Monday, October 29, 2012

RG2011... Fw: Contoh Yang Elok... Kita Hormat.

 



Sultan Kelantan Sendiri Sembelih "Lembu-lembu" Sempena Aidil-Adha

greenboc.blogspot.


Kota Bharu: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan majlis korban di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini.

Baginda yang mengenakan baju T-shirt berwarna merah tiba di majlis tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan diiringi pasukan keselamatan.

Turut menyertai baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, kerabat diraja Kelantan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Acara tahunan kali ini menyaksikan sebanyak 49 ekor lembu dikorbankan sempena dengan sambutan Aidiladha.

Daripada jumlah tersebut, dua ekor disumbangkan oleh Sultan Kelantan dan seekor lagi oleh Tengku Mahkota.

Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Che Hamat Che Muda berkata, daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin melalui masjid-masjid di Kota Bharu dan Masjid Muhammadi.

"Dianggarkan 4,000 bungkus daging akan diagihkan bermula tengah hari ini," katanya kepada pemberita.

Pada majlis tersebut Sultan Kelantan turut mencemar duli menyempurnakan sendiri majlis tersebut termasuk menyembelih sendiri dua lembu korban disumbangkan baginda.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -SH







comments:

 

Anonymous said...

hmmm baru saya faham, patutlah GB letakkan perkataan "lembu-lembu" itu di dalam pengikat kata...,

rupa-rupanya sebut lembu teringat UMNO, sebut UMNO teringat lembu.....

lambat sikit pickup...

Anonymous said...

kagum aku bila bc cite diatas..sultan kelantan sendiri yg buat..syabas..

Anonymous said...

(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi[122], barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats[123], berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa[124] dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal. 2-197
122]. Ialah bulan Syawal, Zulkaidah dan Zulhijjah.

[123]. Rafats artinya mengeluarkan perkataan yang menimbulkan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh.

[124]. Maksud bekal takwa di sini ialah bekal yang cukup agar dapat memelihara diri dari perbuatan hina atau minta-minta selama perjalanan haji.

WarFitnah said...

SUBHANALLAH !!! DAULAT TUANKU.....

 

Contoh Yang Elok... Kita Hormat.

ikutsukaakuisa.blogspot.
 
Kalau nak jadi Ketua Agama Islam, mesti arif dan tau segala hal tentang Agamanya. Menjadi contoh kepada rakyat dan mempunyai ciri-ciri Pemimpin Islam. Yang Mungkar di jauhi....

Barulah rakyat tunjukkan rasa Hormat dan mendoakan kesejahteraan Sultan/Raja mereka... malahan setiap Jumaat Khatib dah habis berdoa untuk kesejahteraan Raja/Sultan... makmum pula masih tak habis2 lagi mendoakan... betapa sayangnya rakyat pada Raja/Sultan mereka.


Bukannya seperti sesetengah Raja/Sultan tuuuu... dah laaa... perangai macam haramjadah, kehidupan tak seperti orang Islam, ada hati pulak nak jadi Ketua Agama Islam. Sedangkan anak bini sendiri pun tak terIslamkan lagi, arak dan betina jangan citer aarrrr....

Macam tu punya akhlak setakat jadi Raja/Sultan boleh laaaa.... lanun, penyamun dan penyangak pun ramai jadi Raja/Sultan. Kalau nak jadi Ketua Agama Islam.... tuuuu.... sendiri mau ingat laaaa... layak ke.... hehehehe...

Tapi apa boleh buat... dah spesies muka takda kemaluan, berasa diri tu besar sangat dan tak boleh disentuh... apatah lagi kaki bodek punyalah ramai.... bila rakyat tegur sikit terus kena cop derhaka... pundek diorang laaaa....!!!!

Perlukah mendoakan kesejahteraan Raja/Sultan yang perangai macam Seltan....??? Kaki bodek dan Ketuanan Melayu akan kata "perlu" beb... kononnya suatu hari nanti Seltan2 tu akan berubah... hahahaha....!!!!

Salute..., Respek... serta Salam Hormat kepada Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu.
Seltan2/Raja2 yang lelain tu sendiri mau ingat laaaaa.... ubah dulu perangai kalau ada hati mau pegang jawatan Ketua Agama Islam.

Itulah sebabnya kita perlu membaca
Buku ini, supaya tidak tertipu dengan lakonan mereka yang bergelar Sultan/Raja...

p/s: Itu belum masuk bab "Apa Sumbangan Raja/Sultan kepada Rakyat".... sebab sekarang nih asyik rakyat jer... yang menyumbang pada diorang... hahahahaha...!!!!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment