Wednesday, March 20, 2013

RG2011... Fw: BAGAIMANA UIAM KENDALI PERASAAN 'GERUN" PESAKIT GIGI

 



 

BAGAIMANA UIAM KENDALI PERASAAN 'GERUN" PESAKIT GIGI

 
KUANTAN, 19 Feb (Bernama) -- "Gigi saya tidak sakit pun, jadi buat apa

hendak jumpa doktor? Lagipun, ia masih elok dan kuat untuk mengunyah,".

Tanggapan mahupun persepsi sedemikian bukanlah sesuatu yang asing, malah ia

bagaikan sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat kita.

Biarpun bukan semua dan hanya membentuk satu komuniti kecil sahaja, namun

pemeriksaan pergigian dilihat hanya perlu dilakukan apabila kesakitan mula

menyerang dan kerosakan gigi berada pada tahap serius.

Mengapa begitu? Adakah kerana rasa takut atau kos rawatan agak mahal?

Ia dikatakan sebagai antara punca segelintir mereka tidak gemar mengamalkan

pemeriksaan gigi enam bulan sekali atau paling tidak pun setahun sekali dalam

sahsiah kehidupan.

PERUNDING

Ini diperkukuhkan menerusi kenyataan Dekan Fakulti Pergigian Lincoln

University College dan Pakar Runding Kanan Kesihatan Awam Pergigian Professor

Dr. Rahimah Abdul Kadir bahawa hampir 75 peratus daripada penduduk negara ini

yang pernah mendapat rawatan berasa takut untuk berjumpa doktor gigi.

Ketakutan dialami setiap kali melihat doktor gigi lengkap dengan pakaian

seragam putihnya sambil tangan erat memegang peralatan pergigian, tidak hanya

meliputi golongan anak kecil.

Malah, mereka yang dewasa tidak terkecuali sehingga membentuk fenomena

"white coat syndrome".

Melihat senario ini sebagai keadaan membimbangkan dan perlu diatasi segera,

Kulliyyah Pergigian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cuba

menghapuskan stigma "white coat syndrome" menerusi pelbagai alternatif terbaru

termasuk penekanan kepada elemen variasi warna.

TIADA LAGI "WHITE COAT SYNDROME"

Pendekatan digunakan amat menarik. Warna terang seperti ungu, biru dan merah

jambu pekat dipilih menghiasi kulliyyah ini, sekali gus memberi lambaian baru

serta menyuntik kelainan daripada warna kebiasaan atau rasminya, putih.

Bermula sebaik sahaja melangkah masuk pintu kaca Kulliyyah Pergigian Kampus

Kuantan ini, perasaan teruja di samping rasa kagum mesti terdetik bagi mereka

yang pertama kali mengunjunginya.

Daripada set sofa, meja, dinding sehinggalah pakaian rasmi doktor gigi atau

dikenali sebagai ''dentist tunic'' yang dipakai oleh pelajar pergigian, semuanya

bermain dengan pelbagai pemilihan warna sehingga mewujudkan suasana ceria

seolah-olah berada di tadika.

Kaedah psikologi ini dilihat berjaya menarik perhatian dan mengurangkan rasa

takut kanak-kanak, bila mana sambutan diterima bagi mereka yang ingin

mendapatkan rawatan pergigian di kulliyyah ini adalah amat memberangsangkan.

Terbuka kepada orang ramai, pendekatan sedemikian telah menarik kira-kira

10,000 pesakit baru setahun, kata Pakar Pergigian Periodontik UIAM Kuantan Dr.

Suhaila Muhammad Ali.

"Semua pelajar perubatan pergigian di sini diwajibkan berbincang sesama

mereka pada tahun pertama untuk memilih warna yang akan dijadikan pakaian

seragam mereka (dentist tunic).

"Tidak boleh memilih warna putih, warna pakaian seragam mereka ini bukan

sahaja akan mewujudkan suasana ceria, menghilangkan rasa takut malah ia juga

memudahkan kami untuk mengenali sesuatu ''batch''," katanya.

TAYANGAN VIDEO

Biarpun kaedah psikologi warna dapat mengurangkan rasa takut, namun tidak

dinafikan perasaan itu akan mengetuk kembali sebaik sahaja berada di atas kerusi

rawatan pergigian.

Ditambah pula, apabila melihat pelbagai peralatan pergigian dan karektor

doktor gigi, sekali gus mengingatkan kembali kepada pengalaman mahupun cerita

menakutkan yang ada antaranya hanyalah sekadar imaginasi semata-mata.

Menyedari keperluan ini, Poliklinik Pergigian UIAM telah dilengkapi dengan

set televisyen paparan kristal cecair (LCD) di setiap kerusi rawatan pergigian

sebagai kaedah alternatif pengalihan rasa takut pesakit.

Sebanyak 150 buah kerusi rawatan pergigian telah diimport dari Finland bagi

menawarkan perkhimatan pergigian kepada komuniti setempat di poliklinik ini.

"Pesakit boleh minta kepada pelajar pergigian untuk menonton apa-apa cerita

sahaja. Langkah psikologi ini, boleh menyebabkan mereka leka menonton dan tidak

merasa sakit semasa rawatan dilakukan," katanya kepada Bernama.

DIJAMIN SELAMAT

Kaedah psikologi variasi warna, tayangan video tidak sekadar berfungsi

menyuntik kelainan dunia pergigian serta menghapuskan stigma ''white coat

syndrome''.

Malah, lebih daripada itu. Paling menarik, apabila tiada bayaran dikenakan

kepada mana-mana pesakit yang ingin mendapatkan rawatan pergigian di poliklinik

ini.

Tidak kira apa sahaja rawatan, pemasangan gigi palsu, tampalan, mahupun

pembersihan gigi semuanya adalah percuma dan sudah pasti ini akan menarik

perhatian ramai.

Akan tetapi, ia sebenarnya bersifat serampang dua mata di mana tarikan ini

juga bertujuan mendapatkan seramai mungkin pesakit sebagai platform untuk

melatih pelajar perubatan pergigian UIAM.

Timbul persoalan, selamat atau tidak akan rawatan diberikan?

Menjelaskan perihal ini, Dr. Suhaila berkata kualiti dan tahap keselamatan

tinggi adalah penekanan penting yang diberi perhatian semasa rawatan walaupun

ia percuma dan dilakukan oleh pelajar perubatan pergigian.

Tambahnya, setiap pelajar diwajibkan berbincang dahulu bersama dengan

pensyarah mereka yakni merangkap pakar pergigian bertauliah sebelum sesuatu

rawatan itu dilakukan.

SIMULASI

Tidak terhenti sekadar berbincang, malah pergerakan dan setiap langkah

pelajar akan sentiasa diawasi oleh pensyarah sepanjang rawatan bermula dari cara

mereka berkomunikasi dengan pesakit sehinggalah rawatan selesai.

"Tempoh pembelajaran di Kulliyyah Pergigian UIAM adalah selama lima tahun

dan terbahagi kepada dua fasa. Tahun pertama dan kedua adalah fasa pertama

dikenali sebagai tempoh praklinikal.

"Ia (praklinikal) adalah simulasi pembelajaran di mana pelajar akan

mempelajari secara praktikal akan rawatan pergigian dengan menggunakan model

(patung). Mereka akan melakukan banyak kali sehingga mahir," katanya.

Mereka juga perlu lulus peperiksaan simulasi untuk layak ke fasa kedua

(tahun 3, 4 dan 5) iaitu klinikal di mana pelajar perubatan pergigian akan

merawat pesakit dengan persekitaran sebenar di Poliklinik UIAM.

KEMUDAHAN TERBAIK

Semua ini, adalah langkah strategik dan terkini yang diambil oleh Kulliyyah

Pergigian UIAM dalam melahirkan atau menyediakan lebih ramai pakar pergigian

negara.

Untuk itu, UIAM membelanjakan RM132 juta merangkumi pembinaan bangunan

kulliyyah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih seperti bilik

simulasi, bilik konsultasi, Poliklinik Pergigian, makmal penyelidikan, peralatan

dan bahan-bahan untuk rawatan pergigian.

Paling menarik, apabila ia turut dilengkapi dengan sistem teknologi ''Cone

Beam Computed Tomography'' (CBCT), yang berfungsi seperti sistem pengimbasan

x-ray tetapi dalam bentuk 3D.

Menerusi imej yang dihasilkan, ia lebih memudahkan proses penganalisian

dalam mengenalpasti masalah atau kesakitan gigi pesakit serta penentuan kaedah

rawatannya.

Kemudahan ini bukan sahaja mewujudkan suasana pembelajaran kondusif kepada

pelajar perubatan pergigian malah melengkapkan lagi perjalanan universiti ke

arah lebih berdaya saing.

-- BERNAMA

SKMS CR

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment