Wednesday, June 19, 2013

Re: RG2011... Re: Kenapa mangsa sumbang mahram perlu disebat? - hudud

 


Salam

Sama2.. InsyaAlllah SWT..

Dalam internet, banyak rujukan.. samada dalam bentuk ceramah, atau artikel.. Kebanyakan rujukan saya pun dari internet juga...

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri


From: Noor Zalina Omar <noorzalinao@paclease.com.my>
Sent: Thursday, June 20, 2013 10:39 AM
Subject: Re: RG2011... Re: Kenapa mangsa sumbang mahram perlu disebat? - hudud

Salam,
 
Terima kasih saudara kerana info yg sgt berguna. Pada pendapat saya, kita mesti lebih 'mengenali' dan mengetahui Hukum HUDUD...yakni Hukum ALLAH. Hukum yg kita ikut skrg hanyalah ciptaan manusia...yg sedihnya ciptaan org bukan Islam.
 
Jika ada lagi info mengenai Hukum Hudud harap sudilah kongsikan bersama supaya saya yg Daif, (tak kenal HUDUD) ini lebih faham/kenal/tahu...
 
Terima kasih sekali lagi.

 

P Think green: Please consider the environment before printing this email.  Thank you. 
 

-----Original Message-----
From: Hizamri Johari <hizamri@yahoo.com>
To: YG 1 - Aku Anak Malaysia <akuanakmalaysia@yahoogroups.com>, YG 1 - al-Falaah <al-Falaah@yahoogroups.com>, YG 1 - Apa Apa Aje <ApaApaAje@yahoogroups.com>, YG 1 - Bersamamu Chat <Bersamamu-Chat@yahoogroups.com>, YG 1 - Chainz Of Frenz <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, YG 1 - Hizamri List <hizamri_list@yahoogroups.com>, YG 1 - Jarum Emas <jarum_emas@yahoogroups.com>, YG 1 - Malaysian News <MalaysiaNews@yahoogroups.com>, YG 1 - Pak Belang <pakbelang@yahoogroups.com>, YG 1 - Penawarku <penawarku@yahoogroups.com>, YG 1 - Respeks Group <respeks_group@yahoogroups.com>, YG 1 - Sahabat Interaktif <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>, YG 1 - UMNO <UMNO@yahoogroups.com>, YG 1 - University Of Arizona <uofa-my@yahoogroups.com>
Date: Wed, 19 Jun 2013 01:16:59 -0700 (PDT)
Subject: RG2011... Re: Kenapa mangsa sumbang mahram perlu disebat? - hudud

 
 
Salam
 
Sumbang Mahram dan Rogol itu BERBEZA.. 
 
Sumbang Mahram adalah Zina.. Ianya atas dasar suka sama suka...
 
Rogol pula dipaksakan keatas mangsa tanpa kerelaan.. samada ditipu atau diugut atau ketika mangsa tidak sedarkan diri ( dipukau, diberi ubat pelali, ubat perangsang dsb )...
 
Untuk penzina yang belum berkahwin, hukuman hudud nya adalah dirotan 100x.. dan diasingkan/buang daerah selama setahun..
 
 

[24.2] Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
 
Untuk penzina yang telah berkahwin, hukumannya adalah direjam sehingga mati..
 
Nabi SAW bersabda :
 
Ambilah dariku, sesungguhnya Allah telah menentukan bagi mereka jalan, anak dara dan teruna seratus kali dan buang daerah selama setahun, dan yang sudah berkahwin 100 rotan dan rejam dengan batu.

(Riwayat Muslim, Abu Daud dan at Tarmizi dari Ubbadah bin as Sormit)
 
 
Yang tidak adilnya, hanya perempuan yang dijatuhkan hukuman didunia, dan kemungkinan besar akan terlepas dari hukuman akhirat..  Yang lelaki kebanyakannya terlepas dari hukuman dunia.. tetapi pasti tidak akan terlepas dari hukuman akhirat..
 
Sepatutnya bukti DNA boleh digunakan untuk mengesahkan zuriat / benih seseorang untuk disabitkan kesalahan zina... memandangkan DNA adalah unik untuk setiap individu...
 
Kalau dahulu, kita perlukan 4 saksi yang melihatnya.. mungkin  kini, 4 orang pakar yang jujur boleh digantikan sebagai saksi. untuk mengesah kes penzinaan / kes rogol... syarat saksi pakar, haruslah sama dengan syarat saksi mata...
 
[24.4] Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;
 
Menurut hadith dibawah, pertuduhan rogol tidak memerlukan 4 orang saksi, memadai dengan pengakuan mangsa rogol.. Tetapi tidak salah, kalau ianya disahkan lagi oleh saksi saksi pakar... supaya orang yang tidak bersalah tidak dihukum, dan perogol sebenar boleh dikenal-pasti..
 
Hukum perogol dalam Islam adalah direjam sampai mati...
 
Dalil Hudud Untuk Isu Rogol :

'Al-Qamah bin Wail al-Khindi meriwayatkan daripada bapanya :
Seorang wanita pada zaman Rasulullah SAW telah keluar bersolat ke masjid.

Ia di temui oleh seorang lelaki, lalu lelaki itu telah menyelimutinya dengan kain, kemudian menunaikan hajatnya ( merogolnya ).

Wanita itu menjerit.

Lelaki itu melarikan diri.

Seorang lelaki lain telah melalui wanita itu, lalu wanita itu menuduh lelaki tersebut melakukan kepadanya begini dan begini ( merogolnya )

Maka lelaki itu telah di tangkap oleh sekumpulan mujahirin, lalu ditanyakan kepada wanita tersebut apakah lelaki tersebut yang merogolnya.

Jawab wanita tersebut : Ya, dialah orangnya.

Mereka telah membawa lelaki tersebut kepada Rasul SAW, lalu Rasul SAW telah memerintahkan lelaki itu direjam.

Maka bangunlah seorang lelaki yang lain mengakui perbuatannya :
Ya Rasulullah, saya lah yang telah merogol perempuan tersebut.

Rasul SAW telah berkata kepada perempuan tersebut :
Pergilah engkau, sesungguhnya Allah SWT telah mengampunkanmu.
Kemudian Rasul SAW berkata kepada lelaki yang dituduh dengan perkataan yang bagus.

Dan Rasul SAW berkata kepada lelaki yang merogol itu :
Hendaklah kamu di rejam.

Kemudian Rasul SAW berkata :
Sesungguhnya lelaki yang merogol itu telah bertaubat.
Sekiranya penduduk Madinah bertaubat sepertinya, nescaya taubatnya dimaqbulkan Allah SWT.

( HR At-Termizi & Abu Daud )

Rujukan : Himpunan Hadith Sahih mengenai Hukum Hudud. ( ms 40 ) :

http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/message/330

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
 
 
 
----- Forwarded Message -----
From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] 'Kenapa mangsa sumbang mahram perlu disebat?'

 
 
Berita pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa melakukan sumbang mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa kerengsaan kepada Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG).

Pengumuman tersebut menimbulkan beberapa kebimbangan:

(1) Hukuman sebat melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia, khususnya hak kebebasan dari segala perlakuan yang kejam, menganiaya, menghukum dan yang menjatuhkan kehormatan diri seseorang. 

JAG menyokong sepenuhnya kesetaraan yang membawa kepada pencapaian hak tersebut. Hukuman sebat seharusnya dimansuhkan.

(2) Diskriminasi terhadap wanita beragama Islam. Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin kesetaraan dan kebebasan dari diskriminasi atas dasar agama dan gender. 

Maka, sebarang undang-undang yang menghukum wanita atas dasar agama melanggar prinsip antidiskriminasi ini. 

Tambahan pula, Kod Prosedur Jenayah dan Peraturan-Peraturan Penjara jelas melarang hukuman sebat ke atas wanita, tidak kira umur.

(3) Jenayah sumbang mahram. Adalah tidak adil bagi mangsa sumbang mahram dikenakan tuduhan persetubuhan luar nikah atas dasar suka sama suka bawah Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, malah ia suatu penganiayaan terhadap mangsa tersebut. 

Ini menunjukkan kegagalan pihak mahkamah untuk memahami penyalahgunaan kuasa oleh seseorang dalam keluarga sendiri yang seharusnya menjadi pelindung dan penjaga. 

Mangsa tidak patut dihukum atau didakwa bagi jenayah sumbang mahram.

(4) Bilangan wanita yang disebat dan dihukum lebih tinggi berbanding lelaki. Ketidakseimbangan ini dapat dilihat di negara-negara Islam yang lain yang mengguna pakai undang-undang syariah di mana bilangan wanita yang disabitkan kesalahan jenayah seksual adalah jauh lebih ramai berbanding dengan lelaki.

(5) Percanggahan undang-undang. Kedua-dua Kanun Keseksaan (S 376) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor (S 20) mengandungi peruntukan yang khusus mengenai sumbang mahram, tetapi hukuman yang berbeza. 

Keadilan akan dicapai dengan lebih baik jika mereka didakwa di bawah Kanun Keseksaan, di mana pihak yang bersalah boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun. 

Hukuman ini mencerminkan betapa beratnya jenayah yang dilakukan.

Bagaimanapun, bawah enakmen jenayah syariah negeri, seseorang yang melakukan sumbang mahram boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana tiga hukuman di atas.

Penggunaan undang-undang mestilah tekal dan selaras untuk menegakkan keadilan bagi mangsa sumbang mahram, maka undang-undang persekutuan hendaklah diterima pakai dan semua jenayah sumbang mahram perlu didakwa bawah Kanun Keseksaan.

(6) Hukuman yang menjatuhkan kehormatan diri seseorang bertentangan dengan ajaran al-Quran. 

Jabatan Agama Johor kini mencadangkan individu yang disabitkan hukuman disebat di ruang awam seperti masjid atas pemerhatian subjektif bahawa pihak Jabatan Agama Johor "melihat riak keinsafan pada wajah setiap pesalah yang dihukum". 

Mustahil untuk mengukur tahap kekesalan dan taubat berdasarkan air muka seseorang. Selain itu, masih tiada bukti kukuh bahawa jenayah ganas atau seksual dapat dihalang oleh penyaksian hukuman sebat.

Penguatkuasaan undang-undang moral dan pendakwaan terpilih bertentangan dalil al-Quran, seperti "tidak mengorek rahsia orang lain" (Surah al-Hujurat 49:12); "Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; jika dikatakan kepada kamu 'baliklah', maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu;."(an-Nur 24:27- 28) dan "Apabila kamu menjalankan hukuman di kalangan manusia, tetapkanlah dengan adil." (an-Nisa 4:58). 

Sebuah hadis Nabi SAW dalam Sunan al-Tarmidhi juga menyatakan: "Jangan membahayakan umat Islam, dan jangan mencela mereka, mahupun meneruskan ketidaksempurnaan mereka... " 

Apabila seseorang itu ditegur, adalah penting untuk memastikan bahawa hak-hak atas keadilan, kesaksamaan, dan kehormatan diri seseorang ditegakkan pada setiap masa dan tidak dianiaya oleh mereka yang berhasrat untuk menjatuhkan hukuman yang mengaibkan.

Tamadun manusia zaman dahulu, di Barat mahupun Timur, sering menjatuhkan hukuman berbentuk fizikal yang berat, lebih-lebih lagi ketika Zaman Pertengahan. 

Tiada apa pun yang "Islam" tentang hukuman yang berbentuk fizikal malah, ajaran-ajaran Islam mengehadkan hukuman sebegitu yang diamalkan sebelum itu. 

Ia lebih menekankan sikap kasih sayang serta keinsafan dan taubat bagi mereka yang berdosa. 

Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani merupakan sifat dan tema yang sering diulang di dalam al-Quraan.

Dengan ini, JAG mengulangi saranannya kepada kerajaan untuk mengkaji semula dan memansuhkan undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah atas dasar bahawa peruntukan-peruntukan tersebut tidak berasas dari segi teori dan amalan undang-undang Islam. 

Selain itu, terdapat banyak peruntukan yang jelas bertentangan dengan Kanun Keseksaan, Kod Prosedur Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan.


Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) merangkumi Sisters in Islam (SIS), Women's Aid Organisation (WAO), All Women's Action Society (AWAM), Perak Women for Women Society (PWW), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) dan Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)

 
 
 


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment