Monday, October 29, 2012

RG2011... Ibu tak tahu menahu dakwaan anaknya Al-Qaeda

 


9:58AM Okt 30 2012  
Ibu kepada rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda Mohammed Razin Shaaban berkata beliau tidak tahu bagaimana anaknya boleh ditahan atas kesalahan itu.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah Asma berkata, Mohammed Razin tinggal di Melaka dan menuntut di sebuah kolej di Trolak, Perak manakala beliau dan suaminya di Putrajaya, lapor Bernama.

Aayah Rafik pula, Mohammed Ariffin Abdullah ketika dihubungi berkata beliau masih menunggu maklumat lanjut berhubung penahanan anaknya.

Sementara itu, agensi berita nasional juga melaporkan, Mohammed Razin telah meninggalkan pengajiannya pada Ogos lepas.

Pengurus Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak Norhana Samsudin berkata Mohammed Razin, 21, berhenti pengajian peringkat sijil kursus Juruteknik Sistem Komputer walaupun tiada masalah akademik atau disiplin.

Tiada luar biasa mengenai pelajar itu," beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi.

Norhana berkata, pihaknya tidak pasti sebab Mohammed Razin berhenti daripada pengajiannya yang mengambil masa setahun setengah dan sekiranya masih belajar, beliau kini menjalani latihan praktikal tiga bulan.

Tiada peguam, hakim tak terus kes

Kes Mohammed Razin dan seorang lagi rakyat Malaysia Rafik Mohammed Ariffin, 28 akan didengar semula di Tribunal Tentera di Beirut Rabu ini.

Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppannan berkata Rafik dan Mohammed Razin, 21, dihadapkan ke tribunal itu semalam atas tuduhan menjadi anggota pengganas yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap mereka tidak diteruskan apabila hakim mendapati mereka tidak diwakili peguam, katanya ketika dihubungi Bernama di ibu negara Lubnan itu.

"Hakim yang mendengar kes itu kemudian mengarahkan supaya mereka mengambil peguam untuk tujuan membela diri dan hakim memutuskan kes itu didengar semula Rabu ini," kata Ilango.

Minggu lepas, pihak berkuasa Lubnan menahan Rafik dan Mohammed Razin di sebuah hotel di Beirut kerana dipercayai dilatih menjadi pengebom berani mati dan mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Ilango berkata, pegawai kedutaan telah menemui kedua-dua tahanan Lubnan itu di Pusat Tahanan Tribunal Tentera di Beirut dan mendapati sihat dan dilayan dengan baik.

Kedutaan juga sedang menyiasat latar belakang mereka dengan kerjasama Imigresen Lubnan untuk mengenal pasti sama ada mereka masuk ke negara itu sebagai pelancong, pelajar atau profesional.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengesan gerakan Al-Qaeda di negara ini berdasarkan pemantauan risikan, kata Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan ada aktiviti merekrut rakyat tempatan di negara jiran," beliau dipetik sebagai berkata kepada Bernama semalam.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment