Saturday, March 2, 2013

RG2011... Panas: Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terkorban Dalam Pertempuran Di Semporna Sabah Malam Tadi

 

Panas: Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terkorban Dalam Pertempuran Di Semporna Sabah Malam Tadi !

 

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi. Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan. Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti. Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara. Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh. Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat dan juga Sarjan Sabarudin Daud. sumber


[Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas untuk menghalau pencerboh  yang semakin mengganas ini. Jika tidak, bukan sahaja anggota keselamatan yang menjadi mangsa malah mungkin rakyat juga akan terlibat selepas ini. Apapun, syabas dan tahniah kepada anggota keselamatan kita yang senantiasa berusaha keras untuk memastikan tidak berlaku pertumpahan darah dalam insiden ini. Namun, kini sudah tiga orang anggota keselamatan yang menjadi mangsa. Apakah kerajaan boleh berlembut lagi dengan mereka yang terbabit?. Maka, sudah tiba masanya tindakan keras yang lebih munasabah diambil demi menjaga keselamatan rakyat yang kini hidup dalam ketakutan di sana. Diharapkan, kejadian ini memberi pengajaran kepada kerajaan agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menjaga perairan negara agar ia tidak dicerobohi pada masa-masa yang akan datang. Ambillah ikhtibar atas kejadian ini dan bersedialah lebih awal dalam menghadapi segala kemungkinan yang berlaku].

http://www.pahangdaily.blogspot.com

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment