Tuesday, October 30, 2012

RG2011... Ekonomi Malaysia - 2013 - Global Prosperity Index

 

Salam alaik,

Sila ke link ini untuk melihat Global Prosperity Index :


Prosperity Index dinilai oleh Legatum Institute ke atas 142 negara dari segi ekonomi, pelajaran, dayaniaga, peluang, pengurusan kerajaan, kebebasan rakyat, kesihatan, keselamatan dan sosial.

Malaysia berada di tangga 45, jatuh 2 tangga setelah berada di tangga 43 selama 3 tahun berturut-turut.

Bagi saya ini sangat pelik. Sebab kalau kita lihat usaha yang dilakukan oleh Dato' Najib dan kumpulan kabinetnya, sepatutnya Malaysia naik 3 tangga, bukan jatuh 2 tangga.

Atau mungkin kita jatuh 2 tangga kerana tiba-tiba Luxemberg, Malta dan Cyprus tiba-tiba muncul dan terus berada di atas.

Namun begitu, kita juga dapat lihat Singapore (19) dan Amerika (12) jatuh 2 tangga. Seolah-olah "Prosperity Malaysia" terikat rapat dengan mereka. Mungkin benar atau mungkin tidak. Terpulang kepada rasional dan pola pemikiran masing-masing.

Indonesia pula melonjak 7 tangga ke 63. Manakala Vietnam melompat 9 tangga ke 53. Kedua-dua melompat jatuh walaupun keadaan ekonomi dunia kucar-kacir dan negara-negara baru masuk dalam carta. Kita boleh lihat jiran kita Thailand jatuh 9 tangga ke 56. Phillipines jatuh 1 tangga ke 67. Ini menunjukkan dasar negara mereka tiada halatuju yang jelas dan sangat sensitif kepada sebarang kucar-kacir domestik.

Ramalan saya berasaskan beberapa petanda pasaran bahawa ekonomi Indonesia dan Vietnam akan meningkat dan terus meningkat laju. Mereka akan menjadi pesaing hebat Malaysia dan mungkin akan melepasi tahap lebih tinggi dari ekonomi kita. 

Jika benar, ramai orang Indonesia dan Vietnam akan kembali ke negara mereka dan MUNGKIN orang Malaysia akan berhijrah ke sana untuk cari makan dalam masa 10 tahun.

LAUNGAN RETORIK POLITIK TIDAK MEMBERI KESAN pada telinga orang-orang yang suka menggunakan akal kerana LAUNGAN DATA UKURAN lebih kuat dan memberi kesan.

Mungkin sebarang Laporan Indeks ada bias ketika membuat ukuran tapi ia lebih berasas jika dibandingkan dengan retorik dari semua parti politik di Malaysia ini.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment