Salam sejahtera.
Pada artikel kali ini saya ingin memberikan sedikit pandangan bagaimana orang Cina di Malaysia berniaga. Artikel ini boleh dijadikan sebagai satu kaedah untuk kita memajukan perniagaan sendiri tidak kira kecil mahupun besar.
Tips 1:
Setiap pemandu bas yang membawa sekumpulan pelancong atau penumpang akan diberikan makan percuma!
Penulis pernah mendengar sendiri beberapa orang pemandu bas di negeri Sarawak memaklumkan perkara ini kepada saya sendiri. Antara tempat yang penulis masih ingat adalah di Kawasan Rehat Layar (Betong) dan Selangau.
Kaedah yang digunakan oleh peniaga Cina ini sangat mudah iaitu jika pemandu bas tersebut singgah di kawasan perniagaan mereka, pemandu tersebut akan diberikan set makanan percuma (pilih sendiri). Ini kerana mereka membawa rezeki (penumpang yang kelaparan dan kehausan).
Bayangkan berapa sangatlah kos makan driver tersebut (paling mahal kita anggarkan RM5-7 sahaja). Tapi cuba kira begini:
1 bas = 40 hingga 44 orang
*20 orang beli air tin (20 tin x RM1.50) = RM30
*30 orang beli makanan ringan (30 bungkus x RM1.80) = RM54
*10 orang beli gula-gula (10 bungkus gula-gula x RM1.00) = RM10
*bla... bla.. bla.. setiap penumpang boleh anggar keluarkan duit dari RM1-8)
= RM300-RM400 keuntungan!
Satu dari kelebihan Persatuan peniaga Cina (saya tak pasti apa nama persatuan tersebut), mereka membuat 1 permuafakatan bahawa harga bagi setiap makanan dan minuman hendaklahseragam bagi setiap kedai makan.
Perkara ini perlulah kita sebagai peniaga dan pengusaha kedai makanan ambil berat kerana penulis mendapati bahawa harga bagi setiap kedai yang pernah dikunjungi adalah tidak seragam bahkan terdapat perbezaan harga yang begitu ketara. Namun perlu diingatkan juga bahawa kualiti makanan yang disediakan perlulah sama nilai dengan harga yang ditetapkan dan bukan hanya makanan saja yang mahal tapi rasa makanan pula sebaliknya.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment