Bagus juga itu sekurang2 lelaki itu mengingati bahawa setiap manusia akan merasai mati satu hari nanti. Firman Allah bahawasanya Allah tidak akan membantu diri sesaorang itu melainkan dia sendiri yang berubah. Habis yang kita mohon dengan manusia itu buat apa. Tanya diri kita apa sumbangan kita untuk agama ,keluarga (bangsa) dan negara. Janganlah sensasikan cerita kecil ini. Apakah sumbangan anda pada masyaraka setempat itu yang kami mahu tahu.
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, November 30, 2012 12:14 AM
Subject: RG2011... Fw: Ahli Parlimen Nyaris Kena Baling
Heboh dan menjadi mulut penduduk di sekitar Air Molek, Melaka apabila seorang ahli parlimen dari Johor yang datang berceramah disitu Ahad lepas dimalukan dengan "hadiah" berupa sebatang batu nisan dari seorang lelaki diatas pentas ceramah.
Ahli Parlimen tersebut dibawah khas dari Johor Ahad lalu sempena Karnival 55 Jam Ayer Molek.
Menurut penduduk, ketika ahli parlimen itu berceramah dan asyik mengutuk pembangkang dan tokoh-tokoh utama pembangkang, seorang lelaki telah naik ke pentas dan menghempas batu nisan dihadapan ahli parlimen tersebut.
Menurut penduduk lagi, lelaki tersebut mendengar ceramah pada mulanya, bangun menghilangkan diri, kemudian datang semula dengan batu nisan yang seolah-olah baru dicabut.
Menurut penduduk lagi, lelaki tersebut mendengar ceramah pada mulanya, bangun menghilangkan diri, kemudian datang semula dengan batu nisan yang seolah-olah baru dicabut.
Ahli parlimen yang terkenal dengan sikap lantang dan merupakan ayam tambatan bagi UMNO/BN diparlimen tersebut tergamam dan terus berhenti ceramah seketika apabila ditanya oleh lelaki tersebut kenapa beliau datang kesini dan kemudiannya lelaki tersebut terus menghempas batu nisan di depan ahli parlimen tersebut dihadapan ratusan penyokong-penyokong UMNO/BN.
Kejadian itu turut disaksikan oleh ADUN Ayer Molek, Datuk Md Yunos dan oleh ratusan penyokong-penyokong UMNO yang lain, yang belum pernah berlaku dalam sejarah di Melaka ini. Tiada sesiapa mengenali lelaki terbabit, mungkin juga cucu-cicit Hang Jebat yang ingin memberi amaran supaya jangan makan sembarang makan.
Tidak tahu apa tujuan lelaki tersebut menghempaskan batu nisan, dihadapan Ahli Parlimen Seri Gading, Muhammad Aziz.
Mungkin juga rakyat sudah jelek mendengar pembohongan-demi pembohngan UMNO sedangkan kehidupan harian rakyat bawahan semakin tertekan dibawah pemerintahan UMNO/BN.
Mungkin batu nisan itu simbolik bahawa sudah sudah sampai masanya UMNO dikuburkan setelah 55 tahun memerintah.
Lelaki tersebut tidak dikenali tersbut telah dibawa oleh polis untuk disoal siasat. Harian Metro ada mengeluarkan berita tersebut semalam di ahkbarnya.
| Keratan Harian Metro semalam |
| Di tapak inilah Ahli Parlimen tersebut "dihadiahkan" batu nisan |


No comments:
Post a Comment