Monday, November 28, 2011

Re: RG2011... CERTOT (Cerita Kontot ) Monolog Tudung Labuh

Saya setuju. tudung tidak bebankn apa pn. saya juga krg berminat dgn tudung online yg mmg cukup2 je tutup leher tapi menampakkn bentuk. Saya pn bkn la jenis alim n bertudung labuh.tapi kene la tutup bentuk tu.saya prefer pakai shawl krana boleh ditarik2 ke bawah untuk menutup. kalau tudung yang sarung terus tu, mmg pyh nk cari yg menutup, tutup pn cukup makan jer.kalau ada pn tudung yang labuh, design x cantik.(xda design pn selalunya kosong ajer). adakah mereka yg design tudung ni berpendapat, owh kalau nk buat tudung labuh x perlu cantik sgt. kdg fesysen tudung yg mcm2 sgt ni serabut tgk.kalo org tu nk baut gaya org tu, anda pn nk ikut.hmm.. Wallahua'lam. saya hanya beri pendapar bdasarkn fikiran yg dangkal ini.

From: Panglima Merah <panglimamerah@ymail.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 23 November 2011 11:18 AM
Subject: Re: RG2011... CERTOT (Cerita Kontot ) Monolog Tudung Labuh

salam 2all...
maaf ek klu menyampuk, saya rs pengarah tu mmg xptt bt begitu,, jumud sgt pemikiran tntg islamik, mmm mgkn juga die kurang ilmu agama kat situ, so sy rs, mgkn saudari blh mengambil satu pendekatan utk cube mentarbiah die, xkira la pendekatan yg mcm mana, bagaimana, tapi try tarbiah, bg tau kat die, mudah2an die faham, n sangka baik, inshaAllah die akan berubah, xsyok kate die dari belakang walaupun dlm hati skl pun, ia tetap satu dosa gak, klu xsampaikan kat die, xcube dekati die utk nasihat n teguran yg berhemah dan bijaksana, sy rasa adalah lebih baik kiter berdiam dan berdoa utk kebaikan die dan semua org, sekurang2 nye tanggung jwb kite utk tegur dah terlepas, urusan yg lain, biar Allah sendiri yg setlle kn... insha Allah, ni pun ujian utk kite gak...
 
waallahu 'alam..
panglima merah
From: Dhisa Sakun <dhisakun@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, November 22, 2011 8:20 AM
Subject: Re: RG2011... CERTOT (Cerita Kontot ) Monolog Tudung Labuh

Tudung yang dijual online tu memang cantik-cantik tapi sayang..... semua size kecik. Tiap kali akak tanya size XL (Labuh) mesti tak ada. Kebanyakan orang-orang Malaysia ni kecik-kecik kut. Kakak orang Malaysia juga dan tak lah beso sangat tapi.......tak rasa tak selesa pakai tudung kecik.

From: `«€« þûßLïç Vì§iT°® »§»` <ah_jid@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 21 November 2011 3:42 PM
Subject: Re: RG2011... CERTOT (Cerita Kontot ) Monolog Tudung Labuh


dahlah.. baik korang beli tudung online.. lagi best ..

tak lama lagi mengundi.. selamat mengundi.. yeahh!!!
anda yang pilih.. anda yang dapat :)

From: Dhisa Sakun <dhisakun@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, November 21, 2011 9:03 AM
Subject: Re: RG2011... CERTOT (Cerita Kontot ) Monolog Tudung Labuh

Thumbs up to you, my sister!
Kebanyakan orang sekarang ni nampak saja berpelajaran dan berilmu tinggi tetapi sebenarnya masih seperti orang-orang di zaman jahiliah.

From: malek hassan <amalek62@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 20 November 2011 10:57 PM
Subject: Re: RG2011... CERTOT (Cerita Kontot ) Monolog Tudung Labuh

Alhamdulillah..tahniah kepada anda kerana istiqomah dan berpegang teguh dengan prinsip dan syariat.. Tahniah dan teruskan untuk terus menyampaikan dan berkongsi ilmu yang baik termasuklah berdakwah secara berhemah kepada Puan Pengarah Datin tu.. Moga2 hati hitamnye itu akan cerah dan terus bersinar untuk mendapat hihayah Allah.. Inilah tugas kita sebagai khalifah..Jangan berputus asa kerana ada banyak lagi halangan , dugaan dan ujian di hadapan sana bakal menunggu kita.. Takbir..!!

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, November 20, 2011 10:40 PM
Subject: RG2011... CERTOT (Cerita Kontot ) Monolog Tudung Labuh

 
----- Original Message -----

CERTOT (Cerita Kontot ) Monolog Tudung Labuh

Posted by Tinta.Muallimah
 


Ana masuk ke bilik Datin Pengarah, individu yang baru sahaja dinaikkan pangkat dari Timbalan Pengarah ke Pengarah Institut, menjalankan jawatan yang baru disandang di Institut ana. Ana dipanggil mengadap.

Mungkin belum pernah bersua empat mata dengan ana, Sang Pengarah sedikit terkejut dengan penampilan makhluk Allah yang datang menemuinya. Ekor matanya melirik kebawah melihat 'pesen' baju yang ana pakai. Pakaian ana yang seakan-akan jubah yang menjadi 'alergi' kepada Pengarah baharu ini. Pakaian yang ana pakai mengadap itu adalah 'jubah' ana yang telah di'baju kurung'kan. Ana modify untuk melayani kehendak Pengarah yang ana anggap sebagai 'bala dah datang' ha ha ha. Ana tak hinggin nak menunjuk terlalu 'rebellious' kerana berbaju kurung masih mematuhi syariat. NO BIG DEAL MAM !!.

Seminggu selepas melaporkan diri sebagai Pengarah baharu Institut ana, Sang Pengarah dengan lantangnya mengumumkan kepada semua kakitangan bawahannya bahawa pemakaian jubah adalah dilarang sama sekali kerana jubah itu adalah budaya Arab. Ha ha ha. What's the hell ini Pengarah punya mentaliti....? Dasar songkok-songkok tinggi la tu !! Begitu phobia dengan penampilan yang telebih islamik !!

" Tahniah. Pemangkuan kamu telah disahkan ." Kata Sang Pengarah. Fuhh ! Lega....ingatkan nak 'membantai' ana isu berjubah. " Terima kasih Datin. Semoga pengesahan jawatan ini memberi motivasi kepada saya untuk berkhidmat lebih cemerlang lagi. " Jawapan ana yang agak profesional ana kira.

" Puan dari Jabatan Pendidikan Islam ?" Sang Pengarah meneruskan perbualannya.
" Tidak Datin. Saya dari Jabatan Matematik " Ana menjawab.
" O gitu. Kenapa pakai tudung labuh ? Menutup dada cukuplah ". Kata Pengarah dengan nada sinis.
" Memang asal-asal saya dah begini.." jawapan ana ringkas dengan iringan senyuman yang direka-reka agar Sang Pengarah menoktahkan isu bertudung labuh. Sasaran menjadi, Sang Pengarah tidak meneruskan perbincangan.

Keluar dari bilik Pengarah. @@!#%$%$* ! Sekular ! @ ~%$#@## !! Tak de isu lain ke ko nak pikir ? Kmon la....ini Institut untuk melahirkan pendidik..kita bincang isu perkembangan ilmu, memperbanyakkan kajian dan analisis, kemajuan akademik dan ilmiah cukuplah !!  Ah !! Masih punya mentaliti kelas ke 3 !! Pasal pakaian pulak yang jadi isu penting !! Yang bepakaian ketat-ketat, yang bertudung ala bonggol unta, yang bertudung ala rahib, yang masih belum menutup aurat, tak pula kau ambil pusing ! Berbakul-bakul ana membebel. Bebelkan Sang Pengarah yang gila kuasa. Harap-harap dia tak dengar. Ha ha ha.

                                              Geram.....geram.....

Agak sensitif juga dengan sindiran Sang Pengarah. Ah ! No sweat ! Masuk telinga kiri, ana kan keluarkan dari telinga kanan. Tidak ada satu Perintah Am pun yang melarang pegawai wanita berjubah dan bertuduh labuh ! Ini adalah pilihan peribadi yang masih dalam linkungan mematuhi undang-undang "Lord Reid " ha ha ha. Jahilnya manusia !!

Bukan ana nak 'masuk lift angkat sendiri'. Bertudung labuh tidak sedikitpun menjejaskan prestasi kerja ana malah ana telah melaksanakan semua tugas dengan profesional sekali.  Ana buat sesuatu kerana berprinsip. You cover part of your body but you don't cover your intelligence and intellectual. Ana berjaya menyiapkan kajian dan 'publish' dalam jurnal pada tahun yang sama sedangkan rakan-rakan setugas yang lain tidak mampu berbuat demikian. Pernah menjadi editor buku keluaran jabatan. Menjadi penyelaras teknologi jabatan. Menyandang jawatan 3 jawatan setiausaha serentak. Ana melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kokurikulum, camping, cross country, canoeing..dan macam-macam lagi. Ana adalah penjawat awam yang selalu jadi orang pertama yang 'punch in' ketika bulan bintang masih dilangit. Ana adalah tenaga pengajar yang mengajar dengan bilangan jam yang paling banyak antara rakan-rakan sejabatan. Ana bla...bla...bla. Tudung itu tidak menghalang ana membuat segala-galanya Datin oiii !

Mungkin kerana penampilan ana nampak 'kolot' pada pandangan mata Sang Pengarah, maka beliau jadi lemas, panas, runsing dan pusing . Almaklumlah baru jadi Pengarah...perkara titik benget begini yang menjadi perhatiannya.

Biarlah ana dengan identiti ana yang telah sebati ini. Sekarang ana hanya perlu menjalankan tugas ana seperti biasa dan mungkin menunggu surat ditukarkan. Ha ha ha..












No comments:

Post a Comment