SPRM Perlu Siasat Ali Rustam
AYER KEROH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perbelanjaan majlis perkahwinan anak Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi mengenal pasti punca dana bagi majlis itu.
Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, ia penting kerana wujud keraguan dan persoalan mengenai punca dana yang digunakan untuk majlis perkahwinan berkenaan.
Menurutnya, ini kerana sekiranya mengikut pengiraan konservatif RM10 untuk setiap pengunjung, jumlah 130,000 sebagaimana dilaporkan menghadiri majlis itu membabitkan belanja RM1.3 juta.
Sehubungan itu katanya, Ketua Menteri perlu membuat pengisytiharan mengenai perbelanjaan untuk majlis itu sama ada ia ditaja pihak tertentu, menggunakan dana kerajaan ataupun duit persendirian.
"Jika beliau ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan jika ia ditanggung individu tertentu, tolong nyatakan siapa yang taja.
"Tiada apa yang perlu beliau takutkan jika SPRM menyiasat kes ini sekiranya dana bukan daripada sumber yang salah, malah secara tidak langsung membantu membersihkan namanya," katanya, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi yang timbul akibat majlis perkahwinan anak lelaki Mohd Ali pada Ahad lalu, di mana 130,000 pengunjung dilaporkan hadir, sekali gus membolehkan majlis itu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
Beberapa pihak, terutama pembangkang menggunakan portal media alternatif untuk meminta Mohd Ali mengisytiharkan perbelanjaan dan punca dana yang digunakan. – SinarHarian
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment