Monday, June 17, 2013

Re: RG2011... Fw: Berhati2lah dgn manusia dikeliling anda

Assalamualaikum

memang betul sekarang ni banyak berlaku jenayah
petang kelmarin emak  saya pun kena ragut ,alhamdulilah
peragut tu tak sempat melarikan handbag sebab terputus talinya.
kepada teman diluar sana berhati-hati jangan bwa banyak wang
dalam handbag atau barang-barang berharga.


 
best regards,
mala asq


From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 16 June 2013 11:14 PM
Subject: RG2011... Fw: Berhati2lah dgn manusia dikeliling anda

 

 

Berhati-hatilah dengan manusia dikeliling anda w.pun bumi Malaysia aman..


MUAR - Seorang wanita tidak menyangka kedatangan seorang lelaki yang kononnya mahu menghantar ikan dipesan bapa mertuanya mengundang peristiwa cemas selama lima jam apabila lelaki itu bertindak melarikan bayinya yang berusia setahun.

Sebelum kejadian pukul 10 pagi kelmarin itu, seorang lelaki datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona ke rumah mangsa di Jalan Bakariah di sini dan memberitahu mahu menghantar kotak kononnya berisi ikan yang dipesan bapa mertuanya.


Tanpa rasa curiga, wanita itu terus membuka pintu pagar rumahnya lalu mempelawa lelaki itu masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun, sebaik berada di dalam rumah, lelaki itu terus menolak wanita itu menuju ke dapur rumah.

Suspek kemudian bertindak mengikat kedua-dua belah tangan dan mata wanita itu sebelum membawa lari anak lelaki bongsu mangsa yang berusia setahun.

Bagaimanapun, dua lagi anak mangsa tidak diapa-apakan. Semasa kejadian, suami wanita tersebut tiada di rumah kerana bekerja.


No comments:

Post a Comment