Friday, June 21, 2013

RG2011... Berpecah kerana kejahilan, bukan perbezaan

 


Oleh Ariffin Abdullah

Syiah adalah mazhab yang wujud hasil dari warisan sejarah Islam lampau. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka sangat mahir berpolitik. Kita semakin rancak berbual tentang Syiah sejak krisis kemanusiaan yang kini berlaku di Syria.



Mahu terima atau tidak, populasi Syiah telah mewakili 20 peratus dari populasi Muslim di dunia. Pertembungan tamadun Syiah dan Sunni menyebabkan mereka berkongsi budaya dan sejarah.

Institusi ilmu terkenal bagi Muslim Sunni, Universiti Al-Azhar telah dibina oleh dinasti Syiah. Cendekiawan dari Syiah seperti Ibnu Sina, al-Biruni, Imam Khomeini, dan Ali Shariati banyak menyumbang kepada tamadun Islam.

Mahu terima atau tidak, kestabilan politik Timur Tengah dipengaruhi oleh penganut Syiah dari Iran, Lubnan, Iraq, dan Syria. 

Iran yang secara terbuka menyokong gerakan Hizbullah, Hamas, dan Jihad Islami untuk melawan penindasan Israel. Keseimbangan politik ini penting untuk mengelak Israel dari menjadi kuasa pembuli di Timur Tengah.

Mahu terima atau tidak, Syiah sudah bertapak di Alam Melayu sejak abad ke 12 Masihi. Kebudayaan dan kesusasteraan Alam Melayu juga dipengaruhi oleh Syiah. Bubur Asyura yang diraikan setiap 10 Muharam adalah untuk berkabung syahid Imam Hussein RA. 

Persembahan Boria di beberapa negeri Tanah Melayu adalah untuk mengenang kekejaman yang menimpa cucu Rasulullah di Karbala. Perarakan Maulidur Rasul pula sebenarnya dimulakan oleh kerajaan Syiah, Khilafah Fatimmiyah di Mesir.

Mahu terima atau tidak, semangat Revolusi Iran 1979 telah meresap masuk dalam kebangkitan kesedaran politik di Malaysia. Revolusi Iran telah menjadikan PAS sebuah parti revolusioner yang menuntut perubahan. Buku Imam Khomeini, Hukumah Islamiah telah di bawa masuk dan ditukar bahasa oleh ABIM pada tahun 1983.

Perbezaan dan persengketaan Syiah dan Sunni adalah warisan sejarah kuno yang menyebabkan umat Islam lemah secara keseluruhannya. 

Apa yang kita perlu perjuangkan bukan membongkar konflik politik masa silam yang jelas tidak akan ada manfaatnya. Tugas kita ialah menemukan titik pertemuan ajaran Islam yang selama ini ditutup oleh sifat jahil, sektarian dan fanatisisme.

Perpecahan dan permusuhan antara mazhab tidak akan menguntungkan kita, tetapi ia sebenarnya digalakkan oleh kuasa Barat. Perpecahan umat Islam akan mengekalkan hegemoni Barat di negara Islam supaya mereka boleh mengawal sumber asli khususnya di Timur Tengah.

Berdakwah bukan melaknat

Selepas tamat Perang Dunia Pertama, kuasa Barat melaksana dasar pecah dan perintah untuk mengawal sumber asli. 

Mereka menipu pemerintah Arab supaya menyokong perang mereka terhadap Khilafah Uthmaniah dengan menjanjikan kemerdekaan bagi tanah Arab, tetapi selepas mengalahkan Turki, Britain dan Perancis membahagikan wilayah antara mereka dan menubuhkan Israel dan Arab Saudi.

Selepas tamat perang dunia, sekali lagi mereka menghasut negara Arab untuk menyertai Amerika Syarikat dan Israel menghapuskan kuasa Syiah. 

erang Iraq-Iran selama sepuluh tahun tidak menguntungkan sesiapa, tetapi mengukuhkan sekuriti Israel. Hari ini, kita dapat melihat ulangan dasar yang sama di Syria. Aspirasi rakyat Syria yang asalnya mahu menjatuhkan rejim telah diapi-apikan dengan isu sektarian.

Ada pun, yang mahu menyelamatkan akidah saudara Islam mereka tidak perlu melaungkan "Syiah laknatullah", say no to Shia" mahupun mengkafirkan mereka. 

Tiada pula Nabi Muhammad mengajar kita berdakwah dengan melaknat, mengkafir, dan menutup ruang berbincang dengan fahaman yang bertentangan dengan kita.

Penganut Syiah di Malaysia pula harus mengelak dari bersikap mencurigakan yang membuat penganut majoriti Sunni tidak senang. Seperti mana Imam Khomeini pernah menasihati jemaah Syiah supaya tidak mengasingkan diri mereka daripada orang Islam yang lain.

"Rakyat Iran dan golongan Syiah dari negara lain dikehendaki untuk mengelakkan semua tindakan yang boleh menimbulkan perpecahan sesama umat Islam. 

"Mereka juga perlu menyertai perhimpunan Sunni dan mengelakkan menghadiri atau membentuk solat di rumah atau memasang pembesar suara untuk menentang mereka. 

"Mereka mestilah mengelakkan daripada melutut di makam suci atau melakukan apa sahaja yang tidak selaras dengan undang-undang yang mulia", kata Imam Khomeini.

Kita perlu sedar perpecahan umat Islam bukan kerana kita berbeza pendapat dan jemaah. Kita berpecah kerana sifat jahil, sektarian, dan fanatisisme. 

"Resolusi 152 Akademi Fikah Islam Antarabangsa menyeru supaya umat Islam bersepakat dan saling menghormati. Dialog antara Syiah dan Sunni mestilah digalakkan dan disuburkan. Menggunakan kekerasan bukan cara untuk kita mempertahankan akidah kerana akidah perlu didirikan atas ilmu.


ARIFFIN ABDULLAH pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal Universiti Malaysia Pahang

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment

Post a Comment