Sunday, March 3, 2013

RG2011... Pegawai Polis yang terkorban di Semporna, dikebumi di USJ

 


Pegawai Polis yang terkorban di Semporna, dikebumi di USJ

Keluarga tidak sangka berita di internet membabitkan adik beradik sendiri


BESUT: Keluarga pegawai kanan polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna, Sabah malam tadi, tidak menyangka laporan berita yang dibaca di internet membabitkan adik beradik mereka sendiri.

Kakak pegawai kanan polis itu, Mek Nab Lebar, 60, berkata berita mengenai kejadian yang mengorbankan
Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dibaca oleh adik bongsu mereka yang menetap di Melaka dan mengkhabarkan berita buruk itu kepadanya, malam tadi.

"Hati ini dah mula tidak berapa sedap tapi kami tidak berapa percaya dan ambil keputusan terus hubungi isteri Allahyarham, Rosiah... dia juga mengatakan tidak dapat menyatakan kepastian.

"Akhirnya pagi ini kami terima berita kematian adik saya itu daripada isterinya kira-kira jam 8 pagi selepas dimaklumkan oleh polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jabi dekat sini, hari ini.

Ibrahim dan empat lagi anggota polis terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah kira-kira jam 8 malam tadi.

Ibrahim dari Cawangan Khas, Bukit Aman berada di Semporna sejak dua minggu lepas dan difahamkan akan pulang ke semenanjung hari ini.

Ketika pemberita tiba di rumah kakak Ibrahim tengah hari ini, keluarga itu sedang bersiap untuk ke rumah Allahyarham di Seksyen 15, USJ, Subang Jaya, Selangor.

Ibrahim yang dipanggil 'Sudin' oleh anggota keluarganya adalah anak kesembilan daripada 10 beradik dan dia seorang yang ramah dan mudah mesra dengan sesiapa yang ditemuinya.

Mek Nab berkata, adiknya itu mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Alor Lintang, dekat sini sebelum memasuki kerjaya sebagai Inspektor Polis selepas menduduki Sijil Tinggi Persekolahan (STP).

Selepas bekerja, Ibrahim melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Ijazah Sarjana di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mek Nab berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham ialah pada 24 Januari lalu ketika mengadakan kenduri Maulud Nabi di rumah peninggalan pusaka keluarga, di kampung itu.

"Sudin paling suka makan nasi kerabu, tiap kali balik ke Besut dia pasti membelinya atau menyuruh saya membuatnya untuk dimakan bersama isteri dan anak-anaknya," katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah Ibrahim akan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam di USJ, Subang Jaya atas permintaan isterinya yang bertugas sebagai pegawai di sebuah bank di sana. – BERNAMA

Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment