Saturday, March 2, 2013

Re: RG2011... TERKINI! Kematian Meningkat Selepas Berbalas Tembakan Di Lahad Datu!

 

Bersetuju dengan sranan Mat Rock. Kita sewajarnya memberi kepercayaan dan sokongan kepada pasukan keselamatan negara untuk berhadapan dengan ancaman dari penceroboh dari Selatan Filipina ini.

Walaupun kita mempersoalkan betapa rapuhnya sempadan negara mudah dicerobohi oleh anggota penceroboh dari Selatan Filipina itu, ia adalah satu perkara yang amat dikesali. Agensi penguatkuasa yang diamanahkan untuk mengawal persempadanan dan perairan negara seperti TLDM, APMM, TUDM, Unit Udara Polis, PDRM, Polis Marin yang kerap mengadakan rondaan maritim, tinjauan, air survelance and reconnaissance, namun masih terdapat kelemahan
yang mengakibatkan persempadanan dan perairan negara bolos. Siasatan terperinci perlu dijalankan dan tindakan susulan perlu diambil bagi mengatasi kejadian seperti ini dari terus berulang.

Namun demikian, apabila berlaku insiden yang melibatkan kematian pegawai dan anggota Komando VAT 69 PDRM ini, mkita juga amat kesal bagaimana ianya boleh berlaku. Sedangkan pegawai dan anggota Komando berkenaan adalah
dari kalangan pasukan elit yang terlatih dalam menghadapi situasi genting seperti yang berlaku. Difahamkan melalui berita yang disiarkan oleh Buletin TV3 malam ini, adalah difahamkan pasukan penceroboh itu didakwa telah mengibarkan bendera putih yang bermaksud untuk menyerah diri. Pegawai dan anggota-anggota komando itu didakwa telah diperangkap dengan pengibaran bndera putih itu.

Jika benar mereka diperangkap sedemikian rupa, ia adalah satu kesilapan besar kepada pegawai dan anggota komndo berkenaan. Mereka tidak seharusnya mempercayai bulat-bulat dengan taktik musuh sedemikian. Mereka perlu berhati-hati dalam apa jua keadaan dengan cara mereka perlu mencari perlindungan keselamatan diri terlebih dahulu sebelum bertindak meminta atau memberi isyarat kepada pihak musuh agar kesemua anggota musuh meletak dan menjauhi senjata mereka sebelum menghampiri mereka dalam kedudukan yang selamat. Manakala anggota keselamatan yang lain mestilah mengawasi pergerakan anggota-anggota musuh dan mengawal kawasan berkenaan (cordon the area) Inilah secara ringkas mengenai prosidur dan latihan yang telah ditanam dalam diri kesemua anggota-anggota kelsematan samada dalam ATM mahupun PDRM. Langkah berjaga-jaga dan siap siaga amatlah perlu dalam keadaan yang genting apabila berhadapan dengan musuh. Apatah lagi mereka itu adalah dari pasukan Komando VAT 69 yang dianggap pasukan elit dan terlatih dalam menghadapi sebarang ancaman dalam apa keadaan sekali pun.

Namun takdir mengatasi segala-galanya, kesilapan boleh berlaku pada bila-bila masa mungkin disebabkan terlalu yakin (over confident) dan mempercayai musuh sepenuhnya tanpa ada perasangka.  

Al-Fatihah kepada pahlawan-pahlawan negara yang gugur syahid di medan pertempuran. Semuga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatklan bersama-sama orang-orang yang soleh. Takzziah kepada waris dan keluarga mereka yang terkorban. Semuga mereka tabah dengan dan redho di atas ketentuan Illahi. DariNya kita datang, dan kepadaNya, kita kembali. Lahirnya disambut dengan Azan, perginya diiringi dengan Iqamat, Antara Azan dan Iqamat, alangkah singkatnya hidup kita ini.

para_jump101



From: azman <azmans67@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, March 2, 2013 2:59 AM
Subject: Re: RG2011... TERKINI! Kematian Meningkat Selepas Berbalas Tembakan Di Lahad Datu!

 
setuju dengan mat rock.  Masa ini lah kita patut gunakan angkatan tentera kita.  Malah makin hebat kalau kita gunakan jet tempur kita yang tak ada enjin dan kapal selam yang baru aje boleh nyelam (itu pun kalau boleh nyelam).  Apa guna labur wang bilion ringgit untuk peralatan tentera jika tak digunakan....

--- On Fri, 3/1/13, Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com> wrote:

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... TERKINI! Kematian Meningkat Selepas Berbalas Tembakan Di Lahad Datu!
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Friday, March 1, 2013, 4:52 PM

 
MASA NI LAH KITA LUPAKAN DULU PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK!
KITA LUPAKAN DULU PASAL PILIHANRAYA!
MASA NI LAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERSATU-PADU PERTAHANKAN BUMI TERCINTA KITA!
LEBIH-LEBIH LAGI SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA.. BERDOALAH.. BUAT SOLATH HAJAT.. AGAR TENTERA KITA YG BERTARUNG NYAWA DI LAHAD DATU SELAMAT..
SEDIH WA TENGOK MAYAT KOMANDO KITA DIHINA OLEH TENTERA SULU DLM FB YG BARU WA TERIMA..
YA ALLAH.. SELAMATKAN LAH KAMI..
SELAMATKAN TENTERA KAMI..
SELAMATKAN AGAMA KAMI..
SELAMATKAN BUMI TERCINTA KAMI..
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: HANZ <hanzedison@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, March 1, 2013 4:10 PM
Subject: Re: RG2011... TERKINI! Kematian Meningkat Selepas Berbalas Tembakan Di Lahad Datu!
 
SEKIRANYA BERLAKU APA2 PERKARA YG MGANGGU GUGAT KESELAMATAN NEGARA SPT PENCEROBOHAN PIHAK ASING MCM YG BERLAKU SEKARANG NI KAT LAHAD DATU, INI BERMAKNA ADA KEMUNGKINAN PILIHAN RAYA AKAN DITUNDA SEHINGGA KRISIS KEAMANAN SELESAI.

2013/3/1 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
 
UPDATE 1.30 PM




Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut tetapi setakat ini dua anggota tentera Sultan Sulu disahkan
terbunuh.

Akhbar Philippine Star, Philstar.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.


Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam serangan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi mengesahkan pasukan keselamatan negara tidak memulakan serangan tersebut tetapi diserang oleh tentera Sultan Sulu itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Ini menafikan sama sekali laporan media Filipina sebelum ini bahawa anggota tentera kita yang memulakan tembakan, malah kini mereka dikepung di beberapa bahagian sekitar bandar tersebut.

Hishamuddin turut meminta supaya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penduduk Lahad Datu yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan dari arahan pihak berkuasa supaya semua rumah dan kawasan perniagaan di bandar itu ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Tentera Sulu mendakwa berlaku kematian di pihak mereka namun bilangannya masih belum diketahui, tetapi angka tersebut dijangka meningkat selepas pertempuran kian reda apabila anggota keselamatan meningkatkan tahap kawalan di hampir kesemua akses
ke bandar itu termasuk dari laut.

Pencerobohan tentera dari selatan Filipina itu yang memasuki hari ke-20 itu kini memasuki episod baru apabila pasukan keselamatan Malaysia mula menambah jumlah kehadiran mereka di Lahad Datu hingga dikatakan mencecah lebih 3,000 orang.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu tentera Sultan Sulu itu dan persediaan dari segi taktikal dan operasi bersepadu dengan polis akan menyaksikan lebih banyak pertempuran bersenjata tercetus.


Kedudukan semasa yang dilaporkan beberapa agensi berita antarabangsa juga menyebut tentera Malaysia sudah menambah peralatan artileri dan komunikasi bagi persediaan tersebut, namun bila akan dilaksanakan masih belum diketahui.

Lagi laporan lanjut akan menyusul apabila jurucakap pasukan keselamatan Malaysia akan mengadakan sidang media yang dijangka berlangsung bila-bila masa dari sekarang.
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

-- HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH KALO TAK DE MASALAH ITU MASALAH NAMANYA *THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (13)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment