Saturday, March 2, 2013

RG2011... Panas-Lagi kejadian Pendatang Filipin mengganas-Bn terima akibat kerna sambil lewa dulu

 

Panas: Dua Lagi Anggota Polis "Di Tembak" Di Sabah

 

by pahangdaily

LAHAD DATU, 3 Mac - Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam serangan hendap yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Kampung Simunul, Semporna pada pukul 7 petang Sabtu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (foto) berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke kampung berkenaan untuk mencari beberapa individu yang dilaporkan memiliki senjata api. "Anggota polis memasuki kampung itu dan ketika mereka sedang berjalan di atas titi gantung mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera. "Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," kata Hamza. Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan. Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan. Situasi di pantai timur Sabah semakin meruncing apabila kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Sultan Sulu menyerang pasukan keselamatan Malaysia, dalam insiden tersebut dua anggota polis komando terkorban sementara 12 pengikut kumpulan berkenaan dilaporkan terbunuh. Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah. Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ. "Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. "Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya. Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan telah pun tercedera. sumber


[Nampaknya isu pencerobohan di Sabah semakin panas dengan perkembangan terbaru ini. Persoalannya, kenapa sejak dari awal lagi pihak keselamatan di Malaysia tidak menghalang kemasukan beramai-ramai warga Filipina ke negara ini?. Kenapa perairan negara kita begitu mudah dicerobohi jika tiada dalang yang bertanggungjawab. Ramai pihak yang mengatakan sebenarnya kemasukan penceroboh terbadit ada kaitan dengan pilihanraya umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia bagi menakutkan rakyat Sabah untuk melakukan perubahan dan akhirnya rela kekal dengan kerajaan yang sedia ada. Berbagai persepsi yang dicetuskan di laman sembang sosial sekarang ini. Apapun, diharapkan agar pihak kerajaan dapat mengambil tindakan egas untuk mengusir penceroboh yang semakin berani bertindak melampaui batas seperti ini. Rakyat Sabah terutamanya yang mendiami lokasi berhampiran kini berada dalam ketakutan akibat tragedi ceroboh yang tidak pernah mereka duga ini sebenarnya].

http://www.pahangdaily.blogspot.com

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment