar je.....tambahan lagi akak yang dah tawin n ada 2 hero nie....best kan...? ..badan x letih, keja umah pun beres... 


TESTI KE-3 DR MY CUSTOMER FOOT PATCH.. 
Originally Posted by SMS 012-XXXXXXX 
Saya baru pakai 30 patch..rs ringan bdn. period pn da lancar, sblum ni period lama.tiap pg msti itam yg tampal kat kaki n perot..berkesan n puas ati la dpt tgk toksin dlm bdn diserap keluar....

Alhamdulillah junn, thanx bg try....lagi satu dr pengalaman akak bg adik akak pakai FP nie alhamdulillah jerawat dia dah kurang....3 hari pakai, dah nampak kesan, jerawat terus kecut..muka kurang berminyak bila bangun dr tido.....
Quote:
Originally Posted by eagle 
Hi Junn, eagle nak bg testi pasal foot detox patch tu..mmg best la! badan jd ringan..pastu bgn pagi senang sgt..Insyaallah nnt bole oder lagi..yg gold slimming patch blom try lg baru settlekan detox patch dulu..tpmmg sgt2 puas hati!







From: Suhaili Yahaya <y.suhaili@yahoo.com>
To: pakbelang@yahoogroups.com
Sent: Thu, March 10, 2011 11:23:31 AM
Subject: Re: [pakbelang] Koyok Foot Detox - Sah Sah Penipu

 

baru2 ini saya cuba membuat ujian ttg foot detox ini dgn meletakkan beberapa titis air, hasilnya sama warna dgn selepas ditampal di tapak kaki.. jadi belum pasti benar ianya boleh menyahtoksin.

--- On Wed, 9/3/11, reza samad <rezamuar@yahoo.com.sg> wrote:

From: reza samad <rezamuar@yahoo.com.sg>
Subject: [pakbelang] Koyok Foot Detox - Sah Sah Penipu
To: respeks_group@yahoogroups.com, pakbelang@yahoogroups.com, MALAYSIA_TIMUR@yahoogroups.co.uk
Date: Wednesday, 9 March, 2011, 2:13 PM

 



Selamat sejahtera pembaca .

Anda pernah dengar tak pasal Koyok Foot Detox ? . Koyok yang kononnya boleh membuang toksin dalam badan apabila dilekatkan pada tapak kaki setelah dibiarkan semalaman selama sekurang-kurangnya 6 jam .

Koyok seperti ini ada perbagai nama dan jenama di pasaran dan dijual dengan harga serendah 50 sen sehinggalah setinggi- tingginya mencecah puluhan ringgit. Pengguna dikehendaki melekatkan koyok ini pada bahagian tertentu seperti tapak kaki sebelum masuk tidur dan dibiarkan selama 6 jam. 

Pada pagi esoknya apabila koyok itu ditanggalkan didapati ia penuh dengan bahan lembab berwarna kehitaman yang kononnya ialah toksin yang berjaya dikeluarkan.Lebih menarik apabila pesakit kencing manis juga dikatakan mampu mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah koyok mereka juga dihurung semut kerana kononnya koyok pesakit kencing manis ni manis juga seperti gula.

pengguna berpuas hati melihat "toksin" kehitaman yang berjaya melekat pada koyok foot detox.Mereka bertambah yakin untuk terus mencubanya dan membuat pembelian baru untuk kegunaan keluarga, kawan kawan , malah berasa teruja untuk menjadi ejen pengedar.  

Semua ini karut. Janganlah mudah percaya dengan sesuatu yang tak diketahui hujung pangkalnya. Ini pendapat saya mengapa :


  • Badan manusia berupaya membuang toksin secara semula jadi melalui sistem perkumuhan badan seperti peluh, pernafasan, najis dan sebagainya melalui fungsi oragan- oragan penting seperti hati.Melekatkan koyok pada tapak kaki yang kononnya mampu menarik toksin kerana banyak salur darah disitu adalah mustahil.Ia masih belum dapat dibuktikan kesahihannya.  

  • Bahan hitam yang terhasil pada koyok itu belum tentu adalah toksin. Mana kita tahu semua toksin itu warnanya hitam?. Satu satu cara untuk menentukan sama ada benar toksin telah melekat pada koyok itu ialah dengan mengujinya secara klinikal.Perlu diketahui bahawa sehingga kini masih belum ada sebarang ujian klinikal yang sahih yang boleh membuktikan seperti apa yang di 'claim' oleh pembuat koyok kaki. Jika ada pun hanyalah sekadar testimonial pengguna yang belum tentu sahih. kalau ia pun benar bahan hitam itu ialah toksin maka adakah ia datang dari toksin yang sama seperti yang dihasilkan oleh badan?.

  • Koyok yang putih bersih sebelum digunakan ini boleh juga menjadi hitam pekat apabila dilembabkan atau sekurang-kurangnya dititiskan dengan air .Warnanya juga sama dengan "toksin" yang dikeluarkan daripada kaki. Maka adakah air yang dititiskan tadi itu juga bertoksin?.

  • Jadi bagaimana koyok menjadi hitam pekat apabila dibiarkan semalaman pada tapak kaki?. Apabila ditanggalkan pada subuh esoknya didapati koyok itu lembab dan tapak kaki pula basah. Jadi dari mana datangnya air ini kalau bukan toksin?. SALAH!. Perlu diketahui bahawa tapak kaki juga boleh berpeluh. Peluh yang terhasil pada tapak kaki akan diserap oleh permukaan koyok lalu menghasilkan tindak balas kimia yang merubah warna dan fizikal bahan di dalam koyok tadi menjadi hitam.Sama juga halnya jika sekiranya koyok dititiskan malah direndam dalam air pasti ia akan berubah warna menjadi kehitaman.

  • Warna koyok juga boleh berubah jika ia dilekatkan pada mana - mana bahagian badan. Tidak semestinya hanya tapak kaki. Asalkan bahagian itu boleh berpeluh. Contohnya lekatkan pada pergelangan tangan, hasilnya tetap sama. Maka adakah pergelangan tangan yang uratnya tak sebanyak tapak kaki itu juga boleh terkumpul semua jenis toksin?

  • Pengguna kali pertama "First Time User" mesti menggunakan koyok selama 30 hari berturut-turut. Kemudian selang seminggu sekali sebagai "maintenance" . Jika anda berbuat demikian hasilnya tetap juga sama. Hasil pada koyok itu tetap juga seperti kali pertama anda menggunakannya pada 30 hari sebelumnya. Nah! sekarang anda dah membuang duit dan masa pada sesuatu yang sungguh tak berfaedah, tak berhasil malah anda mungkin telah meracuni sistem badan anda sendiri dengan bahan yang terserap dari koyok berkenaan. Fikirkan bagaimana pula halnya jika yang mengguna itu perempuan hamil?

  • Surf saja pada internet tentang koyok sebegini maka anda akan disajikan dengan pelbagai ulasan tentang betapa penipunya benda ini. Lebih menarik apabila ada pengguna dari Amerika yang berhabis beratus dollar yang kemudiannya baru sedar yang dia ditipu hidup-hidup. 

  • Ada juga testimonial pengguna yang menyatakan bahawa selepas menggunakannya kaki terasa panas, sedap, senang bangun tidur dan sebagainya. Tapi ada juga yang menyatakan kaki terasa kebas dan senggal selama berhari-hari, yang sakit gigi terasa makin berdenyut-denyut,kulit merengsa dan bermacam lagi. Pada pendapat saya badan pengguna mungkin telah bertindak  balas dengan bahan dalam koyok ini dan berkemungkinan juga mereka sedang menyerap bahan yang tidak diketahui ini melalui permukaan tapak kaki  yang basah kerana berpeluh. Ini pastinya cukup merbahaya . Selagi tiada bukti klinikal yang boleh digunapakai, tindakan sedemikian boleh merbahayakan nyawa.

  • Jadi hentikanlah penggunaan koyok kaki nyahtoksin yang berjenis-jenis dan bermacam nama ini. Sesiapa yang dah beli jangan gunakan lagi. Yang jadi tukang jual dan tukang edar berhentilah. Carilah kerja lain daripada terus menipu orang sama ada anda telah sedar atau tidak. 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment