Tuesday, September 25, 2012

RG2011... Kerugian BNM RM30 billion timbul kembali

 

Oleh Aspan Alias

Saya berasa lega apabila isu kerugian Bank Negara Malaysia sebanyak lebih dari RM30 billion dalam pertukaran wang asing hasil dari tindakan Nor Mohamad Yakcop yang telah membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan 'forex trading' pada 1992 dahulu timbul di dalam sidang Dewan Rakyat. Saya berasa lega kerana saya pernah dibelasah oleh pembaca blog saya semasa itu kerana menulis tentang isu ini. Saya dituduh membuat fitnah dan tidak bertanggungjawab.

Seperti biasa Dr Mahathirlah yang mempertahankan Nor Mohamad Yakcop dan tidak membenarkan Menteri Kewangan semasa itu untuk mengambil tindakan terhadap Nor Mohamad Yakcop. Jika ditanya Nor Muhamad Yakcop beliau dengan tangkas sahaja berselindung di bawah ketiak Dr Mahathir dan berkata tindakan beliau itu adalah di atas arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammed.

Saya berasa lega kerana Parlimen telah bertanya untuk mengetahui berapa jumlah kerugian sebenarnya dalam skandal pertukaran wang asing itu. Kerugian dari pertukaran wang asing ini merupakan kerugian yang terbesar dalam sejarah negara dan tidak ada sebab Nor Mohammad Yakcop tidak boleh diambil tindakan semasa itu.

Perdana Menteri telah memberitahu Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim,  supaya jangan mengambil tindakan terhadap Nor Mohammad Yakcop dan Nor Mohamad Yakcop telah berhenti dari BNM. Selepas kerugian yang dilakukan oleh ketua jabatan perbendaharaan BNM itu beliau telah dinaikkan pangkat dan darjat di dalam kerajaan dengan perlantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan persekutuan.

Di negara ini jika seseorang itu berada di dalam kroni Perdana Menteri dan melakukan kesalahan besar mereka akan dinaikkan pangkat dan tanggungjawab yang lebih besar lagi. Nor Mohammad Yakcop sejak itu telah dinaikkan taraf dan kedudukan beliau oleh Dr Mahathir sehingga beliau menjadi Menteri Kewangan dan sekarang Menteri yang penting dalam Jemaah Kabinet negara.

Saya telah banyak menulis tentang etika kepimpinan dalam blog ini sejak beberapa tahun dahulu. Manusia yang diberi tanggungjawab oleh Perdana Menteri, Mahathir, kebanyakannya adalah mereka yang tidak berkelayakan dari sudut moralnya untuk memikul apa-apa tanggungjawab dalam perkhidmatan awam. Bagi Mahathir rekod buruk seseorang itu tidak penting dan mereka diberi kemudahan untuk menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. Yang penting seseorang itu mestilah taat setia tanpa berbelah bagi. Apa yang akan mendatang hasil dari pilihan yang salah itu tidak penting.

Kalau salah kata sistem dan etika kenegaraan, benar kata Dr Mahathir. Mahathir memang tidak boleh bekerja dengan pemimpin yang baik yang tiada masalah 'baggage' peribadi. Lagi besar masalah seseorang itu lagi senang hati Dr Mahathir untuk melantiknya kerana melantik orang-orang seperti ini akan memudahkan beliau untuk mengawal mereka.

Bagi Dr Mahathir sistem dan etika itu boleh dipersetankan. Apa yang akan terjadi kemudian hari itu tidak penting dan semua yang berlaku sekarang ini adalah kerana pimpinan tidak boleh menahan diri dari melantik mereka yang rapat dengan mereka (pimpinan) walaupun tidak mempunyai 'moral standing' untuk menjawat jawatan terpenting kerajaan kita. Orang yang mencuri diberi tugas untuk menjaga harta benda rakyat.

Akhirnya tidak ada di kalangan yang dibawa ke tengah oleh Dr Mahathir boleh dipercayai untuk menjaga nasib anak bangsa dan negara seperti yang sedang kita rasakan akibatnya sekarang ini. Penggubal dasar yang diamanahkan untuk menjaga kementerian (Menteri) yang sepatutnya memerhati dan memastikan segala dasar dilaksanakan dengan betul termasuk mengelak daripada rasuah kini bersekongkol dengan pegawai tertinggi kementerian mereka dan bersama-sama melakukan rasuah.

Kalau begitu keadaannya kita hendak bertanya, di manakah rakyat hendak meletakkan harapan mereka yang ramai untuk menjaga negara dan kerukunan rakyat? Sekarang rakyat sudah mual dengan janji-janji yang ditabur oleh pimpinan hari ini, maka adalah tidak salah jika rakyat yang sudah begitu lama melakukan 'soul searching' untuk bertindak mengikut lunas yang dibenarkan oleh perlembagaan negara iaitu melalui pilihanraya yang akan datang  ini.

Sesungguhnya pimpinan UMNO baru menyedari penolakan rakyat terhadapnya dan barulah kita mendengar pemimpin yang begitu takbur dan sombong merayu dan meminta belas ehsan rakyat tetapi semuanya itu sudah terlalu lambat untuk mendapat pertimbangan rakyat. Pemimpin yang berkuasa kini sudah menjadi kembiri politik merayu dan menadah tangan untuk mendapatkan sambungan mandat rakyat.

Dua tiga hari yang lepas Najib merayu agar beliau diberikan peluang untuk berada di Putrajaya sepenggal lagi seolah-olah pembangkang sudah memerintah lama di negara ini. Selama ini rakyat telah memberikan kepada BN sebanyak 12 kali peluang dan ia bermakna BN telah memerintah selama 12 penggal. Bukankah selama ini BN telah diberikan peluang itu oleh rakyat?

Sepatutnya pembangkanglah yang meminta untuk diberikan peluang penggal ini untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir kerajaan persekutuan kerana PR telah menunjukkan rekod yang baik dalam mentadbir empat buah negeri dalam persekutuan ini. Jika PR tidak berkemampuan untuk melaksanakannya rakyat masih berhak untuk mengembalikan kuasa kepada pihak BN dalam pilihanraya yang berikutnya.

Tetapi buat kali ini mandat wajar diberikan kepada pihak alternatif dan rakyat sudah ramai menerima hakikat yang BN terutamanya UMNO sudah sewajarnya duduk di pihak pembangkang di Dewan Parlimen penggal ini untuk memberi peluang untuk mereka melakukan introspeksi terhadap diri mereka serta memperbaiki diri mereka supaya lebih memahami yang manusia dan makhluk itu sentiasa berubah. Manusia termasuk rakyat negara kita juga ingin bersama berubah kerana mereka bukan makhluk yang statik. Rakyat mahu merasakan 'ambience' baru dalam negara setelah begitu jemu mengalami di bawah pentadbiran yang mengelirukan ini.

Rakyat ramai juga ada perasaan. Bukan pemimpin UMNO sahaja yang mempunyai perasaan itu. Bukankah kita ini manusia yang merupakan secantik-cantik kejadian Tuhan? UMNO mesti menghormati rakyat dan jangan terus menerus mempersendakan perasaan rakyat yang sedang melakukan introspeksi diri dengan serius.

UMNO wajar memberhentikan buruk laku ini. Jadilah sebuah parti yang 'gentleman'. Jangan jadi parti 'gila talak'. Apabila sampai waktu duduk di luar, duduklah di luar.

22 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Tahniah dan jutaan terima kasih! Teruskan! Semoga saudara dikira mujahidin di sisi-Nya walau hanya bersenjatakan "cyber pen" agar semburan beracun berbisa ini akhirnya menerobos mengenai bapa syaitan dan sekalian anak cucunya daripada UMNO baru, sekaligus BN ini.

Sebab itulah juga, saya penuh yakin, insha Allah, mereka akan kecewa sebagaimana tumbangnya regim-regim Marcos (1986) dan Suharto (1998); tahun yang sama menyaksikan antara babak-babak hitam dalam sejarah bapa syaitan yang gila talaq ini. Justeru, artikel-artikel saudara sejak seminggu ini sehingga ke hari ini jelas sekali mencerminan keadaan sebenar itu, sekaligus memalukan kita sebagai warga Malaysia yang kononnya gah mengkritik dan mengutuk salah orang lain. Nah, bukankah ini yang acapkali disebut dalam pepatah seperti "Kuman di seberang laut, nampak; gajah di depan mata ..."? Untuk itu, alhamdulillah dan tahniah bersama kita ucapkan kepada wakil rakyat yang berterusan membangkitkan persoalan lesapnya jumlah sebesar itu, menggambarkan dengan jelas mereka (UBN) sebenarnyalah yang kufur nikmat. Oleh itu, ayuh kita bersatu menjatuhkan regim jahiliyah ini agar kemakmuran, keharmonian dan keamanan dinikmati bersama, insha Allah.

Terima kasih dan salam jihad.

nick said...

Pak,

I will not even trust Mahathir to be in charge of collecting money at a public toilet let alone in charge of the government and its coffer. Mahathir may be a good doctor and successful in running his clinic but in charge of Malaysia and Petronas (I shudder to think of what may be revealed if its book are opened to public scrutiny), he is a catastrophe and an unmitigated disaster that brought misery and calamity to Malaysia for more than 2 decades.

Even now we are still reeling from his disastrous and dictatorial rule. Our economy is still in the doldrums BUT miraculously, he and his families are wealthy enough to last 7 generation and have spare change to buy the biggest brewery in south Asia (the so called savior of Islam, my foot!). What's worse he's still going around Malaysia expecting us to worship him. Not enough with blanketing us with misery, he wants us to except our condition and above all be thankful (Sabahan and Sarawakian, take heed)! Yeah, right! Here's a 1Malaysia sign for you, done not with my index finger!

Nick.

Cape tiger

mad said...

tuan aa, saya sudah melihat kepincangan pentadbiran mahathir ini semasa tahun 80an lagi semasa saya masih di sekolah menengah. ketika itu jarang sekali saya menemui org-org yang sependapat dgn saya, apatah lagi saya menetap di sarawak dan ketika itu belum ada internet. tidak seperti sekarang dimana separuh dari org yg saya temui pasti merasa tidak puas hati dgn pentadbiran kerajaan bn.

saya rasa ramai yg setuju jika saya katakan internet banyak menyumbang kepada kesedaran org ramai tentang salahlaku pentadbiran bn. internet yg dikembangkan oleh mahathir pada awalnya akhirnya menjadi senjata yg menikam dirinya. terima kasih mahathir kerana memberikan internet, tapi perkara yg salah tetap salah. saya dan rakyat prihatin yg lain menuntut keadilan terhadap salahlaku dan rasuah besar yg dilakukan pemimpin-pemimpin dulu dan sekarang yg dilihat masih kebal dari undang-undang malaysia.

saya bukanlah ahli mana-mana parti tapi saya melihat pemulihan pentadbiran negara hanya mampu dilaksanakan dgn memberikan mandat kepada pihak yg satu. hanya inilah cara utk menyelamatkan negara. mungkin setalah jatuh tersungkur barulah umno akan berubah dan pulih setelah perasuah-perasuah besar didalamnya dihadapkan ke muka pengadilan apabila pr berkuasa. hanya dgn perubahan total parti itu akan pulih.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan
Sori lari tajuk cuma nak minta pandangan & pendapat - boleh tak tuan cerita sikit tentang ex-DAP veteran, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Siapa dia sebenarnya & mengapa dia lari dari DAP@PR dan bantu parti yang digelar 'syaitan' oleh pemimpinnya. La ni dah nak buat tour seluruh malaysia nak burukkan PR, tak kisahlah, mcm la orang kesah, cuma nak tahu latar belakang politik tunku aziz ja sehingga semua media kerajaan seola-olah di'arahkan' membantu tunku aziz ni
tq

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Saya juga hendak tahu pandangan tuan terhadap Ex DAP yang bernama Tunku Aziz ini.

Sebagai ahli DAP, Tuan patut bagi pendapat dan mempertahankan party dari ancaman ular yang berlidah dua ini.

PecahPalakMikir said...

Salam kenal
Menarik hujah tuan tetapi sayang menyembunyikan siapa Anwar yg sebenar. Anwar boleh mendedahkan apa sahaja yg dia mahu walaupun hal itu hanya berani di bawa dlm dewan bkn dluar yg cabaran lebih besar. Hakikatnya anwar masih gagal membersih diri tuduhan penglibatan kuasa asing sbg sekutu. Yg pasti ini bukanlah dpt dpandang remeh

Anonymous said...

.... [pra kata] .... sori tuan bahasa penulisan ini agak kasar tapi matalamat nya memang untuk menjatuhkan UMNO yang sudah terlalu lama bermaharajalela dengan darah, keringat dan harta rakyat, rakyat sudah terlalu lama dan yang terlalu dahaga hauskan satu pengharapan baru, UMNO hanya jerangkung, saka MAHATHIR yang tidak mahu mati ....


... apa yang hendak dibanggakan sangat dengan UMNO, memang sudah jelas tanpa perlu bersuluh, yang "UMNO sudah busuk ke usus", itu ulasan pemimpin UMNO MAHATHIR, yang kini dapat merasakan hasil kerja tangannya membentuk UMNO selama 22 tahun memegang tampuk pemerintahan negara dan parti UMNO.

.... kalau mengikut rumusan doktor pakar, kalau usus UMNO tu dah kena cancer, tak ada pilihan lain UMNO terpaksa menjalani pembedahan buang usus dan semua bahagian tubuh yang sudah terjangkit, tapi mungkin tahap penyakit UMNO sudah kritikal dah sudah tidak dapat diselamatkan lagi, tapi sebab ilmu tradisional orang Melayu UMNO, jerangkung yang didalam tubuh tak mahu-mahu mati kecuali di panggil ahli-ahli dari Darussyifa untuk membuang saka yang sudah membarah dalam UMNO. Kiasan nya sudah sampai masa PAS yang mempunyai ilmu agama mengubati UMNO yang sudah parah diserang saka.

... UMNO mungkin tidak sempat bertaubat, sebelum nazak, kerana walaupun diberikan tempoh dalam PRU12, UMNO masih belum mahu bertaubat ... UMNO masih meneruskan perangai lama, yang jelas terlapor yang menerima RASUAH terlalu ramai, yang MENYALAH GUNA kuasa terlalu ramai, yang ZALIM dan BERKHIANAT juga terus menjadi-jadi, sampai setiap jiwa RAKYAT memberotak dan terus berdoa memohon UMNO ini dimatikan saja.

... Kejahatan UMNO sekarang lebih teruk kerana mungkin kerana ada pemimpin yang LEMBIK, ahli UMNO yang merasakan sakit hendak NAZAK bertindak diluar batas parti dengan bertindak memlampau melalui pertubuhan seperti PERKASA dan PEKIDA dan NGO Pro UMNO yang lain dengan memainkan sentimen pergaduhan antara orang MELAYU, sebagai contoh insiden membaling/meletakan kepala BABI di MASJID, insiden mengoyang BONTOT, insiden membuat MAJLIS KEMATIAN kepada orang yang masih hidup, membaling CAT dan terakhir MEMBALING KASUT ke JEMAAH dalam MASJID ..... tanpa sebarang tindakan dari Menteri yang bertanggung jawab dan pehak berkuat kuasa yang sedia maklum tentang setiap kejadian.

... Kesemua ini seperti telah di SKRIPKAN oleh UMNO buat PERKASA dan PERKIDA, mencetuskan pergaduhan antara ORANG MELAYU sebagai TRIGGER untuk kerajaan UMNO mengekalkan KUASA dengan mengambil langkah-langkah KESELAMATAN AWAM. Ini skrip yang terpakai di INDONESIA sewaktu kejatuhan SUHARTO dan ini juga skrip yang terpakai dari peristiwa 13 MEI .... tapi yang pasti seolah-olah UMNO sudah menghalalkan darah ORANG MELAYU untuk memastikan mereka terus memerintah ....

... Apakah itu bukan satu KEJAHATAN YANG TERCELA .... sepertinya perbuatan FIRAUN yang terkenal ZALIM .... perbuatan HOSNI MUBARAK yang juga terkenal ZALIM ... mungkin sudah sampai masa UMNO mengundur diri dengan terhormat, sebelum tersisih dari sejarah SEBAGAI PARTI MELAYU YANG ZALIM

Anonymous said...

Bila rakyat bertanya tentang biasiswa, kerajaan akan berkata biasiswa akan membangkrapkan negara. Tetapi mereka tidak ambil peduli apabila dengan sewenang-wenangnya membelanjakan duit negara/rakyat. Kalau benar, RM30 billion satu jumlah yang begitu besar. Bayangkan berapa ramai pelajar yang boleh menikmati biasiswa dgn jumlah sebanyak ini. Jika yuran pengajian untuk ijazah adalah sebanyak RM30K, maka dgn RM30 billion sebanyak 1,000,000 pelajar boleh menikmati biasiswa. Agak2 Saudara KJ ada ambil peduli mengenai perkara ini.

Anonymous said...

SEKARANG SAYA TERFIKIR KENAPA MAHADEY HENTAM GEORGE SOROS...MUNGKIN UNTUK SONGLAP DUIT NEGARA SECARA MENIPU..

MUNGKIN SOROS SEKUTU MAHADEY UNTUK MENCURI DUIT NEGARA...NOR YAAKOB SENGAJA BUAT BUAT BANK NEGARA RUGI SUPAYA SOROS BOLEH UNTUNG..DAN KEMUDIAN HARI DUIT TERSEBUT DIPULANGKAN KEPADA MAHADEY..DAN SOROS MENDAPAT KOMISYEN...MAHADEY PULAK KUTUK SOROS UNTUK MENUTUP PEKUNG DIA..

30 BILION DUIT RAKYAT BUKANNYA SIKIT..BANYAK KEPERLUAN RAKYAT BOLEH DIADAKAN SEPERTI PERUMAHAN UNTUK RAKYAT..YG SEKARANG INI SEMAKIN MAHAL SEPERTI TIDAK MASUK AKAL..

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Bagi aku mudah saja. Mana mana pemimpin yang kepala "syaitan" Mamak Kutty tu sokong dan lantik, depa ni perangai lebih kurang dengan dia jugak laa.

Cuba perhati betoi2 Nor Mohamad dengan Mamak Kutty..ada persamaan tak?. Depa ni sama sama berdarah Madeliar dan Si Kitol, kaki putaq alam. Dah tentulah kaki belit dan kaki putar alam tu geng satu kapai.

Kalau nak Malaysia ni selamat, jangan sekali bagi peluang kat puak puak berdarah Madeliar dan Si Kitul ni lebih lebih lagi keturunan Mamak Kutty tu. Aku nak pesan kat anak anak Kedah terutamanya,,kalau hangpa buka jalan kat anak Mamak Kutty ni...jahanam Kedah nanti. Tengok la Langkawi tu..dah macam kepala bapak dia punya. Dok berulang alik sana. Khabarnya depa ni dok usaha nak buat pulau jadian dan dok liase dgn konsortium luar negara. Janji depa, satu pulau nak bagi kat orang luar tu.

Pasai tu la Mamak Kutty ni kalut nak naikkan anak dia jadi MB Kedah, pas tu nak jolok naik jadi PM plak. La ni Kutty ni pelan pelan dok kuis Najib turun, Muhyiddin dijadikan balaci. Muhyiddin ni dah tak sabaq2 nak tendang Najib turun dan dia nak naik No 1. Tapi Muhyiddin ni lupa...Kutty ni cuma nak jadikan dia balaci saja. Target Kutty adalah anaknya yang licin atas kepala tu.

Kutty ni tak mau force Najib cara direct, nak jaga UMNO yang dah sedia lemah tu sebab election pun dah dekat. Kena ingat..UMNO Baru yang ada ni diasaskan Kutty, bukan orang lain. Sebab tu Kutty tu nak kuasai semua. Jadi cara nak selamatkan Malaysia ni tak lain dan tak bukan..pastikan UMNO terguling dan tersungkoq pada GE 13. Bila PR dah membentuk kerajaan...kita bawa Kutty dan semua suku sakat dan pencacai keturunan Si Kitul ni ke mahkamah dan jalankan perbicaraan adil. Masa tu 1 Malaysia akan tahu dan kenal sapa dia Mamak Kutty ni sebenaqnya.

Kalau dia dah mengaku diri UMNO ni syaitan dikenali ( dah dikenal pasti ), nak jadi baghal dan bengong apa lagi menyokong oghang macam ni. Tak kan lah Tuhan dan agama ajaq hangpa untuk sokong syaitan kot? Pikiaq pikiaq laa kalau tak nak melayu terus layu hasil kerja haram jadah melayu spesis Madeliar ni.

Hang pun Pak Aspan..tak payah dok berlapik lapik dalam posting hang tentang bapak "syaitan" Malaysia ni. Manusia macam dia ni tak payah lah hormat. Akhidah dia pun sangat2 meragukan melalui ucapan2 dia menyentuh hal Islam. Bantai saja dan tak payah pedulikan dia kerana selama ni ada ka dia peduli majoriti orang melayu???. Melayu bertambah layu dan gostan belakang ada laaa. Kalau orang luar hina Islam, kita sibuk nak demo sana sini, abih Kutty yang terang terang pertikai hukum dan mempersenda Islam ni, awat pulak semua duduk diam?. Tak nak demo tak pa..tapi "syaitan" ni tak layak dapat penghormatan orang Islam Malaysia lagi khususnya orang Melayu.

Anonymous said...

- 30 bilion sudah 'diperjudikan' mereka yang punya kuasa, sekarang mereka & kroni juga yang senang lenang dengan pangkat dan harta.

- Mamak kutty & umno bn nya sedia maklum siapa yang kalah dalam peperangan ini akan jadi penjenayah politik.

- A.B.U

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Bukankah kawan karib Mahathir Robert Mugabe dari Zimbabwe yang telah merompak rakyat negaranya terang-terang?

Anonymous said...

As Salam Tuan AA.

Mana mungkin boleh seorang pemimpin tertinggi kepada sebuah negara menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan bijaksana dan berkesan sedangkan ianya di dalam pengaruh "Nasi Kangkang" dan jiwa kacau oleh seorang perempuan "Tukang Sihir" yang selalu menjeling beliau kiri dan kanan. Tambahan pemimpin itu pula tidak langsung mempunyai asas Islam dan dibesarkan dengan segala kemewahan di waktu kecilnya tanpa diganggu oleh seekor nyamuk pun, waima apabila dewasa tidak langsung mengenal erti perjuangan dan kasihkan insan lain kerana hidupnya dipenuhi dengan haruman "Wang Ringgit" pada pagi dan petangnya dan goncangan "Air Iblis" pada sebelah malamnya.

NurWangi said...

Sekarang ini NMY mahu berlindung di bawah ketiak siapa? Ketiak N pun bukan wangi....

ahmadyani said...

Selepas ini Tun M akan bersilat mempertahankan diri dari isu 30b BNM ini. Siapa pula yang akan disalahkan?

Anonymous said...

Salam tuan aa. .siapa sebenarnya soros malaysia. .nor yaacob. .siapa master mind yang menduplicate nor yaacob menjadi soros malaysia. .mahathir. .jaafar hussein jadi mangsa penipuan mereka terhadap rakyat. .anwar pulak takda telor ketika tu.. Patutnya letak jawatan lawan mahathir ketika itu. .akhirnya disebabkan anwar takut hilang jawatan terpenjara di sungai buloh. .semau setpol nor yaacob menjadi penyamuan berjemaah. .sebab bosnya penyamun macam kassim baba. .tunggu nor yaacob lupa ayat buka gua lepas tu terperangkap dan datang anwar dan penyamun2nya kerat 7 nor yaacob dan boleh declare holiday. .akhirnya anwar dan penyamun2nya kena siram airpanas kerana pandai bermain kata2. .opps mati dalam imann. .kesimpulannya mereka semua penyamun2. .samada penyamun ala ali baba atau kassim baba. .akhirnya george soros tersenyum melihat 2 keldai ciptaannya iaitu mahathir & anwar tersungkur dengan hinanya pada PRU13. .dan siapa pulak agaknya menjadi pilihan baru RUMAH PUTIH kali ini. .siapa juga jadi puppet bukan anwar & najib. .yahudi akan pastikan perancangan akan terlaksana pada PRU13 dengan menghukum mahathir, anwar dan najib. .cuba teka siapa gerangan yg menjadi calon rumah putih. .??

Anonymous said...

Pak,
Saya betul tak faham mengapa ada lagi rakyat menyokong Mahathir & UMNO. Adakah merreka tu buta dan pekak. Tak, ramai mereka adalah hidup bawah ketiak mahathir selama ni. Oh, wa hai rakyat ku yang buta dan pekak, bangun lah kamu dan doa lah supaya mata kamu diberi cahaya baru, dan suara yang insaf dapat di dengar oleh kamu.....
Mari ramai ramai, kito gi undi
Bilo kat undi kito pakoh bule
Tak dok bule, kito pakoh roket
Tak dok roket, kito pakoh mata blu...

Pewaris said...

Salam Pak Aspan.

Asal Bukan UMNO -- ABU

Faatir said...

Assalamualaikum Tuan-tuan dan Puan-puan,

Ketahui dan ingatlah bahawa Pakatan Rakyat TIDAKLAH sama dengan Barisan Nasional.

Seperti mana Allah telah berfirman;

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tidaklah sama orang buta dengan orang yang melihat. Tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang. Tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya. Tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati.

In the name of God, the Gracious, the Merciful.

The blind and the seeing are not alike; Nor are the depths of Darkness and the Light; Nor are the (chilly) shade and the (genial) heat of the sun; Nor are alike those that are living and those that are dead.

Fatir: 19-22

Banana Republicanism said...

Pak Aspan,

There is a difference between BN and Pakatan Rakyat.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, mencelah sebentar. Tertarik dan teruja juga saya membaca satu daripada komen ini yang mengaitkan DSAI dengan UMNO yang telah terang-terangan di bawah telunjuk bapa syaitan ini, sekaligus dengan Najib. Sememangnya tidak dinafikan, Yahudi akan memecah-belahkan kesatuan umat, khasnya Islam sedunia di mana-mana. Namun begitu, apa yang dapat saya perhatikan daripada tulisan Saudara Blogger ini, tak lain, hanya sekadar fakta konkrit, kerana beliau bekas ahli UMNO dan pernah berada dalam majlis kepimpinan walaupun bukanlah memegang jawatan tinggi. Justeru, pada hemat saya, adalah lebih manis serta lebih berakhlak jika kita hanya berhujjah berdasarkan perkara yang memang jelas nyata tanpa berspekulasi, kerana bimbang ia sebahagian daripada bentuk fitnah ke atas insan lain yang tidakpun kita ketahui statusnya. Oleh itu, jika benar sebagaimana yang saudara dakwa DSAI itu begitu, datangkanlah buktinya dan muatkanlah dalam ruangan ulasan ini. Sedarkah kita, dengan penulisan kita dalam ruangan ini, kita mungkin secara tidak sedar telah menyebarkan fitnah atau memburukkan figure lain secara terang-terangan? Apapun, jutaan ampun dan maaf andainya ulasan ini tidak disenangi; cuma, apa jadi sekalipun, utamakanlah kebenaran meskipun kelihatan merugikan dalam kehidupan dunia, tetapi beruntung di akhirat, insha Allah.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Najib sebenarnya adalah " a MAJOR BLUNDER " buat UMNO, dia lebih teruk dari Pak Lah.

Kalau Pak Lah kuat tidor, dan tak buat keputusan tergesa-gesa sangat tapi orang tua tu ad POWERRR.... tapi Najib, dia tak ada DASAR dan MATLAMAT yang jelas dengan KOMITMEN untuk memastikan kejayaan sesuatu TUJUAN PERJUANGAN ... dia harapkan IDRIS JALAL, IDRIS bila berdepan dengan WARIS-WARIS KUAT UMNO dan BIROKRASI bawah KSN yang lama terpaksa TABIK SPRING kepada WARIS-WARIS KUAT UMNO ... KSN pulak dah sebati dengan cara dan gaya buat kerja LAMA ....

Najib pun bukan ada idea sangat apa yang dia nak buat bila jadi PM, sebab PARTI pun tak sokong, WARIS-WARIS KUAT semua ada agenda sendiri ... KSN pulak LEMBAB sebab tak dapat bahagian kroni ... last-last Najib ambik JALAN MY WAY ... jadi Superman kira-kiranyalah, diktaktor celup ala Mat Sentol.. pasti lah dia abis stamina, nak layan ROSMAH aje pun dah tak larat .... jadi Najib memang GOOD EXAMPLE, how to fail at leading a NATION .... jadi Jeneral tapi tak ada askar, askar upahan yang ada semua tahu MAKAN DUIT aje.

Yang paling teruk Najib langsung tak ada KREDIBILITI baik dimata WARIS-WARIS KUAT UMNO, BIROKRASI PENTADBIRAN, PARTI KOMPONEN BN, DUNIA LUAR maupun di MATA RAKYAT ... imej Najib, semua orang akan setuju adalah seorang yang LEMbikk, naik pun sebab RASA sayang Ahli UMNO pada TUN RAZAK, dan bila dah dapat masuk dia RETI nak bawak diri sebagai WARIS KUAT satu perjuangan .... dia ada pribadi FOLLOWER bukan LEADER sebab terlalu LAMA duduk bawah naungan MAHATHIR .....

Nasihat buat NAJIB, baik berhenti aje, pergi pindah MONGOLIA and ENJOYYYYY ... tinggalkan ROSMAH tu buat menyemak aje

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment