Alhamdulillah, Husin sudah kembali ke tanah air. Tengahhari semalam pun dah dapat makan ikan asam pedas dan ikan patin tempoyak.
Sehari dua ini, kami asyik tidor saja. Baru tahu betapa penat kami. Maklumlah selama lebih 45 hari, kami banyak berjalan, tidor tidak menentu dan makan minum pun tak menentu.
Jadi bila kami tidor terganggu oleh keluarga yang datang berziarah, itu perkara biasa.
Ada seorang ahli keluarga yang datang yang agak Tok Lebai memberi nasihat. Dia kata mabrur atau tidak haji seseorang banyak bergantung kepada pembawaan apa yang dilakukan di Mekah dan Medinah ke dalam hdup kita di sini.
Pembimbing ibadah kami, Ustaz Badrul pun ada kata.
Dia kata, "Kita tidak boleh lakukan banyak perkara apabila dah haji... "
Ini Husin tak setuju tapi Husin diam saja.
Tok Lebai itu kata, "Apabila kita dah Haji dan Hajah, kita jadi contoh dan ikutan ramai."
Baik, yang ini Husin setuju.
Dia sambung, "Kita dah di kira orang tua, maka banyaklah kita tak boleh lakukan."
Husin mencelah, "Tapi Tok Lebai ...."
Tok Lebai bertanya, "Tapi apa Tuan Haji?"
Lain macam saja bunyi dipanggil orang sebagai Tuan Haji.
Husin jelaskan, "Sebenarnya lagi kita dah Haji, lagi macam-macam perkara kita berupaya lakukan dan kita harus lebih berani mencuba dan meneroka benda-benda dan pengalaman-pengalaman baru. "
Tok Lebai memberi respons macam tak setuju, "Hmmm ...."
Husin menerangkan, "Kepada kebanyakkan Haji dan Hajah, mengerjakan Haji adalah amalan yang baru. Kita melakukan amalan ibadah yang tidak pernah di lakukan. Kita mengalami tempat dan budaya baru. Ianya seolah-olah kita telah melepasi garisan psikoloji baru ..."
Tok Lebai mengangguk seolah-olah bersetuju.
Husin sambung, "Lagi pun Tok Lebai, sesiapa yang sudah mengembara dari Medinah ke Mekah, berjalan-jalan dalam Masjidil Haram dan bandar Mekah, dan mengililingi kaabah dan berjalan dari Safa ke Marwah ....
"... dengan hanya memakai tuala tanpa memakai seluar dalam bisa lakukan pelbagai benda baru."
Ketawa sekeliling orang yang mendengar. Ada pula mencelah, "Nasib tuala kau tak lucut depan kaabah ... satu dunia dapat lihat melalui laman Live Kaabah."
Lagi terbahak-bahak kami ketawa.
Husin meneruskan, "Eh jangan lawak. Kawan Husin pernah hampir terlucut depan Kaabah pasal ada perempuan Nigeria terpijak kain ihramnya. Pasal kain ihram di pakai terlalu rendah."
Terbahak lagi kami ketawa.
Husin menyimpulkan, "Maka itulah hebatnya mereka yang sudah mengerjakan haji."
Tok Lebai geleng kepala tak sangka sudut itu yang Husin boleh lihat.
Perlunya mengikuti kursus
Alhamdulillah, semalam Husin selesai mengerjakan lontar jumrah di Mina atau disebut juga Muna oleh orang Arab.
Atas sebab tertentu, kami terpaksa melakukan Nafar Awal atau hanya melontar pada Zulhijjah 11 dan 12hb dan tidak melontar pada hari ketiga pada Zulhijjah 13.
Kita merancang, Allah jua menentukan. Rupanya tak sempat juga. Terpaksa Husin tunggu beberapa hari untuk sama-sama menghabiskan haji bersama isteri dengan melakukan tawaf dan saei Haji.
Mengerjakan Haji ini sebenarnya mudah dan ada banyak kemudahan bagi situsi-situsi tertentu. Untuk dapat menggunakan kemudahan tersebut, perlulah ada 'ilmu atau lebih mudah cerita, faham bab haji dan menghadiri kursus haji terlebih dahulu.
Selain itu, hindari dari dengar-dengar dan ikut-ikut cakap orang. Perlu tidak mempedulikan dan terpengaruh sangat apabila "ada orang kata". Tanya terus pada guru bab haji atau pembimbing ibadat Tabung Haji sebarang kemusykilan. Jangan bergantung dengan "ada orang."
Lebih baik sekali, sendiri perlu boleh menentukan apa yang "ada orang kata" itu betul atau tidak.
Caranya adalah memahami betul-betul bab haji sampai tahap yang boleh dapat A SPM. Ianya dengan menghadiri kursus, banyak bertanya dan berbincang dengan yang mahir dalam bab haji, dan mentelaaah makalah dan buku yang diberi
Kenalan baru Husin dari Tabung Haji, saudara Rizzal sedang menjalankan tugas mengelilingi perkhemahan Malaysia di Arafah untuk memantau operasi Masy'ir 1432
Ini mengingatkan kisah benar yang berlaku pernah berlaku pada seorang nenek saudara Husin. Nenek saudara ini adalah kakak ipar pada nenek ana.
Nenek pergi Haji pada satu tahun itu. Dia ada hadiri kursus dan ikut muasasah Tabung Haji. Tapi entah macam mana, antara "ada orang sudah" beritahu atau nenek salah dengar, nenek sudah difahamkan bahawa terkentut membatalkan haji.
Bagi menjaga kesuciaan haji, nenek berusaha menahan kentut. Dia sudah berhenti makn kacang-kacang yang banyak dalam makanan arab. Dia kurang minum air. Macam-macam cara nenek menahan kentut.
Bersama-sama rakan selepas melontar jumrah kali kedua dan terakhir kerana perlu Nafar Awal*
Setelah beberapa minggu hingga sebulan menahan kentut, akhirnya nenek jatuh sakit dan langsung dibawa ke klinik maktab. Mula-mula nenek malu nak beritahu, akhirnya doktor bertanya nenek ada kentut atau tidak?
Nenek hanya beritahu dia dah hampir sebulan tidak kentut. Doktor hairan dan tanya kenapa. Baru diterangkan "ada orang" kata kentut membatalkan haji. Tahulah doktor bahawa nenek sakit keran tahan kentut.
Nak ketawa, malu nanti nenek, lalu doktor pun cuba tidak ketawa menerangkan kentut tidak membatalkan haji tapi hanya membatalkan wudhu. Itu sepatutnya tidak jadi masaalah kerana wudu yang terbatal boleh ambil sekali lagi.
Doktor jelaskan pada nenek bahawa tiada larangan dalam haji yang menyebabkan haji terbatal. Kalau ikut syarat-syarat, sahlah haji. Bagi yang ada langgar pantang larang, cuma bayar dam.
Lalu nenek diberikan ubat kentut. Sehari dua, kesihatan nenek pun pulih.
Apabila pulang, orang tanya nenek akan kesihatan di tanah suci. Nenek memang orangnya lucu. Tanpa segan dan silu, dia ceritakan kisah dia tak kentut sebulan kerana takut batal haji. Semua ketawa dan kisah ini diketahui ramai di kampung.
*Maaf Husin terpaksa tutup muka kerana tidak tahan debu dan bau tertentu
Kisah tak nampak Kaabah
Ada kawan Husin menceritakan member dia balik ke Mekah segera selepas membaling Jamrah Aqaba pertama pada 10 Zulhijjah.
Tujuan dia adalah untuk membersihkan diri sebelum balik menghabiskan baling batu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Tahulah orang Melayu kan pembersih. Sebelum keluar ihram, dia sudah memakai ihram sama dari masa pergi ke Arafah, berwukuf, malam di Muzdalifah dan akhirnya berkhemah di Mina.
Lalu dia sembahyang di Masjidil Haram. Tiba-tiba dia terkejut tak nampak kaabah.
Tahulah, bila tak nampak kaabah atau tak jumpa jalan pintu, mungkin satu petanda tidak baik atau dugaan tuhan.
Hehehe ... Mana tidak dia tak nampak kaabah?
Masa dia mari balik ke mekah, Kaabah sedang di gantikan kain hitam kiswah. Maka kelihatan hanya batu bata.
Sila lihat gambar-gambar kaabah di tukar kain di blog sini.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment