Wednesday, October 31, 2012

Re: RG2011... ADAKAH DAP & MCA MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA ISLAM?

 

ayam tak patut itik pun tak sudu...
. kasihan.. tangki oksigen nak kering dah ke??.
 
siang malam menggunakan media melanyak pas tapi masih tersua2 mengharap 'cinta berbalas'?. bawak2 le reti malu oiiii

2012/10/30 Azizul Juan <azizul.juan@gmail.com>
 

Saudara Amri,
Perbetul dan perbaiki dahulu masalah umno dengan mca..Secara peribadi saya tidak nampak bagaimana MCA boleh memberi sumbangan kpd islam . Jangan kita mempertaruhkan nasib bangsa dan agama kepada orang ( So lek ) yang jelas memusuhi islam. Jangan kita memberi saham dalam meruntuhkan islam hanya semata-mata kerana kebencian kita kepada sesuatu pihak..Betullah tue, jangan kite sesekali BERSEKONGKOL dengan "makhluk" yang menentang hukum ISLAM..Terima kasih!



2012/10/27 amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
 

Sahabat FB saya menulis.Sebagai seorang pendakwah, setiap tindakan atau keputusan yang kita buat mestilah memberikan ekuntungan kepada islam dan dalam masa yang sama melemah musuh islam. Keuntungan itu bukan bererti dinilai dari segi kewangan maupun kedudukan tetapi dilihat dari aspek peningkatan kefahaman dan penghayatan islam dikalangan masyarakat. Jika masyarakat menjadi semakin keliru dan penghayatan semakin lemah maka adalah salah jika kita teruskan tindakan atau keputusan kita. Untuk itu sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat mestilah disandarakan kepada hujah syarak yang jelas serta mengambil waqei semasa yang berlaku ketika itu.

Apabila si ghulam mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya dengan dipanah dileher, beliau telah mengambil kira bahawa itu adalah jalan terbaik untuk memahamkan masyarakat tentang islam dan kekuasaan Allah. Walaupun dari segi zahirnya beliau tidak mencapai "kemenangan" kerana syahid di bunuh si Raja namun tindakannya itu telah menyebabkan seluruh masyarakat telah memeluk islam. Dengan kalimah bismillah yang disebut Raja membuktikan bahawa kekuasaan dan kebesaran hanya ada pada Allah bukan pada Raja.

Adakah DAP dan MCA memberi sumbangan kepada islam?

Masyarakat menjadi keliru apabila TGHH dan THNA membuat kenyataan bahawa tahaluf dgn DAP boleh memberikan keuntungan kepada PAS dan menyebabkan PAS menang dalam pilihanraya dan memerintah 2 negeri. Persoalannya;

- adakah kemenangan pilihanraya dan mendapat kuasa menjadi asas pertimbangan ?

- ataupun melihat dari segi maslahat umum masyarakat islam supaya mereka lebih yakin dengan nilai perjuangan?

- Adakah tahaluf dgn DAP menyebabkan masyarakat semakin jelas atau semakin keliru dgn islam?

- Kalau dilihat dari segi asas perjuangan DAP spt diatas, bolehkah kita mempertaruhkan nasib kita kpd mereka yg mustahil akan mempertahankan islam? Kalau begitu apakah sumbangan yang DAP boleh beri seperti yang diharapkan oleh PAS?

Secara peribadi saya tidak nampak bagaimana DAP boleh memberi sumbangan kpd islam . Jangan kita mempertaruhkan nasib bangsa dan agama kepada orang yang jelas memusuhi islam. Jangan kita memberi saham dalam meruntuhkan islam hanya semata-mata kerana kebencian kita kepada sesuatu pihak.

Bagi saya penyelesaian hanya ada satu; PAS harus kembali berunding dgn UMNO. Lupakanlah sengketa lama, mari kita buka lembaran baru!!!



===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment