Monday, December 3, 2012

RG2011... Fw: Berbasikal 500m ke tandas

 



 

Berbasikal 500m ke tandas
 
selatanonline
Web Sinarharian.com.my

PONTIAN – Sukar untuk mempercayai, namun itulah hakikat buat pasangan warga emas di Permas Besar, dekat sini, apabila terpaksa mengayuh basikal sejauh kira-kira 500 meter semata-mata untuk ke tandas.


Fatimah Selan, 65, dan Husin Idrus, 75, akan ke rumah anaknya untuk menggunakan tandas bagi urusan seharian berikutan tandas di rumahnya uzur dan tidak boleh lagi digunakan.

Meskipun sudah setahun berlalu, pasangan warga emas terbabit tidak mempunyai pilihan selain pergi ke rumah anaknya Azizah Usin, 28 untuk menggunakan tandas.

"Mujur ada Azizah, boleh kami tumpang tandas di rumah sewanya untuk membasuh, mandi dan sebagainya," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Fatimah, ketiadaan sumber kewangan menyebabkan dia dan suami tidak dapat membaiki tandas di rumah mereka.

"Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, apa yang ada di halaman rumah dijadikan hidangan makanan bersama," katanya.

Selain itu, pasangan warga emas ini juga hidup bertemankan lilin pada waktu malam ekoran ketiadaan penyambungan bekalan elektrik ke rumah mereka.

"Saya berharap bekalan elektrik disambung bagi membolehkan kami hidup lebih selesa di rumah ini," katanya.

Fatimah yang mempunyai empat anak berkata, anak-anak banyak membantunya, namun dia sedar mereka juga mempunyai tanggungan selain pendapatan yang tidak seberapa.

"Anak ketiga saya Azizah mempunyai tiga anak yang masih kecil dan suaminya pula bekerja sebagai pemandu lori, saya juga kasihan dengan kehidupan mereka," katanya.
 
Posted by ibn_bacoks

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment