Thursday, March 21, 2013

RG2011... Re: Azzimuddie Kiram bekas ADO dan rakyat Malaysia

 

Tidak kiralah juga kepada pengkhianat dan pembelot yang terlibat dengan rasuah dna penyelewengan khazanah negara samada mereka itu dari kalangan pimpinan UMNO. MCA, MIC, Gerakan, PPP, Parti Pesaka Bumiputra, atau mana-mana parti komponen BN juga.

Pimpinan yang terlibat dengan rasuah dan penyelewangan khazanah negara juga adalah pengkhianat dan pembelot negara termasuk mereka yang bersubahat dengan kegiatan itu tidak kira samada dilakukan secara individu, atau berkumpulan, atau melibatkan keluarga, isteri atau pasangan mereka. Rasuah dan penyelewengan juga bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi juga melibatkan dalam bentuk penganugerahan projek oleh yang berkuasa, pemilikan banglo mewah, kondo, lembu ternakan dan penerimaan hadiah cincin atau rantai yang bernilai jutaan RM.

para_jump101


From: amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
To: Idaman_Group@yahoogroups.co.uk
Cc: mat rock <matrocke1@gmail.com>; Pak Belang Groups <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>; Chainz of Frenz group <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, March 20, 2013 11:28 PM
Subject: [chainz_of_frenz] Re: [Idaman_Group] Azzimuddie Kiram bekas ADO dan rakyat Malaysia

 
Tidak kira lah samada Azzimuddie Kiram bekas kakitangan awam dan atau masih rakyat Malaysia, dia harus di buru dan di hukum.Tidak mustahil juga pelampau pelampau politik yang ada hari ini yang lahir di Malaysia dan berstatus RAKYAT MALAYSIA tulen boleh jadi pembelot negara yang lebih teruk dan lebih jahat  dari Azzimuddie keturunan Sultan Sulu ini.

2013/3/20 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
 
Muhammmad Faizal, 20 Mac 2013
(Rafizi dan Derell dalam sidang media hari ini)
PETALING JAYA: PKR mendakwa Raja Muda Sulu yang mengetuai Kesultanan Sulu menceroboh Sabah sekarang, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram merupakan seorang bekas kakitangan awam dan juga merupakan rakyat Malaysia setelah diberi kad pengenalan.

Dakwaan ini dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini. Beliau menyertakan dokumen berkaitan bagi menyokong dakwaannya itu.

Rafizi yang menjelasksan sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku banyak spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Menurutnya lagi, sejak tercetusnya pencerobohan itu, PKR telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba memdapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh yang berada dalam kumpulan penceroboh, yang antaranya adalah ketua kumpulan itu sendiri yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Muda.

"Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini, walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu.

(Dokumen yang menunjukkan Agbimudin @ Azzimuddie Kiram bekas kakitangan awam)
"Namun maklumat yang kita perolehi dari penduduk setempat adalah Azzimuddie Kiram ini pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan beliau adalah rakyat Malaysia," jelasnya.

Menurut Rafizi lagi, Timbalan Setiausaha Agong PKR, Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat 'Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah' seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah mengesahkan Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pengawai Pentadbir Muda di Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.

PKR mendesak agar Najib tampil memberi menjelaskan berapa ramai di kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia.

"Kita juga ingin tahu dari kalangan penceroboh bersenjata berapa ramaikan mereka merupakan ahli Umno.

"Kenapa Najib tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru," sambung Rafizi lagi.

Rafizi yang turut menegaskan penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini jelas mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan projek IC yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.

PKR akan turut menganjurkan Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum bagi memgupas perkara tersebut yang akan disertai Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Yusuf Barji (mantan Penolong Pesuruhjaya Polis / ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17557-azzimuddie-kiram-bekas-ado-dan-rakyat-malaysia
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)



--
===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com/
=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment