Wednesday, October 24, 2012

Re: RG2011... Fw: Ahli Parlimen Tolak Saman AES

ada 2 isu berbeza...

1) isu mengaut untung - lapor kepada sprm atau polis untuk buat
siasatan, kalau betul....dakwa kalau ada penyelewengan

2) isu mengawal kemalangan - sokong lah AES nie kalau boleh kurangkan
kemalangan, apa yg nak takut kalau tak memandu melebihi had kelajuan
dan tak melanggar lampu merah trafik?
sama seperti hudud, apa yg nak di takutkan kalau tak mencuri/merompak,
merogol atau rasuah......

On 23/10/2012, Wan Mansor Bin Osman <wmos_60@yahoo.com> wrote:
> Tujuan utama untuk kurangkan kemalangan,kesempatan diambil oleh pihak
> tertentu untuk kaut untung dan disokong oleh kroni tertentu, perkara tidak
> dikaji dan diputuskan pihak berkuasa tetapi wahyu datang untuk melaksanakan
> projek ini dan ada pihak terpaksa akur dan tunduk/patuh kepada arahan.
> Sememangnya tiada lain tujuan perlaksanaan projek ini selain mendapatkan
> keuntungan dan membebankan rakyat. Harap negeri yg diperintah oleh
> Pembangkang dapat halang terus projek ini dan mansuhkan sahaja. Kos untuk
> pemasangan kemera tersebut juga berpuluh kali ganda dan beri keuntungan kpd
> pihak pembekal.
>
> Sent from my iPhone
>
> On 23/10/2012, at 10:17, ff kk <finnkidd2003@yahoo.com> wrote:
>
>> hapuskan kamera2 ni..leceh
>>
>> From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
>> To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
>> Sent: Thursday, October 18, 2012 11:42 PM
>> Subject: RG2011... Fw: Ahli Parlimen Tolak Saman AES
>>
>>
>>
>> AES: Pakatan semak semula jika tawan Putrajaya
>>
>> bungamuslim.blogspot.
>> Posted by azhabrar
>>
>> Muhammad Faizal,
>>
>>
>> <mahfuz-30.jpg>
>>
>> KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat berpendirian akan menyemak serta mengkaji
>> semula pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) jika berjaya menawan
>> Putrajaya pada Pilihan raya Umum yang akan datang.Berkata pada sidang
>> media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen, Naib Presiden PAS,
>> Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain semakan semula pelaksanaan AES,
>> Pakatan akan turut membuat semakan kepada perjanjian antara Jabatan
>> Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarikat yang melaksanakannya."Jika kita
>> mengambil alih Putrajaya nanti, kita akan membuat semakan serta kajian
>> semula terhadap perlaksanaan AES."Apa yang kita lihat sekarang AES ini
>> bukan sahaja telah membebankan rakyat serta untuk mengaut keuntungan
>> tetapi juga lokasi-lokasi pemasangan AES ini turut meragukan," jelas
>> beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.Tambahnya lagi, isi kandungan
>> perjanjian juga turut menjadi isu utama semakan tersebut, ini bagi
>> memastikan tidak wujud unsur-unsur keuntungan mahupun perkara yang boleh
>> membebankan rakyat."Kita akan semak semuanya, begitu juga dengan kadar had
>> laju sekarang sama ada masih sesuai ataupun tidak."Ini adalah kerana
>> teknologi kelajuan sesebuah kereta itu telah meningkat dan ia sudah jauh
>> bezanya sejak dari awal hadlaju itu ditetapkan," sambung beliau
>> lagi.Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut berpendapat
>> pelaksanaan AES ini bersifat meragut hak rakyat."Kita menyokong apa yang
>> telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat dalam pelaksanaan AES ini dan ia
>> perlu dipertimbangkan semula"Pelaksanaan AES ini hanyalah bersifat meraih
>> keuntungan dengan cara meragut wang dari poket rakyat," kata beliau yang
>> juga Ketua Menteri Pulau Pinang.Beliau berpendapat kerajaan perlu
>> mengadakan rundingan sebelum pelaksanaan AES dilaksanakan."Rakyat tidak
>> berpuashati dengan pelaksanaan ini, mereka menyifatkan ia bukannya untuk
>> mengurangkan kemalangan tetapi lebih kepada mencari keuntungan," sambung
>> beliau lagiUntuk makluman, AES adalah satu sistem yang dinaiktaraf dan
>> beroperasi selama 24 jam sehari untuk merakam kesalahan hadlaju dan juga
>> di persimpangan lampu isyarat.
>>
>>
>> Berapa Kos KERAjaan Pemasangan Kamera AES?
>>
>> kerabubersuara.blogspot.
>> Posted by admin
>>
>> <292778_519437721417709_1478338098_n.jpg>
>> penyokong umno bn mesti melompat gembira
>>
>>
>>
>> KEADILAN Desak Tangguh AES Sehingga Kajian Teliti Selesai
>>
>> http://anwaribrahimblog.com
>> Keadilandaily
>> KEADILAN mendesak kerajaan Umno BN menangguh pelaksanaan Sistem
>> Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian teliti melibatkan semua
>> pihak, dibuat.
>> Bercakap kepada Keadilan Daily, Naib Presidennya, N Surendran berkata, ia
>> berikutan pelaksanaan AES dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil kira
>> pandangan rakyat.
>> Tanpa menolak usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, beliau
>> berkata, pendekatan kerajaan tidak harus membebankan rakyat.
>> Malah, katanya, pelaksanaan AES banyak kelemahan termasuk pemasangan
>> kamera di lokasi tidak sesuai, papan tanda amaran yang tidak tepat dan
>> banyak lagi.
>> "AES bukan bertujuan mendidik tetapi hanya meraih keuntungan. Rakyat tak
>> puas hati kerana ia bukan mahu kurangkan kemalangan tapi untuk meraih
>> keuntungan," katanya.
>> Apatah lagi, Surendran berkata, perjanjian kontrak dengan syarikat
>> pengendali meragukan apabila sejumlah RM800 juta dilabur untuk pemasangan
>> kamera dan RM3.8 bilion untuk penyelenggaraan selama lima tahun.
>> "Kos ini tak masuk akal. Kroni Umno BN raih keuntungan dari projek ini
>> sedangkan ia melibatkan wang rakyat," katanya.
>> Sebelum ini, Pulau Pinang bertegas tidak akan meneruskan pemasangan AES
>> kerana sehingga kajian terhadap pelaksanaan projek itu, selesai.
>>
>>
>> AES - PULAU PINANG gantung macamana dengan KEDAH SELANGOR KELANTAN..???
>>
>> Posted by Kedah Lanie
>>
>> P Pinang gantung pemasangan AES sementara tunggu kajian
>> <300x295xc27d9e517e2194dc2ff0461522805594.jpg.pagespeed.ic.kjjCbu01HJ.jpg>Pulau
>> Pinang tidak akan meneruskan dengan pemasangan Sistem Penguatkuasaan
>> Automatik (AES) bagi kesalahan trafik, sementara menunggu kajiannya
>> sendiri berhubung pelaksanaan projek kontroversi tersebut.
>>
>> "Pulau Pinang akan mengkaji perkara itu sebelum memasang kamera (dan)
>> membincangkan (ia) dengan semua pihak yang berkepentingan," kata Ketua
>> Menteri Lim Guan Eng (kiri) dalam sidang akhbar di pejabat Ketua
>> Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen.
>>
>> Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Majlis Kepimpinan
>> Pakatan petang semalam, Lim menyifatkan kamera AES sebagai 'kamera
>> 1Malaysia'.
>>
>> "Hari ini mereka memanggil semuanya '1 Malaysia', jadi AES boleh jadi
>> 'kamera 1Malaysia'," katanya.
>> Lim berkata kerajaan Pulau Pinang akan mengkaji secara terperinci sistem
>> tersebut, untuk memastikan ia memenuhi tujuannya menghalang kesalahan
>> trafik, dan bukannya berkhidmat sebagai 'sumber kewangan untuk kroni'.
>>
>> Ini, jelas beliau, dapat dilakukan kerana pemasangannya akan memerlukan
>> kerjasama dan kelulusan majlis tempatan.
>>
>>
>> Negeri Yang Dikuasai PR Akan Tolak Pemasangan Sistem Saman AES
>>
>> bloglistpolitik.blogspot
>> Dicatat Oleh jeebond
>> KOTA BHARU: Kelantan mungkin mengikut jejak langkah Pulai Pinang
>> menggantung sementara pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
>> bagi kesalahan trafik kerana ia dianggap menguntungkan syarikat kroni.
>>
>> Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan mungkin
>> boleh mengikut jejak langkah serupa kerana projek berkenaan dilihat
>> memberi keuntungan kepada kroni.
>>
>> "Sebelum ini Pulau Pinang mengumumkan tidak akan meneruskan pemasangan AES
>> sementara menunggu kajian berhubung pelaksanaan projek tersebut," katanya
>> ketika menggulung perbahasan Bajet 2013 pada persidangan Dun hari ini.
>>
>> Baru-baru ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, Pulau Pinang
>> akan mengkaji pemasangan kamera AES dan membincangkan dengan semua pihak
>> yang berkepentingan.
>>
>> Menurutnya kamera AES dianggap sebagai "kamera 1Malaysia" akan dikaji
>> secara terperinci untuk memastikan ia memenuhi tujuannya dan bukannya
>> berkhidmat sebagai "sumber kewangan untuk kroni".
>>
>> Bermula 23 September lalu sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam
>> di Lembah Klang dan Perak.
>>
>> Difahamkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mensasarkan pemasangan 831
>> kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.
>>
>> Mengikut satu laporan pada lapan hari pertama pelancaran sebanyak 63,558
>> kesalahan trafik dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan.
>>
>>
>> Dua syarikat pengendali AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd,
>> yang mana kedua-dua syarikat itu dikatakan mensasarkan 10 juta saman
>> dikeluarkan setahun.
>>
>> Husam berkata, biar pun rakyat diberi BR1M sebanyak RM500 bagi kali kedua,
>> namun saman tersebut dikenakan kadar kompaun sehingga RM2,000.
>>
>> "Kerajaan memberi bantuan BR1M sebanyak RM500 namun syarikat kroni
>> mendapat keuntungan berlipat kali ganda melalui projek AES," ujarnya.
>>
>> harakahdaily.net
>


------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment