Thursday, March 10, 2011

Re: RG09... Saman Ekor, jangan zalimi rakyat

 



Pendapat saya kalau kita tak nak kena saman, ikut la peraturan jalanraya, bawak kenderaan ikut speed, jangan ikut sedap tekan saja..Kat Malaysia ni, itu la perangai tak berapa baik kita. Kita boleh sopan santun, budi bahasa di tempat lain, tapi bila bawak kereta, kita semua naik sheikh, jadi orang lain...Tapi, kalau dah buat salah, kena saman, jangan nak marah polis pulak. Kesalahan tetap kesalahan walaupun dah 10 taun buat salah..kena bayar jugak..jangan buat2 lupa pulak..& tangguh ambik tindakan..
 
Bila dah banyak kena saman & dah asyik tangguh/buat2 lupa, dah terlarat bayar, ini la masalahnya..bila last2 minit nak bayar, semua naik angin..
 
Pokok pangkal, jadilah pemandu yang berhemah, insyaAllah, kita semua selamat dunia akhirat..
 
 
----- Original Message -----
Sent: Thursday, March 10, 2011 11:39 PM
Subject: RG09... Saman Ekor, jangan zalimi rakyat

 



 
----- Original Message -----
From: Bob
 
Pagi tadi di radio mungkin Bernama, Muhyiddin tolak tangapan sesetengah pihak yang kerajaan kutip saman ekor tertunggak sebab dah hampir tak ada duit. Dia kata orang-orang yang disaman tu patut bayar bila dah buat salah. Mungkin Malaysia banyak duiit dan tak ada hutang agaknya.
 
Tapi, punya la bengap timbalan perdana menteri ni. Orang boleh terima kena bayar denda bila dah buat salah. Yang marah tu, himpun kesalahan dari 10 tahun lepas untuk dibayar sekali gus. Mak datok punya la banyak, sedangkan tahun-tahun sebelum tu tak pula kena blacklist atau terima dokumen saman. Dan, dah lupa pun bila masanya buat salah tu, atau mungkin juga kenderaan dipandu orang lain.
Mungkin polis/jpj ni malas nak buat kerja blacklist orang setiap tahun, tapi bila ada kerahan dari pihak atasan untuk kutip duit masuk tabung kerajaan, baru la pergi korek kesalahan lama, minta bayar sekaligus.
 
Blacklist setiap tahun malas, bagi saman on the spot malas, asyik nak ekor, ekor , berdengkor. Tak lama nanti, lagi best - boleh kena saman ekor oleh syarikat swasta yang guna kamera automatik. Undang-undang berkenaan dah diluluskan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Di mana ada banyak duit untuk diperah, di situ ada satu lagi projek BN.
Tu bukan setakat kerajaan nak habuan serta upah untuk individu yang tidak boleh disebut namanya, tapi ini bisnes cari makan woo - mau makan besar sebab ini saman ekor boleh kutip berbillion RM, gerenti agresif menyaman ni - tambahan pula, orang Malaysia bukan jenis nak cabar saman. bayar aje la.
 
 
Suara Rakyat <pasn9@yahoo.com> wrote:
 
Subject:  Saman Ekor, Umno jangan zalimi rakyat, ingat Libya
 
Mana ada dalam dunia ni nak bayar saman ekor beratur panjang sampai 12 tengah
malam? Mana ada dalam dunia ni warga emas umur 85 tahun kena saman ekor bawa
motosikal kuasa tinggi 500cc melebihi had laju? Di Malaysia saja perkara ini
berlaku. Jadi kepada pemimpin Umno , jangan pekakkan telinga, tak nak dengar
masalah rakyat. Ingat Malaysia tak boleh jadi macam Libya, Tunisia dan Mesir ke?

Kalau nak saman, samanlah TAPI , janganlah tunjuk lagak Bodoh Sombong tu.

Kalau nak saman begini caranya :

1. Saman pemandu yang bawa kereta tersebut, tahan pemandu tersebut. Bukan main
pakai kamera speed trap je, yang kena saman pemilik kereta. Walhal kereta nombor
plet palsu, kereta curi, kereta dah jual tapi belum pindah milik.

2. Kalau nak saman parking pula, tak payah saman. Clamp atau tarik terus kereta
tersebut. Barulah tahu kereta tersebut kereta curi ke, kereta no plet palsu ke,
orang lain pinjam kereta ke. Bukan menganiaya pemilik kereta asal.

Susah sangat ke nak buat perkara ini? Tak cukup anggota polis, tambah anggota
polis. Bukan main swasta je saman ekor, tambah kamera perangkap laju.

 
Kisah Warga emas 85 tahun malukan PDRM dan Menteri, Padan Muka isu Saman Ekor di
http://amkns.blogspot.com/2011/01/warga-emas-malukan-pdrm-dan-menteri.html
 

Warga emas malukan PDRM dan Menteri, Padan Muka


Orang dah kata dah, saman ekor di Malaysia ni tak relevan, banyak kelemahan. Tak nak dengar cakap. Akhirya atok berusia 85 tahun telah memalukan PDRM, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan BN Malaysia. Ada ke atok 85 tahun kena saman ekor bawa motosikal berkuasa besar 500cc. Siapa yang malu sekarang, atau memang tak tahu malu?

Warga emas terkejut kena saman

KANGAR 30 Jan. - Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.

Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.

Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.

"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.

"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.

"Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat sahaja.

"Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 September 1979 dengan harga RM1,200.

Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.

Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.

"Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.

Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur untuk penjelasan.


INGAT DOA RAKYAT YANG DIZALIMI

Kisah ALLAH makbulkan Doa orang Hindu yang dizalimi, awas pemimpin negara di
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment