Keluarga Mohd Noor Fikrie kesal Allahyarham dilabel pengganas
selatanonline
Oleh Bernama
PONTIAN - Keluarga Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang mati ditembak polis Filipina di Davao, Jumaat lalu terkilan kerana Allahyarham dilabelkan sebagai pengganas.
Menurut adik mangsa, Mohd Noor Hafiz, 24, mereka sekeluarga amat kesal dengan gelaran tersebut sedangkan pihak berkuasa Filipina hanya menggelar abangnya sebagai suspek.
"Walaupun dengan satu perkataan, namun ia sudah cukup mencemar dan menjatuhkan imej kami sekeluarga," katanya yang menyifatkan arwah sebagai seorang abang dan ayah yang baik, bertanggungjawab selain mudah tersenyum.
Beliau yang kelihatan hiba selepas pengkebumian abang sulungnya itu di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Parit Abdul Rahman di sini pagi ini berharap, arwah tidak lagi dilabelkan dengan panggilan itu.
Turut hadir pada majlis pengkebumian Allahyarham ialah isteri Siti Sarah Raihana dan tiga anak iaitu Aina Sofia, 6, Aisyah Nadia, 5 dan Yati Izati, 4, serta ibu bapa Allahyarham.
Sementara itu, bapa Allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut melahirkan perasaan sama dan mempersoalkan bukti yang dapat mengaitkan anaknya itu dengan kegiatan keganasan.
"Mana bukti dia pengganas, dia ada letupkan bangunan ke?, dia ada buat keganasan ke?," katanya.
Menurut Abd Kahar, kali terakhir beliau berjumpa anaknya adalah pada Mac lepas dan tidak menyangka ia merupakan pertemuan terakhir.- Bernama

Posted by AbuJihad
"Fikrie alim, pendiam"
selatanonline
Web Sinarharian.com.my
PONTIAN - Seorang rakan kepada Allahyarham Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang mati ditembak pihak berkuasa Filipina di Davao, selepas disyaki cuba melakukan pengeboman tidak percaya kawannya itu seorang pengganas.
Mohd Musa Abd Rashid, 26 berkata, dia menerima berita kematian Mohd Noor Fikrie yang juga jirannya di pekan Benut, awal pagi Sabtu lalu.
"Ibu arwah, Noresah Kusin, 45, rapat dengan saya dan ibu saya, Saodah Ibrahim, 45, sejak mereka berpindah sebelah rumah kami, kira-kira dua tahun lepas.
"Pada pagi Sabtu lalu, Makcik Noresah datang ke rumah memberitahu arwah sudah meninggal dunia kerana ditembak di Filipina," katanya kepada Sinar Harian di pekan Benut, semalam.
Musa berkata, kali terakhir Fikrie pulang ke Benut pada Mac lalu bersama dua anaknya, dan tiada sebarang perubahan yang dilihat pada rakannya itu.
Jelasnya, kali terakhir arwah pulang, dia sempat bertanya khabar dengannya dan Fikrie menjawab dengan nada biasa.
"Sepanjang saya mengenalinya, dia seorang yang pendiam dan kuat agama. Saya difahamkan dia mempunyai seorang isteri di Kuala Lumpur," katanya.
Menurutnya, pesanan ringkas mengenai kematian Fikrie yang dihantar adik arwah menggemparkannya sekeluarga ketika itu.
Jelasnya, ibu arwah sempat memberitahu dia dan ibunya mengenai perbualan akhir anak sulung daripada dua beradik itu ketika kali terakhir mereka bertemu pada Mac lalu.
"Kata Makcik Noresah, Fikrie meminta agar jangan sesiapa menunggu kepulangannya," katanya.
Bagaimanapun, ibu Mohd Nor Fikrie tidak dapat ditemui, difahamkan telah ke rumah anak keduanya di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Solidariti Anak Malaysia Pontian, Noor Saiful Amri Saifullah berkata, pihaknya akan mengumpulkan derma bagi membantu keluarga Noresah membawa pulang jenazah ke Benut.
"Kita akan mulakan kutipan derma segera bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga terbabit," katanya.
Terdahulu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Datuk Hishammuddin Tun Hussein, mengesahkan Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, adalah rakyat Malaysia yang ditembak mati di Davao, Filipina, pada 14 Disember lalu, anggota sebuah kumpulan militan.
Dalam kenyataan beliau, lelaki tersebut berasal dari Melaka dan dipercayai masuk ke selatan Filipina pada April lalu, untuk mempelajari cara membuat bom.
p/s : laporan pengebumiannya disiarkan di Ibn75.wordpress.com - ibn bacoks
Posted by ibn_bacoks
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment