Thursday, March 3, 2011

RG09... Jangan dipersiakan peluang kedua

 

Jangan persiakan peluang kedua - NGO

KUALA LUMPUR 3 Mac - Pelbagai pihak menyambut baik langkah kerajaan melanjutkan tempoh bayaran saman trafik untuk memberi peluang kepada orang ramai yang sibuk dengan urusan harian mereka berbuat demikian.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, tindakan tersebut disifatkan beliau sebagai mesra rakyat dan mengambil kira kesusahan orang ramai yang terpaksa berdepan dengan kesesakan di kaunter-kaunter pembayaran.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tetap berharap agar kerajaan memberi kelonggaran kepada golongan tidak berkemampuan untuk membayar saman tersebut secara ansuran dalam tempoh tertentu.

'' Mereka ini kebanyakannya tidak mampu membayar saman walaupun diskaun telah diberikan.

''Bagaimanapun, bagi mereka yang kerap mendapat saman, terutamanya pemandu pengangkutan awam dan kenderaan berat, tidak perlu diberi kelonggaran," katanya.
 
Jacob turut mencadangkan agar pihak Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu pasukan petugas bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berbincang dan mencari mekanisme terbaik bagi menangani saman tertunggak yang dilihat merupakan isu sosial.

"Pasukan ini dapat mengenal pasti keperluan serta kelemahan, seperti masalah pada sistem di kaunter pembayaran dan sama ada kempen kesedaran mencukupi atau tidak," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, orang ramai perlu mengambil peluang daripada lanjutan masa itu untuk membayar saman mereka.

Dalam pada itu katanya, pihak berkuasa juga perlu menambah baik sistem pembayaran saman supaya ia tidak membebankan orang ramai yang terpaksa mengambil banyak masa untuk membayar saman mereka.

''Pendekatan mesra rakyat dengan membuka kaunter pembayaran di pusat beli-belah dapat menggalakkan untuk membayar,'' katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pembayaran saman diskaun selama 10 hari lagi.

"Orang ramai yang tidak sempat membayar perlu mengambil peluang kedua yang telah diberi oleh pihak kerajaan untuk menjelaskan saman," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment