Sunday, December 23, 2012

RG2011... Fw: Dipenjara 1 bulan dan denda RM1,000

 



 

Dipenjara 1 bulan dan denda RM1,000 kerana merakam video.

kingofgoblok.blogspot
Posted by
 
Lihat gambar ini,dimanakan Umar ketika Fahmi diseret DBKL?

Dipenjara 1 bulan dan denda RM1,000 kerana merakam video.

Dalam penghakimannya, Majistret Zaki Asyraf berkata, "tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguat kuasa DBKL menjalankan tugas."

Selain Umar, terdapat 3 kawan-kawan occupier Occupy Dataran lain yang merakam video insiden penangkapan pada hari tersebut, tapi hanya Umar saja ditangkap, didakwa dan dihukum.

Selain Umar, terdapat lebih 3 kawan-kawan occupier lain yang berada lebih dekat dengan aku waktu aku ditangkap 3 orang penguatkuasa DBKL, tapi hanya Umar saja ditangkap, didakwa dan dihukum.

Selain Umar, terdapat berpuluh-puluh occupier dan mahasiswa lain yang berkhemah dan bermalam di Dataran Merdeka bersama Umar, tapi hanya Umar saja ditangkap, didakwa dan dihukum.

Umar ditangkap sekali ketika rombongan penguatkuasa DBKL yang menangkap aku accidentally bertembung dengan Umar (yang sedang berdiri merakam video) dalam perjalanan mereka membawa aku ke van DBKL di tepi jalan.

Atas kesalahan secara tidak sengaja bertembung dengan penguatkuasa DBKL ketika sedang merakam video, Umar ditangkap dan didakwa "dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu Pegawai Penguat Kuasa DBKL, Mohd Masran Mamat, 34, daripada menjalankan tugas menangkap dan mengiringi Fahmi Reza di Dataran Merdeka pada jam 8.05 pagi, 22 April lalu."

Kerana ini Umar dihukum penjara 1 bulan dan denda RM1,000 yang berkuatkuasa serta-merta atas satu kesalahan yang tidak dia lakukan.

Kini Umar dipenjara di Penjara Kajang menunggu hari rayuan kes di Mahkamah Tinggi pada hari Isnin nanti.

Solidariti untuk Umar.

Free Umar.




Pelajar berkemah di luar penjara sokong rakan aktivis

freemalaysiakini2.com
Posted by
 

Aktivis pelajar berkumpul di luar penjara Kajang malam tadi sebagai tanda sokongan mereka kepada rakan aktivis, Umar Mohd Azmi yang dipenjara di situ.

Umar (di bawah) adalah salah seorang peserta protes 'Occupy
Dataran' April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1, 000 semalam, kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas.

Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu akan didengar pada hari Isnin di mahkamah Kuala Lumpur.

Tapak perkemahan pelajar di pintu masuk utama ke penjara tersebut diawasi anggota unit keselamatan penjara (UKP).

Kira-kira 50 aktivis pelajar tersebut, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul di luar pintu pagar utama Penjara Kajang pada pukul 8 malam tadi di mana pemimpin SAM dan wakil PSM menyampaikan ucapan.

Aktres Drama Gerak Khas, Abby Abadi juga tampil menyokong protes tersebut.

Peserta protes itu kemudian memasang empat kemah mereka di sepanjang jalan menuju ke penjara di mana kira-kira 15 daripada mereka bermalam di situ.

Muzik iringi protes

Malaysiakini meninjau kemah protes itu pagi ini dan mendapati kira-kira sepuluh orang daripada mereka masih berada di situ, sambil menyanyikan lagu protes, diiringinya dengan mainan gitar.

Seorang jurucakap kumpulan itu berkata, mereka berada di situ untuk jangka panjang, walaupun keputusan belum lagi dibuat melalui konsensus sama ada mereka akan mengadakan protes sepanjang sebulan  tempoh Umar dipenjara.

Menurutnya lagi, pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi, mereka telah didatangi dua pegawai Cawangan Khas yang mengambil butir-butir mengenai dua di kalangan mereka, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan lain.

Seseorang pegawai penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga datang pada kira-kira jam 9.30 pagi bertanya sama ada mereka mendapatkan sebarang kebenaran untuk berkhemah di luar penjara.

Bagaimanapun, selepas campurtangan wakil PSM, anggota penguatkuasa itu berkata mereka tidak akan mengganggu selagi sebagai pelajar terbabit tidak menghalang lalulintas dan orang ramai yang lalu di situ.

Anggota itu berkata, mereka menyerahkannya kepada pihak polis untuk memantau keadaan di situ.

Malaysiakini mendapati beberapa anggota polis berpakaian
preman memantau pelajar manakala pegawai penjara memantau mereka dari tempat pemeriksaan keselamatan di tepi jalan dan di pintu masuk utama.

Pada kira-kira jam 11.10 pagi ahli majlis MPKj Lee Kee Hiong datang memberi sokongan moral. Turut datang ialah kartunis politik Zunar dan beberapa pemimpin DAP tempatan.

Pada sekitar tengah hari, keluarga Umar yang melawatnya pagi ini datang menyampai mesej dari Umur untuk rakan aktivis di kemah tersebut.

"Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat," kata bapanya, yang berkata semangat juang Umar tidak patah oleh apa yang dilaluinya sekarang.

Beliau berkata, anaknya berada dalam kesihatan yang baik, bersemangat dan Umarnya secara berjenaka berkata hukuman penjara sebulan itu adalah satu latihan baginya untuk berhenti merokok.

Para pelajar tersebut merancang untuk mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang ini.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=60250

 

Peserta perkhemahan dihalang guna masjid untuk solat Asar

keadilandaily.com
 

(Sidiqin Omar)

KAJANG 22 DIS: Peserta perkhemahan 'Solidariti Umar Mohamad' di depan Penjara Kajang yang berkhemah depan pintu penjara sejak malam tadi, dihalang dari menggunakan masjid untuk solat Asar.

Seorang pegawai Unit Keselamatan Penjara (UKP) berpangkat Koperal dengan tanda nama 'Roslan' memaklumkan, larangan itu dibuat terhadap mereka yang berkhemah.

Wartawan Keadilan Daily dan Harakah Daily yang berada di lokasi untuk membuat liputan turut dihalang bersolat Asar di masjid itu.

"Ini arahan orang atasan," kata pegawai yang tidak menyatakan rasional arahan itu.

Diasak soalan, Roslan kemudia mendapatkan bantuan pegawai atasan yang hanya mahu dikenali dengan nama 'Kamil'.

"Masjid ini untuk kegunaan keluarga staf penjara. Hanya kami yang ada kuasa untuk benarkan atau tidak sesiapa yang mahu sembahyang di sini," katanya kepada Keadilan Daily.

"Lagi pun 'bumi Allah' sendiri adalah masjid. Dekat mana-mana pun boleh sembahyang bukan," katanya, memberi alasan.

Sementara itu, bekas Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Mohd Afendi yang dikenali sebagai kartunis Ronasina memaklumkan, Masjid Penjara Kajang adalah lokasi terbuka yang dibenarkan untuk orang awam.

"Setiap minggu orang solat Jumaat. Pada malamnya, ada tazkirah yang dihadiri orang awam. Sepatutnya tak masalahnya?" kata Ronasina.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dalam reaksinya selepas dihalang, kesal dengan tindakan pegawai penjara yang sengaja mengambil langkah konfrontasi dengan peserta perkhemahan.

"Kalau satu orang makmun dan satu imam pun dikira sebagai berjemaah. Buat apa bina masjid besar-besar?" katanya.

Semalam, Umar Mohamad, lulusan Diploma Keselamatan Industri yang kini menjalani latihan praktikal di Johor Bahru, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana dikatakan menghalang tugas penjawat awam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41627

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment