Wednesday, September 26, 2012

RG2011... Jim Rogers: Nasihat Menarik

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin kongsikan salah sebuah buku tulisan Jim Rogers. Jim Rogers ini sebenarnya merupakan salah satu idola pelaburan saya. Banyak karyanya mengenai pelaburan telah terhasil. Antaranya adalah Investment Biker. Buku ini mengisahkan pengalaman beliau mengembara hampir seluruh dunia dan berkongsi pandangan ekonomi yang kemungkinan akan berlaku pada masa hadapan.

jim rogers

Tetapi hari ini bukan buku pelaburan ingin saya kongsikan. Ada juga sebuah buku mengenai kehidupan berjaya dicoretkan. Beliau telah menulis sebuah buku untuk anaknya yang bertajuk "A Gift To My Children". Di dalam buku tersebut, beliau telah berkongsi nasihat dan pengalaman kepada anaknya.Mungkin saya boleh tuliskan jua suatu hari nanti untuk bakal anak saya. :-P

Sebenarnya banyak input yang menarik dapat dibaca dalam buku ini, tetapi saya ringkaskan:
  • Berenanglah dalam perlumbaan sendiri. Usahlah menjalani kehidupan orang lain. Dan apabila orang lain gelak atau ketawakan idea anda, lihatlah sebagai satu potensi kejayaan. Seperti mana beliau pernah digelakkan ketika mencadangkan China bakal menjadi kuasa besar suatu hari nanti ketika tahun 1980an.
 
  • Memberi tumpuan kepada apa yang diminati. Jika tidak tahu apakah minat sebenar, maka cubalah lakukan semua perkara terlebih dahulu. Kemudiannya teruskan dengan 1-2 aktiviti atau bidang yang kita paling minat antara semua itu.
 
  • Ini masa untuk China. Menurut Jim, China akan menjadi satu kuasa besar suatu hari nanti. Pada hari ini sememangnya ia telah menjadi salah satu kuasa eknomi yang memberi ancaman berbahaya kepada pihak pesaing dalam industri. Kos yang murah membuatkan ramai mula beralih kepada China dalam mencari atau mendapatkan produk.
 
  • Pelajarilah pelbagai bahasa. Bahasa amat penting. Semakin banyak bahasa yang dipelajari, ini akan memberi kelebihan kepada diri. Terutamanya bahasa Mandarin. Jim menegaskan Bahasa Mandarin merupakan bahasa wajib yang perlu dipelajari dalam persaingan akan datang.
 
  • Belajar falsafah. Hal ini kerana menerusinya kita belajar untuk berfikir.
 
  • Belajar Sejarah. Kerana menurutnya, peristiwa dahulu pasti akan berulang, tetapi mungkin dalam bentuk yang lain.
 
  • Tuah hanya untuk orang yang berusaha. Oleh tu teruslah berusaha keras untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam. Lakukan kajian kita secara mendalam. Semakin banyak maklumat yang diperolehi, semakin bertuah diri seseorang itu.

Kalau hendak tahu lagi, dapatkanlah buku ini di kedai buku berhampiran. Tetapi saya kurang pasti ianya masih ada atau tidak kerna saya mendapatkannya 2 tahun lepas. Hoho. :-P
 
Salam inspirasi


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment