Wednesday, June 19, 2013

RG2011... Fw: Be N Menang, Tambang Bas Pun Naik!

 



 

Up 30%..bising bising...mai superhero jangan 10% ok...lalu rakyat pun kerenyeh..!!!

 
 

Rakyat Didahulukan? BN Menang, Tambang Bas Pun Naik!


Tahniah diucapkan kepada para penyokong UMNO/BN... kerana undi kalian umat Melayu/Islam yang nak beraya Aidil Fitri balik kampong halaman menggunakan perkhidmatan bas akan kena bayar lebih 10% dari kadar semasa.

Inilah hebatnya UMNO yang memperjuangkan Ketuanan Melayu.. Slogan Rakyat di Dahulukan.. Tradisi Membela Rakyat...

Ikut hukum akal logik...yang balik kampong beraya pada Aidil Fitri ini hampir 100% orang Melayu beragama Islam.. Yang majoriti menyokong UMNO/BN pada PRU 13 lalu juga adalah warga Melayu/Islam yang duduk di luar bandar, kampong-kampong tradisional dan Rancangan Felda.

Sudah pasti menjelang tiba Aidil Fitri warga kota yang tidak berkemapuan nak balik kampong terpaksa guna khidmat pengangkutan bas..

Adakah cara begini UMNO membalas budi baik masyarakat Melayu/Islam yang berkerja keras mau memenangkan UMNO/BN?..TEPUK DADA TANYA IMAN... CUITKAN MINDA TANYA AKAL LOGIK.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.

Suruhanjaya itu juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan.
-omakkau

comments:

Anonymous said...

Betullah telahan Ahli Perlimen Pokok Sena "depa minta 30%,nanti dapat 10%, naik tetap naik", kata Mahfuz...hidup Me..LAYU itulah Melayu!

Anonymous said...

Kalau tak nak bayar lebih 10%, balik kampung jalan kaki. Jangan naik bas - Pak Mat, Pengerusi JKK Kampung Dusun.

oranqtua said...

mcm mana nak minta jawatan jkkk, kalau boleh jawatan pengerusi sebab depa kata elaun jkkk ni besaq nak sama dgn gaji menteri. Jadi bolehlah buat tambang bas balik kampung nanti. Tok Nan Ulu Sg Pahang, dapat berita dari orang umno yang hanya datang pada masa pilihanraya saja.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment