Thursday, June 20, 2013

Re: RG2011... Fw: Berhati2lah dgn manusia dikeliling anda

Jangan beperasangka buruk kerana wanita ini hanya nak buat koleksinya kerana terlalu suka telefon itu ataupun memang dia peniaga telefon. Minta dia hubungi talian terus dengan Allah 24434 baru dia tahu........

From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 16 June 2013, 23:14
Subject: RG2011... Fw: Berhati2lah dgn manusia dikeliling anda
 

 

Berhati-hatilah dengan manusia dikeliling anda w.pun bumi Malaysia aman..

MUAR - Seorang wanita tidak menyangka kedatangan seorang lelaki yang kononnya mahu menghantar ikan dipesan bapa mertuanya mengundang peristiwa cemas selama lima jam apabila lelaki itu bertindak melarikan bayinya yang berusia setahun.Sebelum kejadian pukul 10 pagi kelmarin itu, seorang lelaki datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona ke rumah mangsa di Jalan Bakariah di sini dan memberitahu mahu menghantar kotak kononnya berisi ikan yang dipesan bapa mertuanya.Tanpa rasa curiga, wanita itu terus membuka pintu pagar rumahnya lalu mempelawa lelaki itu masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun, sebaik berada di dalam rumah, lelaki itu terus menolak wanita itu menuju ke dapur rumah.Suspek kemudian bertindak mengikat kedua-dua belah tangan dan mata wanita itu sebelum membawa lari anak lelaki bongsu mangsa yang berusia setahun.Bagaimanapun, dua lagi anak mangsa tidak diapa-apakan. Semasa kejadian, suami wanita tersebut tiada di rumah kerana bekerja.

No comments:

Post a Comment