Salam semuaikit jer nak komen dari tulisan merah tu..
Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara.
Sewajibnya Mufti mesti berkata, pertahan dan tegakkan hukum menurut Al Quran & Sunnah dan BUKAN pertahankan Perlembagaan negara.. Apa gunanya perlembagaan negara ini dipertahankan. Kalau nak pon mestilah diubah supaya selari dan bertepatan serta berlandaskan Hukum Allah dan Sunah Rasulnye..Jadi apa faedahnya untuk terus di pertahankan jika tidak selari dengan ajaran dan syariat yang dibawa oleh Allah s.w.t
S
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, October 28, 2012 8:34 AM
Subject: RG2011... Fw: SYABAS TOK MUFTI
SYABAS TOK MUFTI KERANA BERANI KRITIK PEMIMPIN AMENO! JANGAN U-TURN PULAK!
yongsukakuning.blogspot
Yong tabik Tok Mufti Tan Sri Harussani kerana akhirnya berani menegur pemimpin. Yong petik rencana itu sebiji sepeti ditulis dalam Sinar Harian:
Mufti Perak: Jangan biadab hal agama
Wartawan Sinar Harian
IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menganggap kelemahan penguatkuasaan undang-undang sebagai faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan negara. Katanya, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.
"Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.
Harussani berkata, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.
"Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja," katanya.
Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara.
"Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu," katanya.
Soi Lek sebelum ini dikritik apabila menyamakan ekonomi negara akan terancam dengan pelaksanaan hudud.
Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan sekiranya undang-undang dilaksanakan selain mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dilaksanakan.(Sinar Harian)
Yong tanda kenyataannya yang membidas pemimpin dengan warna merah dan bergaris (bagi yang colour blind). Sudah tentu yang dimaksudkan Tok Mufti ialah pemimpin UMNO kerana merekalah yang menguasai Parlimen sekarang! Sikap pemimpin UMNO yang bisu terhadap kenyataan Soi Lek itu amat jelas menunjukkan kelemahan dan ketakutan mereka dalam mempertahankan Islam! Mereka juga yang bersifat perkauman melalui parti besar UMNO, MCA dan MIC serta beberapa parti lain di Sabah dan Sarawak.
Kita masih ingat kenyataan Tok Mufti tentang kehadiran pemimpin dalam perayaan Thaipusan dahulu, seperti dipetik oleh Malaysian Insider, pada 10 Februari 2012. Tok Mufti kemudiannya telah U-Turn selepas bekas Pengerusi Majlis Fatwa bersuara.
NAJIB 3 KALI HADIR THAIPUSAM |
Majlis Fatwa diminta respons 'fatwa' Harussani
Wartawan Sinar Harian
SHAH ALAM - Datuk Dr Ismail Ibrahim meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya .berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang berpandangan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah "menggadai akidah" apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu.
Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini berkata, jawapan rasmi terhadap "fatwa" dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri (Sinar Harian).
HARAP KALI INI TIDAK U-TURN LAGI
Ada sesiapa dengor Nasharuddin Mat Isa cakap apa-apa bab Soi Lek ni? Hassan Akidah seperti biasa merapu jer. Udah bankrap idea.
JOM! TERUSKAN TOLAK BN DAN YANG SEJENAMA DENGANNYA!
Satu usaha yang baik bagi mereka yang buta warna.Pun begitu pencacai UMNO ni lebih kepada 'buta mata hati' dan 'buta perut'.Apatah lagi 'lembu' UMNO ni 'allergic' dengan warna merah!teruk la nanti tok peti ni kena TIBAI dengan cai-cai UMNO! Walau camanapun rasanya komen dan bidasan Tok Peti tu macam suam-suam kuku dan lepaskan batuk ditangga jek! Gi la mengadap Ketua Agama Negeri yakni Tuanku Sultan dan nasihatkan Tuanku ambil tindakan ke atas pelakon Porno MCA yang secara wenang kutuk Agama Islam dengan restu PIEM pondan 1Malaysia. Satu lagi, janganlah harapkan asan akidah dan Nasha UG(Ustad Gaban) utk kutuk Pornoist MCA ni...mempedaah je!Jangan harap pada mereka yang berperangai munafik untuk bela Islam! Hancuss Islam nanti!
Sedih bila agama kita diperlekeh si kafir harbi. Dah tu pulak pemmpin negara yang ada kuasa bisu pulak. Sama bisu macam ulama demer dan ulama yang bersekongkol dengan demer.
Kalau tahu pemimpin kurang ilnu agama, ulama umno kan ada. Demer udah bisu ke?
Tegur pemimpin Jihad paling besar - tetapi hanya untuk pemimpin parti lawan.
Berita hari ini.. Nasihat dan teguran,,,boleh pakai atau tidak yang diperkatakan,,,, bagi aku walaupun ia berlainan fikrah, tetapi apa yang tak menyalahi hukum,, maka boleh pakai...
Bila sebut atau bincang masaalah teguran kalau bahasa pedas dan pedih disebut juga kritikan,,, namun tujuannya sama juga,, untuk memberi kesedaran kepada yang kena tegur dan kritikan,,,
Apa pun ada juga kumpulan pengikut atau penyokong,,, tegur pimpinan kumpulan lawan memang dialu-alukan,, sama-sama memberi sokongan,,, tetapi awas,, kumpulan sendiri tak boleh ditegur,, walaupun yang tukang tegur tu sesama ahli kumpulan,,,
Bila berlaku sedemikian,, tunggulah,, bersedialah,, tepislah..lawanlah sesama sendiri kerana menegur pimpinan sendiri....
Apakah yang boleh kita tegur hanya pemimpin parti lawan,,, pemimpin parti sendiri ada cara lain..takut nanti musuh akan ambil kesempatan., tak adillah,, kalau pimpinan hak lawan boleh guna tulisann,, pemimpin sendiri pun tulisan jugalah,, kita tegur ikut kemampuan...
Jadi betullah kata Tok Mufti tu,, tegur pemimpin Jihad paling besar,,, besar risiko yang akan dihadapi walaupun benar apa yang dibuat teguran..........