Difitnah blog boleh adu terus pada polis, SKMM
5:25PM Okt 29 2012 | |
Individu yang difitnah di blog boleh mengadu terus kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan undang-undang, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.
Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), beliau berkata kerajaan tidak berbelah bahagi mengambil tindakan kepada mana-mana blog yang menimbulkan dakwaan fitnah terhadap pemimpin tempatan, lapor Bernama.
"Aduan juga boleh dibuat jika ia melibatkan kementerian lain. Dari aduan tersebut, tindakan boleh diambil. Sekiranya disiasat dan didapati tiada yang menyalahi undang-undang, maka tiada tindakan akan dilakukan.
"Kementerian dan pihak berkuasa tidak pilih kasih dan mengambil tindakan sewajarnya untuk semua kes yang dilaporkan," beliau dipetik sebagai berkata dalam Dewan Rakyat.
Sementara itu, agensi berita nasional juga melaporkan, sebanyak 1,585 laman sesawang 'phishing' (aktiviti mendapatkan maklumat rahsia pengguna menggunakan e-mel dan laman web yang menyerupai yang asli) disekat tahun ini.
Joseph berkata, ia daripada sejumlah 1,675 laman sesawang yang disekat, setakat ini tahun ini.
Tahun lepas, sejumlah 1,475 laman sesawang juga disekat sebagai langkah pencegahan, katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) semasa persidangan hari ini.
Beliau berkata sebanyak 32 kertas siasatan dibuka pada tahun lepas dan sehingga tahun ini, 74 kes lagi telah disiasat untuk kesalahan melibatkan media baru mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kah kah kah
Setakat sembang baik tak yah...papagomo tuh, dlm laman web dia apa yg takdak? Futnah ada,gamba lucah ada,maki hamun ada,takda pun apa tindakan,repot dah banyak kali..kebal lah katekan...dilindungi umco...
Kah kah kah
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment