Friday, June 7, 2013

Re: RG2011... Fw: Disuruh Duduk Mencangkung

 


It's good for him to tell about his experience in jail but what all of you must understand all the law in this world are the similar.

If you expect going to jail like a joyride or holidays trips, think again of doing any offences because it is a journey to hell!

What does he aspect? To get a special treatments? Those who spent their life in jail learnt how to adapt with the situation, they learnt something new and maybe useful for them.

For the prayers, I think if he asked to performs his, the police will allowed at the Court. Even in the jail they provide time for prayers, they even have usrah.

A jail is a place for those who break the law, so do you think you are going to get special treatments in there? Even when our children do wrong things we punished them or maybe I'm wrong, not sure.

I don't know, there a lot actually I want to write but I'm sure most of you will says I'm not suppose to write like this. Just want the reader to understand, please read with open mind and think positive. If not what he is writing will be considered as under the act of 'hasutan' ( Seksyen 4 Akta Hasutan).

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 6 Jun 2013 23:44:44 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Disuruh Duduk Mencangkung

 



Safwan Anang Disuruh Duduk Mencangkung Tanpa Seurat Benang


Aku (Safwan Anang) dibawa ke bilik saringan seterusnya. Nah, di sinilah aku betul-betul teruji. Cikgu H (aku hanya sebut huruf depan shj) menyuruh aku duduk betul-betul berhadapan sebuah kerusi besi.

Kerusi besi ni cukup unik. Hanya yang pernah masuk penjara Sg Buloh dia akan tahu. Ya, itulah kerusi yang setiap banduan tanpa seurat benang di badan akan duduk mencangkung sambil batuk (membatukkan) diri, "Ehek, eehek, eheek.."

i bahagian bawah kerusi tu pula disediakan satu camera perakam bertujuan melihat setiap (saya terpaksa cerita terus terang) lubang dubur banduan. Dan aku pula diletakkan betul-betul berhadapan setiap kali banduan duduk mencangkung! (sumber facebook safwan anang)


No SMPP Safwan Anang 31302770

comments:

Amuraria said...

apakah ini salah satu nasihat dari apco ? ABU jangan lupa !

X Lupa Dot Com said...

Baca penuh pengalaman dipenjara Safwan Sini http://xlupa.com/lubang-safwan-anang-dirakam-dalam-penjara/

Anonymous said...

Apa nak dihairankan tentang lobajubo. Setiap hari beribu2 anak muda dilatih cara2 memaksimumkan peranan lobajubo didalam penjara dan lokap oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kepada yang dah berkali keluar masuk, mereka memang handal dengan lobajubo dimana tempat itulah segala keperluan disimpan seperti lighter, daun rokok, duit, obat dan sebagainya. Ibarat dah seperti beg kulit dan setiap benda dapat dimasuk-keluarkan dengan mudah. Memang kesian sebab majoriti besar mereka adalah ikan bilis hanya dengan kesalahan kecil kebanyakan kerana pil-pil kayal atau berkaitan tetapi ikan2 Yu besar bebas dibela atau ada yang bersubahat dengan Polis. Kalau tidak, takkan perniagaan pil kuda dan dadah semakin hari semakin berkembang.

 

Lubang Safwan Anang Dirakam Dalam Penjara

xlupa.com
 
 

Kerusi besi ni cukup unik. Hanya yang pernah masuk penjara Sg Buloh dia akan tahu. Ya, itulah kerusi yang setiap banduan tanpa seurat benang di badan akan duduk mencangkung sambil batuk (membatukkan) diri, "Ehek, eehek, eheek.."

i bahagian bawah kerusi tu pula disediakan satu camera perakam bertujuan melihat setiap (saya terpaksa cerita terus terang) lubang dubur banduan. Dan aku pula diletakkan betul-betul berhadapan setiap kali banduan duduk mencangkung! (sumber facebook safwan anang)


No SMPP Safwan Anang 31302770

Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh – siri 1
oleh : Safwan Anang (31302770)

Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA, setiap hari dalam tahanan pasti ada cerita baru..sedangkan aku hanya berada di sana selama 3 hari 2 malam. Cabaran aku sebenarnya telah bermula sebaik sahaja mengambil keputusan supaya tidak dijamin…lawyer cuba pujuk, tapi aku nekad untuk teruskan niat protes…Sudah kali keempat aku ditahan, tapi belum pernah bermalam di lokap mahupun penjara.

Setelah 4 orang diikat jamin, tinggal lah aku seorang diri di dalam lokap mahkamah Duta..kemudian dipindahkan bersama 35 banduan lain yang telah selesai perbicaraan dan akan dibawa kembali ke penjara Sg Buloh. Lokap cukup bising dan ditambah dengan bau yang meloyakan. Aku dilihat seperti orang asing, sorang-sorang datang berjumpa bertanyakan " Kau ni kes apa? Seksyen berapa? ".

Apa yang sudah menjadi kebiasaan banduan ni adalah menghafal seksyen-seksyen yang berkaitan dengan kes mereka. Sorang ni cakap aku 39 (B) (kes dadah), aku ni pulak seksyen 9 (kes senjata api), yang sorang ni pulak seksyen 302 (kes bunuh), seksyen 376 (kes rogol) dan seksyen bla bla bla. Sekali aku pun menjawab, " Aku seksyen 4 Akta Hasutan ". Hah??? Semuanya ternganga mulut bila aku sebut kes yang aku dituduh. Tak pernah dengar pun! Aku hanya mampu tersenyum, nanti lah aku cerita panjang.

Datang sorang brader ni duduk sebelah aku, kepala masih botak licin dan hanya sikit je rambut yang baru tumbuh. (seperti orang baru). Aku beranikan diri bertanyakan soalan kepadanya dulu sebelum dia mula bertanya. "Abang ni baru lagi ke duk lokap penjara? Dia jawab, baru jugak lah. Ni dah hari ke-90. Terkejut aku dibuatnya, hari ke-90 pun masih dikira baru. Tapi aku nak tanye kau satu soalan ni, " Siapa ketua polis negara sekarang ni? Aku dengar-dengar dah tukar..Ya bang, dah tukar. Dulu Ismail Omar, sekarang Khalid Abu Bakar. Brader tu seolah-olah terkejut dan mengeluh, "Alamak, susah la aku macam ni.." (Agaknya brader tu tahu macam mana perangai KPN baru kot) Soalan kedua yang ditanya, PRU13 baru ni sape menang ye? lagi terkejut aku dibuatnya. (dan baru aku tahu betapa sengsaranya banduan, berita luar langsung tak tahu).

Datang pulak sorang brader terus menunjukkan lagak sebagai orang lama, dan kononnya niat hanya membantu. " Kau ni masuk dalam penjara nanti, kau duduk la dengan kami..selamat sikit kau ni, kalau tak nanti kau kena buli..(dalam hati, boleh percaya ke mamat ni) Aku jawab, ok ok.. Kau ada duit tak? Nanti nak beli rokok ke, roti ke, air minuman ke, aku boleh tolong dapatkan..Nah, aku dah agak tu point sebenarnya. Aku hanya tersengih dan jawab, " Mana ada duit bang, dalam dompet ni ada la dua ringgit..aku dah agak diorang ni memang nak "pau" duit.

Lepas aku kena, yang lain pun turut kena "pau". Ada yang bagi dan ada yang tak bagi. Lepas diorang dapat duit tu, diorang gulung jadi kecik dan diorang bungkus ketat-ketat dalam cebisan plastik roti Gardenia supaya betul-betul mampat. Kemudian (aku terpaksa cerita realiti), salah seorang dari banduan memasukkan apa yang di istilahkan di penjara sebagai "roket" ke dalam dubur. Itulah yang dinamakan proses penyeludupan di penjara. Hanya mahkamah tempat mereka boleh seludup, kalau penjara terlalu sukar. Sebab itu ramai dari banduan ternanti-nanti sekiranya mereka akan dibawa ke mahkamah, ia boleh diibaratkan sebuah percutian setelah lama merengkok di Sg Buloh.

Dan mereka akan menggunakan duit tersebut untuk berurusan di penjara kelak. Aku dapat mengagak sebab pernah dengar cerita-cerita sebelum ni. Kali ni aku lihat dengan mata kepala sendiri! Apalah nasib aku nanti kat penjara, dalam lokap mahkamah pun dah jadi macam-macam. Hampir jam 4 petang, aku masih belum solat zohor dek kerana urusan yang terlampau birokrasi. Aku buat keputusan, biarlah aku solat dalam lokap ni sahaja walaupun berbau air kencing yang teramat sangat. Perangai banduan, faham saja lah bagaimana. Aku ambil wudhu dan terus ambil penjuru hujung lokap yang padat dengan banduan. Sejurus aku mengangkat takbir, seorang konstabel polis menjerit, " Nanti !!. ni ambik sejadah ". Mujurlah, aku ingatkan masih tak dibenarkan solat tadi.

Usai aku solat, rupanya 4 ke 5 orang sedang menantikan aku habis solat untuk bergilir-gilir menunaikan solat Zohor kerana waktu sudah hampir tamat. Dalam hati terdetik, alhamdulillah..satu dakwah aku buat mereka..aku mulakan, dan mereka terus mengikut…

Hampir jam 5 petang barulah selesai semua urusan di mahkamah..dan aku dengan 35 banduan disumbat-sumbat sehingga muat ke dalam black maria untuk dibawa ke penjara Sg Buloh. Semua terpaksa berhimpit-himpit dengan gari yang berantai. Kesian betul aku pada seorang banduan yang aku rasa sudah warga emas (kantoi kes dadah) terpaksa berhimpit dan kadang-kadang aku tengok sehingga sesak nafas. Inilah nasib banduan rupanya.

Kami diiringi dua kereta peronda polis dan aku agak hanya lebih kurang 30 minit kami sudah tiba di penjara Sg Buloh.(memandangkan aku selalu ulang-alik ke rumah isteriku di Sg Buloh) Mana tidaknya, kami semua dah macam ikan sardin disumbat dalam black maria dan di bawa pecut laju semahunya. Tak kira lubang jalan ke, selekoh ke redah saja. Nasib kami aku lah. Aku hanya mampu berzikir dalam hati "cukuplah Allah sebaik-baik pelindung".

Sesampainya kami di Penjara Sg Buloh, semua bergegas turun. Kedengaran laungan dari jauh, " Wei, cepatlah sikit ". Brader sebelah aku cakap, " Ha, cikgu sudah datang ". Baru aku tahu. Oh itulah istilah mereka untuk pegawai penjara. Mereka semua dipanggil 'Cikgu'. Dan ada yang satu lagi dipanggil U.K.P. (nanti aku cerita) Mereka ini lagi digeruni daripada cikgu-cikgu.

Kami semua diminta beratur dihadapan sebuah pintu besi yang berwarna hijau. Semua banduan baru termasuk aku hanya diam membisu menantikan apa yang ada di sebalik pintu besi ini. Kemudian kami diminta masuk dengan pantas setelah pintu dibuka. Aku agak pintu itu setebal 6 ke 7 inci tebalnya. Cukup kukuh dan menggerunkan! Bermulalah kehidupan aku di penjara Sg Buloh…

Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh – siri 2
oleh : Safwan Anang (31302770)

Masuk sahaja pintu Sg Buloh, kami semua di bawa ke kawasan "kuarantin". Semua diminta memberitahu atau mengisytiharkan (declare) sekiranya ada membawa bersama telefon bimbit. Mujurlah aku tak bawa dan minta isteri simpan. Tiba-tiba salah sorang Cikgu menjerit kuat " Bukak semua kasut dan selipar, buang tali pinggang dan keluarkan dompet! Aku cakap sekali saja, sapa lambat siap! Tak lama lepas 4 lima saat…Panggggggggg!!! Orang pertama ditampar selang dua baris dari aku kerana lambat bukak kasut !". Kan aku dah cakap bukak kasut, bukak kasut la…yang duk terhegeh-hegeh tu kenapa…rupanya mamat tu bukan warganegara dan tak paham bahasa Melayu.

Cikgu dah cakap, sape suruh kau datang Malaysia, kau sampai Malaysia ikut undang-undang sini lah. Duduk diam-diam. Kami semua di periksa dengan teliti. Lepas sorang je kena, habis semua banduan dah kecut perut termasuk aku. Jantung mula berdegung kencang!

http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_831786.gif
Gedebuk lagi, yang ni pulak lambat bukak tali pinggang. Semua banduan baru seperti kami terlolong mata melihat lepas sorang-sorang kena. Cikgu melaung, siapa-siapa yang tak reti nak ikut arahan dia akan kena!

Semua diperiksa di semua anggota badan. Ya, semua sekali tak ada seinci pun yang terlepas. Bukak mulut tu luas-luas. Dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Tiba giliran aku, badan diperiksa. Pusing belakang, terpampanglah baju aku yang tertulis "Blackout 505". Cikgu bersuara perlahan, "Oh, kaulah budak tu ye". Aku hanya diam dan mengangguk. Terkedu. Tak mampu nak keluar suara. Apa lagi, semua banduan beralih arah mata tertumpu pada aku. Mereka hairan, kenapa bila sampai giliran aku, cikgu berlembut. Kalau giliran mereka semuanya tak lepas dari penampar, penumbuk, dan terajang.

Semua muka banduan tu kelihatan tak puas hati, seolah-olah aku dapat layanan istimewa. Cikgu terus periksa, kasut aku. Dibukak semua tapak kasut, dirobek-robek takut ada apa-apa yang diselit. Dompet aku dibukak, dibukak kemudian Cikgu terjumpa sekeping memori kad dan Sim Kad lama yang sudah rosak. Cikgu mula melenting, "Kan aku dah cakap kalau ada telefon sila isytihar!!!" Aku menjawab, tak cikgu, tu semua dah rosak. Kau ni saja nak cari pasal sambil Cikgu mematahkan memori dan sim kad lama aku tu. Kesalahan pertama aku, hampir-hampir kena makan pelempang. Mujurlah cikgu masih boleh tahan sabar dengan aku.

Habis pemeriksaan pertama, kami semua dibawa ke proses saringan seterusnya. Semua banduan diberi nombor untuk dihafal. No ini dikenal sebagai no SMPP. Entah sampai sekarang aku tak pernah tanya dan tak pernah tahu apa maksud SMPP. Cikgu melaung kuat, " Mulai sekarang korang semua ni tak dipanggil dengan nama. Korang hanya diberi nombor dan sila hafal nombor masing-masing! ". Yang tak paham bahasa Melayu sila hafal dalam Bahasa Inggeris, kata cikgu. Mujurlah aku ni jenis cepat menghafal. Selamat peringkat seterusnya. Kesian aku tengok banduan-banduan baru ni tergagap-gagap nak menghafal no lapan angka. Dan no aku ialah 31302770!

Selesai ambil no masing-masing, kami ke saringan seterusnya iaitu proses gunting rambut. Cikgu beri arahan, " Semua bukak baju dan siap untuk gunting rambut. Dah masuk penjara, kena ikut peraturan penjara." Aku paham sebenarnya arahan tu ditujukan khas kepada aku memandangkan yang lain-lain tu tak ramai yang berambut panjang. Cikgu datang dekat kepada aku, " Kau boleh tak gunting botak ni? Dah masuk penjara macam nilah caranya…Aku hanya angguk, ye boleh cikgu…

Semua kena gunting guna skala satu. Pendek betul. Sampai giliran aku gunting rambut, aku letak baju Blackout505 aku di meja belakang. Cikgu datang dekat, " Kau gunting budak ni guna skala dua. Bagi lain sikit dari banduan-banduan ni." Aku lega la sikit. Sebab rasanya sepanjang aku hidup sejak zaman sekolah lagi tak pernah botak kepala. Selesai gunting rambut, aku berpusing ke belakang untuk ambil semula baju aku. Malangnya, baju Blackout505 aku telah hilang dikebas hanya sekelip mata. Agaknya apa yang berlaku??

Aku cakap, habislah nasib aku kali ni. Tak jaga barang-barang sendiri. Siaplah kena marah lagi dengan cikgu! Rupanya tidak, sebaliknya Cikgu betul-betul mengamuk kali ni. Memekik kepada semua banduan " Woi, sape yang ambik baju budak ni!!! Baju hitam berkolar, belakang ada tulis Blackout505!!! Aku dapat tahu sape ambik siaplah korang semua! " Nah, saat tu penjara mula kecoh. Dan aku lebih dikenali dengan gelaran "Budak Baju Blackout505". Tak sampai 5 minit lepas tu, sorang Cikgu membawa baju aku. Kau tahu tak aku jumpa baju kau kat mana? Tu kat tong sampah besar belakang blok penjara. Ramai betul yang berminat dengan baju Blackout kau ni. Nah ambik, lain kali jaga elok-elok. Aku hanya mampu ucap terima kasih Cikgu. Kali ni aku rasa banduan-banduan tu dah tengok aku lain macam. Betul-betul lain macam. Mana taknya, disebabkan baju aku hilang, mereka semua kena maki hamun! Alhamdulillah, mujurlah baju aku dapat balik dan sekurang-kurangnya aku dah berjaya sampaikan mesej Blackout505 dalam penjara walaupun ramai tak tahu apa isu blakcout ni!

Habis gunting rambut, kami semua perlu ambil barang-barang keperluan. Selimut, gelas, timba, sabun dan berus gigi. Aku buat-buat cool walaupun agak terkejut sebab tak pernah jumpa berus gigi macam ni melainkan dalam penjara. Korang nak tahu macam mana, kena masuk dulu baru tahu. Sekadar bergurau je. Lepas ambil semua barang-barang, kami semua diberi selipar penjara. Keras betul selipar tu sampai habis merah-merah kaki aku ni. Nasib aku lah selipar baru dah habis stok, aku terpaksa pakai selipar lama dan saiz besar sebelah. Takpelah, memang niat aku bukannya nak bersenang-senang dalam penjara. Aku terima apa sahaja tanpa banyak komplain. Banduan lain yang ada komplain tak pasal-pasal dapat hayungan kayu cota. Jawapan ringkas bagi permintaan mereka.

Petang tu juga aku dapat lihat satu pergaduhan berlaku. Ada sorang banduan yang sekadar bergurau nak baling sampah pada banduan yang lain tiba-tiba tersasar kena pada badan Cikgu. Apa lagi, naik angin Cikgu sampai lunyai banduan tu kena belasah dengan kayu cota. Aku cakap dalam hati, patutlah banyak kali aku dengar cerita banduan mati dalam tahanan. Tapi kami semua mana ada yang berani buka mulut time tu, silap hari bulan siapa-siapa yang buka mulut ke, cuba nak membantu ke, siaplah dia pula yang akan kena balun dengan kayu cota. Semua diam membisu hanya memerhati.

Kami diminta pula untuk tukar kepada baju penjara berwarna ungu. Semua bertukar baju hanya dalam beberapa saat selepas amaran diberi oleh cikgu supaya tukar baju dengan pantas. Ramai yang tanpa rasa malu tukar serta merta di tempat yang sama juga. Aku pula ke belakang dan menukar baju sepantas mungkin. Semua diminta beratur panjang dan sorang-sorang masuk ke bilik cermin gelap. Entah apa la pulak kali ni kami perlu lalui. Badan aku sudah mula naik merah-kemerahan kerana rambut yang baru sahaja dipotong belum habis disapu dari badan, nasiblah mana cukup masa untuk buat semua tu.

Tiba giliran aku masuk. Oh bilik saringan seterusnya. Kali ni (saya hanya cerita realiti) aku diminta buang semua baju dan seluar, tanpa seurat benang. Aku tersentak sekejap. Cikgu dah mula ulang arahan, " Kau tunggu apa lagi bukak semua lah. Kau dengar tak?? " Aku bukak semuanya dan Cikgu mula periksa seluruh anggota badanku. Semuanya sekali lagi diperiksa, cumanya kali kedua ini badan tanpa seurat benang pun. Di pusing-pusing badan aku beberapa kali dan kemudian salah seorang daripada 3 Cikgu yang periksa badan aku tu tanya, " Nama kau apa? Aku jawab 31302770. La, aku bukan tanya nombor la aku tanya nama kau! Cikgu mula melenting. Yelah, sebelum ni diorang dah cakap takkan panggil nama tapi aku pulak yang kena marah kali ni.

Nama saya Safwan cikgu. Oh, kaulah Safwan rupanya. Siaplah aku kena soal siasat kat situ. Kenapa aku buat macam ni, apa kesalahan aku, apa latarbelakang aku, diorang bertiga soal siasat aku dah macam dalam CSI yang selalu aku duk tengok. Masalahnya dalam keadaan aku masih tak berbaju dan seluar. Tak kurang jugak kena maki hamun dengan mereka yang kononnya aku dah gadai masa depan aku, aku dah rosakkan harapan keluarga, bla bla bla. Habis soal siasat barulah aku di minta balut badan dengan hanya menggunakan selimut dan bukannya pakai baju penjara. Rupanya proses saringan kali ni masih belum berakhir.

Comments

  1.  ril

    err.. sorry to say la.. ayat dalam crta ni bnyak yg tergantung dan ayat kurang difahami dari segi tatabahasa.. banyak ayat yg memeningkan kepala apabila di baca. dan saya tidak tahu apa yang cuba ingin disampaikan oleh penulis kerana tidak begitu jelas kpd pembaca…..

    • xlupa Author

      Sambungan akan diupdate selepas penulis Safwan Anang siap menulis

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment