Wednesday, September 26, 2012

RG2011... Fw: Campurtangan Dalam Projek OPS2020 UIAM

 

 

Campurtangan Najib & UMNO Di Dalam Projek OPS2020 UIAM

Sepucuk surat bertandatangan perdana menteri Najib Altantuya dengan restu Majlis Tertinggi Umno bertarikh 7 Ogos 2012 yang dihantar kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaleha Kamaruddin berhubung perlantikan Mizan Hitam menggantikan Nik Ahmad Kamal sebagai Timbalan Rektor universiti itu menjadi bukti terbaru bahawa Najib Altantuya adalah dalang di sebalik sebuah projek yang dipanggil OPS 2020!

Tanpa segan silu menyalahgunakan kedudukan politik dan menggunakan kepala surat Umno bagi maksud tersebut, Najib Altantuya mengarahkan supaya Mizan diberikan kemudahan dan kerjasama sepenuhnya bagi memberi kemenangan kepada mahasiswa pro-Umno (pro-Aspirasi) di universiti itu.

Menurut laman Facebook Buletin UIAM dalam posting terbaru dua jam lalu, OPS 2020 yang digerakkan Umno bertujuan memastikan kemenangan kesemua 20 kumpulan pro-Aspirasi yang condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pilihanraya kampus yang bakal diadakan pada 25 September ini.

UIAM antara universiti yang menjadi sasaran utama Umno merampas kerusi majlis perwakilan mahasiswa yang selama ini dipegang pro-Mahasiswa yang pro-Pakatan Rakyat.

Selain UIAM, universiti utama lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut dijadikan sasaran buat Umno kerana ia sebenarnya adalah cerminan terhadap keputusan pilihanraya umum yang akan datang.

Projek yang sungguh menjijikkan ini diketuai timbalan menteri belia dan sukan, Razali Ibrahim yang juga pengerusi biro IPT Umno pernah didedah menghadiri satu mesyuarat Think Tank OPS 2020 bersama-sama dengan Tun Faisal Ismail Aziz yang bertindak selaku bos Unit Media Baru Umno.

Surat yang sama dilampirkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dan Presiden UIAM yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan. -jalanpulang

Berikut merupakan kandungan surat Najib Altantuya kepada Zaleha:

MAKLUMAN PELANTIKAN TIMBALAN REKTOR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) BAGI MENJAYAKAN OPS 2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan, dengan pengesahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM untuk menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmood berkuatkuasa serta merta.

3. Sehubungan itu, pelantikan Datuk Prof. Dr. Mizan bin Hitam adalah bertujuan untuk menjayakan projek OPS 2020 bersempena dengan Pilihan Raya Kampus 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 25 September 2012. Semoga makluman kepada pihak puan atas pelantikan ini dapat membawa kejayaan dan kegemilangan kepada Pro-Aspirasi untuk memartabatkan Bangsa dan Negara berlandaskan Perlembagaan UMNO.

4. Kerjasama, sokongan dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.

(tandatangan)

(DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK)
Presiden UMNO Malaysia



comments:

 

Hairul said...

Sapa itu Datuk Mizan Hitam

click webpage dibawah

http://mynewshub.my/2011/11/29/perjuangan-umno-tegak-syiar-islam/

voltrex said...

biasalah org yg menyokong UMNO akan dibawa masuk untuk menjamin kejayaan agenda2 mereka...

Anonymous said...

Makin tinggi pangkat, makin tinggi lah ujian & dugaan. Bercakap & ceramah mengenai amanah, telus, hadis tu hadis ni, ayat2 quran & sbgainya, mmg mudah, sapa2 bole cakap, tapi bila nak praktiknya?
Ha, masa ni le .

Anonymous said...

inilah UMNO..

Anonymous said...

Aku kagum dengn pendedahan ini tetapi sangsi dengan kebenaran surat tersebut.adakah telah diedit menggunakan photoshop.aku hanya bertanya takut2 kantoi ngan orang 2 bn kau tipu nanti mengurangkan kredibiliti kita utk menang tahun ni.sebagai cadangan tjukkan video proof surat sebenar.baru kukuh

Anonymous said...

Cuba baca betul2 surat tu.UNTUK BANGSA DAN NEGARA. AGAMA letak mana?

Anonymous said...

Kalau di University dah ada Pro- Pembangkang maka bukan isu jika ada Pro-UMNO , justeru itu fight lah secara academically bukan secara emosi, siapa pun kalau dilantik belum tentu akan berjaya. Jadi jgn jadikan Mizan sebagai punca.Dedahkan semua ni secara terbuka , di akhbar tempatan , buat laporan polis , saman , baru masyarakat percaya. Setakat di blog banyak yang dah menyeleweng.Jangan bagi alasan utk memanjangkan tindakan. Fitnah , hasad bukan cara Islam. Kalau benar Najib salah , dia pasti dihukum. Berani kerana benar.

Anonymous said...

Mizan hitam ni setahu aku dari uitm melaka. Mmg xheran la tetiba dibawak khas dr uitm melaka utk jaga uiam plak. Mudah2an mahasiswa2 bertindak bijak menyokong pro-mahasiswa. Mizan ni assabiyah kuat.

Anonymous said...

Patutlah diorang pilih mizan hitam. Memang hati sudah hitam pun sebab apabila kita kata UMNO ini jahat dia tetap cakap UMNO baik punya. bahkan dia dapat timbalan reaktor dengan cara tidak beretika langsung. Kepada semua Mahasiswa pastikan anda teruskan dedahkan perkara yang seumpama ini kepada semua rakyat Malaysia supaya rakyat Malaysia tahu bahawa kerajaan cap dacing cuba merosakan anak anda yang sedang belajar di Universiti dengan menamam budaya sosial dan politik yang tidak sihat. Jadi jangan biarkan anak anda rosak di tangan diorang dan pastikan kerajaan cap dacing ini tumbang pada PRU akan datang demi masa depan anak anda.

Anonymous said...

@ anon
"Kalau benar Najib salah , dia pasti dihukum". aku gelak baca ayat karut ko neh..atlantuya pe cite?? scorpene pe cite??? asal org umngok slalu lari dri main topic?woit, ko bace surat tuh elok2 BODOHHH!!!

p/s:umno mengaku pejuang agama, tpi mereka tolak hudud. umno tuduh pas sesat, pdhal mereka mengaku islam liberal/sekular. susah nak phm org umno neh!!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment