Sunday, November 27, 2011

RG2011... ~~~Dari Kerana Mata -mp3~~~~

 


Mata, kenapa perlu jaga pandangan mata?

1 - Ia akan menguatkan hati
2 - Nafsu syahwat boleh dijaga
3 - Menghalang dari pintu syaitan
4 - Kuatkan akal dan menambahkan kecerdasan
5 - Elak daripada maksiat
6 - Melahirkan hati yang mantap

Firman ALlah swt:
Katakanlah  kepada  orang-orang  beriman  laki-laki  agar  mereka 
menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara
akan kemaluan mereka ( menutupnya ). Yang demikian itu lebih suci 
bagi  mereka,  sesungguhnya  Allah amat mengetahui akan apa yang 
mereka  kerjakan  dan  katakanlah  kepada  wanita  yang  beriman,
hendaklan mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluan-
nya dan  janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang
biasa nampak daripadanya.
( An-Nur:30-31)


Cara menjaga mata:

1 - Kosongkan hati daripada sesiapa
2 - Jangan berangan-angankan manusia yang berlainan jantina
3 - Jalan dengan sedikit menunduk. Untuk jaga hati dan pandangan
4 - Cuba bila bersembang dengan berlainan jantina, memandang
wajahnya dengan tidak merenung.Tidak kerap memandang wajahnya.

Selain daripada itu, hikmah menjaga pandangan mata ini ialah kita
boleh mengelak perbuatan mengutuk. Perbuatan mengutuk boleh
membuatkan hati seseorang rosak.

Sebab itu Allah suruh perempuan dan lelaki menutup aurat. Untuk
menjaga ápandangan mata dari kesesatan dan merosakkan hati.

Allah swt berfirman yang bermaksud: 
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menundukkan pandangannya."
(An- Nuur : 31)

Berkata Imam Al-Qurthuby rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini
"Allah Subhanahu wa Ta'ala memulai dengan perintah menundukkan
pandangan sebelum perintah menjaga kemaluan kerana pandangan
adalah ápancaran hati. Dan Allah swt memerintahkan wanita-wanita
mu'minah untuk menundukkan pandangannya dari hal-hal yang tidak
halal. Oleh kerana itu tidak halal bagi wanita-wanita mu'minah untuk
memandang lelaki selain mahramnya". 
(Tafsir Al-Jami' li Ahkam Al-Quran 2/227).

Firman Allah swt yang bermaksud;
Dia mengetahuinya (pandangan) mata dan apa yang disembunyikan
dalam hati.
(Ghoffir Ayat :19)

Menjaga pandangan ini seperti selimut kepada hati.

Abu Bakar As Siddiq  pernah berkata; Lebih baik aku berjalan
di belakang singa, dari berjalan di belakang seorang wanita.


--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment