Tuesday, October 30, 2012

Re: RG2011... Dr. Asri Selar Kenyataan Abby Berhubung Isu Korban

 

Fahami komen Dr. Asri.
Yang salah ialah KENYATAAN YANG DIKELUARKAN, siapa yang keluarkan kenyataan itu tidak penting..
 
From: Ahmad Radzali Sarman <zaligtc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 29 October 2012, 12:54
Subject: Re: RG2011... Dr. Asri Selar Kenyataan Abby Berhubung Isu Korban
 
Dr Asri akan selar juga ke jika yang kata tu artis lain seperti Datuk Norhaliza ke atau dia akan sokong sama

From: Hadi Arief <salmanfaris04@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 29 October 2012 9:58 AM
Subject: Re: RG2011... Dr. Asri Selar Kenyataan Abby Berhubung Isu Korban
 
Kita dapat memahami apa yang cuba 'disampaikan' oleh Abby itu cuma cara penyampainnya boleh mengelirukan pembaca, kena tanya hati kita untuk jawabannya.

HBI

--- On Fri, 26/10/12, shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> wrote:

From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
Subject: RG2011... Dr. Asri Selar Kenyataan Abby Berhubung Isu Korban
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>, "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>, "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>, "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Friday, 26 October, 2012, 4:33 PM

 
Dr. Asri Selar Kenyataan Abby Berhubung Isu Korban
asri
KUALA LUMPUR (SUARA GENERASI BARU) — Di saat puluhan juta jemaah haji sedang berwukuf di padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun haji, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Abby Abadi mengenai daging korban. Bekas penyanyi yang pernah mengangotai kumpulan Elite dan pelakon dram bersiri Gerak Khas itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan di laman twitternya yang mempertikai sembelihan korban sebagai membunuh binatang.
 "Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama (Islam) tapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira (sebagai) membunuh binatang" katanya.
Namun apabila majoriti pengikutnya mempersoalkan kenyataan tersebut, Abby di lihat cuba mengalihkan persoalan pokok yang dibangkitkan dengan mengatakan dia hanya sekadar ingin berkongsikan ilmu. Selanjutnya Abby turut mengaitkan isu tersebut adalah merupakan terjemahan dari Surah Al-Maidah yang dikupas oleh Ketua Jabatan Syariah Kias, Nilam Puri, Zulkarnain Husin.
"Ustaz itu terjemahkan dari Surah Al-Maidah, saya kongsikan, so di mana salahnya? Bacalah Surah Al-Maidah sendiri ok… nama ustaz kuliah mahgrib tu, Ustaz Zulkarnain Husin (Ketua Jabatan Syariah Kias Nilam Puri)" katanya lagi.
Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan telah menyerahkan borang keahlian Pas secara rasmi pada 19 Julai 2012. Semenjak itu Abby sering diundang menjadi penceramah termasuk parti politik khususnya Pas dan sering dilihat mengunakan laman sosialnya, Twitter untuk membawa mesej parti dan menghentam parti pemerintah atas nama perjuangan Islam.
Mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin apabila ditanya berhubung perkara ini, menjelaskan di dalam twitter beliau dengan mengatakan komen yang dibuat oleh Abby itu boleh membawa erti, dia telah mengharamkan binatang yang disembelih secara halal. Menyembelih binatang bukan merupakan atau disamakan dengan kaedah membunuh biasa.
Namun begitu, kenyataan tersebut telah menyebabkan Abby mengeluarkan kenyataan balas dengan mengatakan Dr Asri cuba mencipta isu.
"Tengok la tweet-tweet sebelum itu. Banyak lagi hal-hal yang perlu diberi keutamaan atau dijaga selain Dr (Asri) mencipta isu yang tidak membantu perjuangan.
Dr Asri ketika dihubungi enggan memberi komen berhubung kenyataan terbaru Abby itu.
"Saya tak follow twitter dia, saya tak tahu. Saya tak tahu apa maksud dia. Perkara lekeh (remeh) sangat. Masalah siapa Abby, pergi ke dia lah (terpulanglah pada dia).. isunya ialah kenyataan dia adalah tak betul"
Apabila diminta mengulas pandangan Islam mengenai isu pokok yang dibangkitkan itu, Dr Asri menjelas pendapat tersebut tidak betul.
"(kenyataan Abby) tak benar, kalau kenyataan itu benar, kita telah membatalkan ratusan, ribuan korban orang, (kerana) kita menganggap binatang yang di sembelih besok kebanyakkannya bangkai. Tak sembelih sama dengan bangkai.
"Kenyataan tak betul, akibat (kenyataan tersebut) boleh membatalkan korban jutaan orang islam dalam dunia. Siapa pun yang keluarkan kenyataan itu tak betul", tegas beliau lagi.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (10)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment