Thursday, March 14, 2013

RG2011... Fw: Syarikat telekomunikasi Malaysia disaman

 



Syarikat telekomunikasi Malaysia disaman

 
Kena Kompaun!

Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) Malaysia kini bertindak dengan lebih aktif terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia. Sebelum ini, tiga syarikat terkemuka di Malaysia telah diberi kompaun kerana memberi kesusahan kepada para pengguna dengan masalah panggilan terputus. Celcom, Maxis dan Digi telah dikompaun sebanyak RM 190,000 untuk kesalahan ini.

Kini, lebih banyak lagi kompaun telah dikeluarkan kepada lebih banyak syarikat, kini untuk kesalahan informasi yang tepat tidak diberikan ketika pendaftaran kad-SIM prabayar.

Celcom Axiata, Merchantrade, uMobile, Maxis, Maxis Broadband dan Tune Talk telah diberi saman yang berjumlah lebih daripada RM 900,000 secara keseluruhannya.

Pengguna yang ingin membeli kad-SIM prabayar perlu informasi mereka disahkan oleh syarikat telekomunikasi dengan menggunakan sama ada kad pengenalan ataupun pasport mereka.

SKMM

"SKMM telah menerima jumlah aduan yang besar di mana nombor MyKad  telah digunakan untuk didaftarkan sebagai pemilik nombor pra-bayar yang baru, walaupun bukan mereka yang membeli nombor tersebut," kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, pengerusi SKMM.

"Kami melihat perkara ini adalah kesalahan yang besar, dan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di dalam lesen mereka, di bawah Seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."

Sumber: Bernama

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment