Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 27, 2011
JAKARTA - Empat orang disahkan mati dan sekurang-kurangnya 16 lagi dilapor hilang apabila
sebuah jambatan gantung di Kalimatan Timur runtuh ke dalam sungai Sabtu petang.
Jambatan Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur runtuh pada kira-kira pukul 4.30 petang waktu
tempatan ketika kenderaan sedang sesak menggunakannya, mengakibatkan ada kenderaan
terjunam bersama bahagian jambatan yang roboh itu ke dalam Sungai Mahakam.
Saluran Berita TV, Metro TV melaporkan Ahad bahawa sejumlah 39 orang berjaya diselamatkan
namun masih terdapat percanggahan tentang bilangan sebenar mangsa yang hilang.
Ini kerana ada pihak keluarga melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 24 orang masih hilang
dalam kejadian itu, kata laporan itu.
Jambatan Kutai Kartanegara yang merentangi Sungai Mahakam, merupakan satu daripada
jambatan gantung terpanjang di Indonesia.
Bahagian yang tergantung tanpa penyangga adalah sepanjang kira-kira 270 meter. Jambatan
itu berukuran 710 meter panjang.
Laporan berita TV itu berkata sejumlah 60 anggota anggota pasukan pencari dan penyelam
dari brigade komando Polis Kalimantan Timur sedang berusaha mencarai mangsa, bagaimana
pun operasi itu terganggu oleh arus deras Sungai Mahakam.
Jumlah kenderaan yang tenggelam dan hanyut oleh arus Sungai Mahakam belum diketahui
dengan pasti.
Sementara itu agensi berita Antara memetik saksi yang turut menyatakan bahawa sejumlah
kenderaan turut tenggelam dalam Sungai Mahakam ketika jambatan itu runtuh.
"Pertama saya mendengar bunyi petir, lalu diikuti bunyi seperti benda jatuh ke air dengan
kuat. Ketika saya keluar rumah, banyak orang cemas dan berkata jambatan roboh. Akhirnya
saya langsung melihat ke sana, ternyata benar, jambatannya sudah runtuh," kata Farida,
penduduk Tenggarong Seberang yang rumahnya tak jauh dari jambatan itu.
Farida berkata banyak saksi yang melihat terdapat banyak motosikal dan sejumlah kereta
yang sedang melintasi jambatan itu semasa ia roboh, jatuh ke dalam sungai.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment