Sunday, December 2, 2012

RG2011... Fw: Kabel elektrik undang bahaya

 



Kabel elektrik undang bahaya


 
 

Kabel yang rendah dan merentangi jalan boleh mengundang bahaya kepada kenderaan berat seperti lori.
SEBERANG PERAK - Keadaan kabel elektrik yang terlalu rendah di jalan Kampung Sungai Timah, di sini, benar-benar menggusarkan pengguna terutama penduduk di kawasan itu.

Penduduk, Azhar Ibrahim, 44, berkata, kedudukan kabel merentasi jalan itu mampu mengundang bahaya kepada pengguna laluan berkenaan.

Menurutnya, laluan itu adalah antara jalan utama penduduk untuk ke sawah atau ke kedai berhampiran.

"Sekiranya ia tidak dibaiki segera, kita khuatir nyawa penduduk mahu pun pengguna lalu ini melayang," katanya.

Azhar berkata, sebelum ini, lori yang melalui jalan itu terpaksa mengangkat dahulu kabel berkenaan menggunakan kayu supaya tidak tersangkut.

"Keadaan ini mungkin boleh membahayakan mereka. Kita khuatir berlaku sesuatu yang tidak diingini terutama apabila menjelang musim menuai padi, jalan ini akan digunakan oleh lori untuk mengangkut padi," katanya.

Dalam pada itu, dia menggesa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan segera untuk memastikan kabel berkenaan ditinggikan mengikut kesesuaian yang ditetapkan.

"Mungkin bagi penduduk kampung ini sudah biasa dengan situasi berkenaan dan boleh berjaga-jaga tetapi pengguna lain yang tidak tahu keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

"Situasi akan bertambah buruk terutama waktu malam kerana jalan yang gelap dan jika kenderaan tinggi melaluinya boleh tersangkut," katanya.

Katanya, kabel itu harus segera dibaiki supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini.

"Kita tidak mahu berlaku sebarang kejadian buruk barulah ada pihak yang akan mengambil tindakan," katanya.

SINAR/-
 

KESELAMATAN RAKYAT PERLU DIDAHULUKAN

pastambun.blogspot.

 KEDUDUKAN TALIAN TNB YANG BERADA DI ATAS BANGGUNAN KEDAI YANG SEDANG DIBANGGUNKAN

 KEDUDUKAN YANG SANGAT MERBAHAYA..

PAPAN TANDA TNB YANG MELARANG SEGALA BENTUK AKTIVITI DIJALANKAN DI BAWAH TALIAN TANPA KEBENARAN MEREKA, APAKAH PROJEK KEDAI INI TELAH MENDAPAT KEBENARAN TNB, DAN JIKA DIBENARKAN APAKAH TNB TIDAK MENGAMBILKIRA KESELAMATAN ORANG RAMAI YANG BERUSUSAN DI SITU NANTI..?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment