Saturday, March 2, 2013

RG2011... Re: Ceroboh Sabah: Kenyataan Tian Chua diselar

 

Naib Presiden PKR, Tian Chua adalah dikecam kerana kerana kenyataannya yang mengaitkan insiden pencerobohan oleh sekumpulan dari Filipina Selatan inisebagai satu konspirasi terancang.

Siapa yang merancang konspirasi ini ?? Jika ianya satu konspirasi, tentulah ia bertujuan untuk sesuatu matlamat dan menguntungkan pihak yang merancang. Apa matlamatnya dan apa untungnya ?? Tian Chua sewajarnya berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apa motif dan untungnya kepada Tian Chua dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Malahan, kenyataan Tian Chua itu hanya kan mengundang "back-fire" kepada dirinya sendiri, kepada parti PKR dan secara langsung menjejaskan kredibiliti Pakatan Rayat (PR) Jika Tian Chua tidak tahu menahu mengenai hal-hal keselamatan dan pertahanan negara, adalah lebih baik bagi beliau tidak mengeluarkan kenyatan yang sedemikian. Lebih baik beliau menumpukan isu-isu politik yang lain daripada mempolitikkan insiden yang berlaku di Lahad Datu ini.  Ia kan menimbulkan kemarahan masyarakat dan rakyat negara ini.

Kita percaya, kerajaan tidak ada motif untuk merancang satu konspirasi yang berisiko tinggi seperti ini kerana ia melibatkan bukan sahaja nyawa paasukan keselamatan, malahan mungkin juga melibatkan nyawa orang-orang awam yang tinggal di persekitaran awasan insiden itu. Sesuatu yang tidak masuk akal, bagi kerajaan mempertaruhkan
nyawa anggota-anggota keselamatan hanya untuk mengadakan satu konspirasi yang tidak menguntungkan kepada sesiapa, individu, kumpulan atau mana-mana organisasi. Apa untungnya tindakan sedemikian. Walau pun
kerajaan UMNO/BN yang berkuasa sekarang ini tidak disukai dan sentiasa mendapat tentangan dari pembangkang, adakah ia terlalu terdesak sehingga memerlukan satu tindakan dengan mengadakan konspirasi yang boleh mengancam nyawa pasukan keselamatan dan orang awam. Jika benar, mengapa di adakan di Lahad Datu ? Mengapa tidak di adakan di tempat-tempat yang lebih ramai penduduknya seperti di Kota Kinabalu, Sandakan dan di tempat-tempat lain. Mengapa menggunakan orang-orang dari Sulu, Filipina dengan bilangan yang kecil sekitar 150-200 orang dan dikatakan hanya 40 orang yang bersenjata ????

Jika ia satu konspirasi, mengapa tidak menggunakan lebih ramai anggota penceroboh, seperti 1,000 hingga 3,000 kekuatan anggota yang terlatih dalam ketenteraan dan dilengkapi dengan senjata yang canggih, seperti Sub-Machine Gun, Bazooka, Kalashnikof, Mortar, bom tangan, grenades dan sebagainya. Ini kerana mereka pasti menjangkan akan berhadapan dengan pasukan keselamatan yang dilengkapi dengan peralatan ketenteraan dan kekuatan anggota yang lebih ramai.

Kepada Tian Chua dan penyokong-penyokong yang bersetuju dengan kenyataan beliau, ini adalah satu pesanan yang tegas dan keras:

MAKE SURE THE BRAIN IS ENGAGED BEFORE PUTTING MOUTH INTO GEAR.

We would like put on record to Tian Chua : Do not tarnish your image, your PKR Party and the PR with your half-fucked mouth. We assure you that we will not support and vote you in the next General Election - GE-13 for the damage done.

para_jump101




From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
To: "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, March 2, 2013 3:04 PM
Subject: Re: [jarum_emas] Ceroboh Sabah: Kenyataan Tian Chua diselar

 
Apsal BEKAS panglima tu tak cerita camner lanun2 pun boleh terlepas? 


2013/3/2 abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
 
180 orang (jumlah yang KP Sabah berikan) masuk tanpa dikesan dan berapa lama baru dikepung? Patutnya pemerintah dan komander pasukan pertahanan disoal dan dipertanggungjawapkan kenapa boleh lolos.
 
Seorang bekas Panglima TLDM pun ada komen ada sesuatu yang tak kena dalam kes ini. Kalau dia bekas panglima boleh kata macam tu, yang lain-lain apa kelayakan utk komen pasal ni?

--- On Fri, 3/1/13, shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com> wrote:

From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
Subject: [jarum_emas] Ceroboh Sabah: Kenyataan Tian Chua diselar
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>, "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>, "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Friday, March 1, 2013, 10:06 AM


 
Ceroboh Sabah: Kenyataan Tian Chua diselar

2 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin dan pemerhati politik hari ini menyelar Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah hari ini dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.
Mereka berkata, kenyataan Tian Chua itu tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan bersenjata
dari selatan Filipina itu bersabit soal keselamatan dan keamanan negara.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak
sensitif kepada isu keselamatan negara.
"Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang
tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan.
"Apa yang boleh kita harapkan daripada dia apabila kita betul-betul berada dalam peperangan jika dia boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu terhadap
insiden pencerobohan di Lahad Datu," katanya kepada Bernama apabila dihubungi.
Antara lain, laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan
untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata Ahli
Parlimen Batu itu.
Justeru, Tunku Abdul Aziz mahu rakyat menilai peribadi Tian Chua dan berfikir sebelum memilih pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan
penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.
Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan
Malaysia, terkorban.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai "jahat dan jahil" .
"Umno tidak akan mempermainkan soal keselamatan negara dan tidak mungkin menjadi pengkhianat kepada negara tercinta yang Umno telah berjuang untuk
memerdekakan.
"Umno bukan macam pembangkang dalam beberapa peristiwa yang lepas telah mengkhianati negara ini," katanya.
Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula berkata, seharusnya semua pihak ketika ini bersatu dan tidak mencampur aduk politik dengan soal keselamatan negara.
Tegasnya, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap Tian Chua dan mana-mana pihak yang dilihat menghasut rakyat supaya tidak mengulangi perbuatan sama.
Laman Twitter dan Facebook turut dihujani komen-komen yang menghentam kenyataan Tian Chua itu dan mahu tindakan tegas diambil terhadapnya. - Bernama

--




--



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment